Monday, March 30, 2009

'Selangor, Perak jadikan iktibar'

Monday, March 30, 2009
NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan berkongsi pengalaman pahit yang dialami rakyat Sabah, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dulu, dengan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai.

"Kita di Sabah ada pengalaman pahit ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, termasuk di kawasan Parlimen saya sendiri yang dijanjikan bekalan air tapi tidak dikotakan," katanya.

Apa yang berlaku di Perak, sehingga mesyuarat DUN diadakan di bawah pokok, jangan sampai berlaku di sini. Jangan sampai sidang DUN terpaksa diadakan di tepi sungai pula.

Jangan hanya dengar janji kosong semata-mata. Pilih kerajaan yang boleh berkhidmat, bukan yang sudah terbukti gagal ketika diberi peluang menjadi wakil rakyat," katanya.

...Nih baru betul munkee bebal...Kawasan sendiri takde air salahkan orang lain...Hahaha...
...Padan sangat PEKEMBER dapat naib presiden macam gini... Munkee bebal...
...Keje nak menipu.. melanun... menyamun...Rakyat dah tak bebal macam munkee bebal...Yang tinggal bebal puak munkee jer...
Janji kosong kerajaan Babi Negara berapa dekad... Cukup le kau seorang je bebal... Jangan kau nak bebalkan orang lain...

Pengundi Bukit Gantang tak mudah dipengaruhi isu 'nasional' Pas

TAIPING: Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Bukit Gantang, Ismail Saffian yakin pengundi tidak mudah terpengaruh dengan isu berbentuk 'nasional' dan kemelut Perlembagaan negeri yang mungkin dibawa Pakatan Rakyat dalam kempennya, di sini.

"Yang penting isu ini sudah di peringkat mahkamah, biar mahkamah putuskan.

Beliau berkata, sudah menjadi sikap dan pendekatan pembangkang akan menggunakan apa saja isu untuk mengelirukan pengundi pada setiap pilihan raya.

...Ku lihat kera-kera sedang terlompat-lompat di Taman Tasik Taiping...
...Ku lihat kera-kera sedang menyeringai mengugut-ugut rakyat di Taman Tasik Taiping...
...Ku lihat kera-kera sedang menyelongkar makanan dari rakyat di Taman Tasik Taiping...
...Ku lihat kera-kera sedang terkeliru di Taman Tasik Taiping...

Kerajaan siap sedia ambil alih 4 firma air Selangor

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata proses pengambilalihan yang akan membabitkan pemindahan aset dan liabiliti keempat-empat syarikat terbabit kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), syarikat kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan, akan dilaksanakan pada bila-bila masa.

Katanya, tujuan pengambilalihan aset dan liabiliti daripada syarikat konsesi terbabit adalah bagi meringankan beban mereka dan ini sekali gus turut tidak akan membebankan pengguna.

Sebagai contoh, beliau menjelaskan, menerusi pemindahan aset kepada PAAB, syarikat boleh memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman daripada 15 kepada 30 tahun tanpa perlu memperuntukkan jumlah bayaran balik yang banyak.

"Jika tempoh bayaran balik pinjaman singkat, manakala syarikat itu pula tidak mampu menanggung pembiayaan berkenaan, maka ia akan menyebabkan berlakunya peningkatan tarif air yang tinggi.

...Apa lagi bail out la syarikat kroni... Terus lanun dan melanun... Bagi rakyat lagi marah... Hahaha...
...Ooiii... udah cukup-cukup le nak bodohkan rakyat... Rakyat dah bosan...
...Munkee ni keje dia menipu jer.. Kalau tak menipu sehari mahu gatal-gatal badan macam kera kena belacan...Hahaha..

Altantuya di Bukit Gantang



Altantatuya muncul di Bukit Gantang...
Altantuya datang dengan angin perubahan..
Altantatuya bersama rakyat inginkan keadilan...
Altantatuya menuntut janji-janji yang hilang...
Altantatuya datang menuntut pembalasan...

Walaupun tubuhnya tidak dapat dikesan...
Wajahnya menghantui mereka yang zalim dan kejam...
Kepada para pengundi Bukit Gantang...
Undilah Pakatan tolak Barisan...

Saman tertunggak MBKT cecah RM8 juta

KUALA TERENGGANU: Jumlah saman tertunggak tempat letak kereta Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kini mencecah RM8 juta dengan 200,000 saman yang dikeluarkan masih belum dibayar.

Sementara itu, Mat Razali berkata, MBKT sedang membina jalan baru yang melingkari Kampung China sepanjang kira-kira 0.8 kilometer dengan menelan belanja sebanyak RM60 juta.

...Aku cadangkan MBKT diswastakan supaya lebih efisyen... Gang samseng kijal takde nak ambik ker.. Hahaha...
...0.8km buat jalan belanja RM60 juta...100 meter = RM7.5 juta...Berapa banyak kau belonkan ni... Buat jalan pakai emas ke...Hahaha...
...Lanun dan terus melanun...

Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry

TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.

Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Beliau berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah.

...7.30 malam dah nak baca Yasin... pukul 8.00 baca talkin untuk PEKEMBER..tak gitu... Hahaha...
...Ada tak Nizar rampas tak ikut perlembagaan...Hahaha...
...Ooiii.. Black Munkee rentikan le menipu rakyat dengan retorik mu itu...Paku Dulang Paku Serpih...Orang Lain Sume Tak Boleh...Keretapi kepala merah...Piiiraahhh...

N29 Batang Ai: Mafrel mahu kenalpasti 26 warga emas berumur lebih 90 tahun masih hidup

(Suara Keadilan) : Badan Pemerhati bebas Pilihanraya Malaysia (Mafrel) akan mengenalpasti 26 pengundi yang berumur melebihi 90 tahun daripada jumlah 8,006 pengundi berdaftar di pilihanraya kecil N29 Batang Ai.

“Apa yang membimbangkan kami adalah samada pengundi berkenaan yang telah meninggal dunia tetapi ‘dihidupkan’ kembali untuk mengundi seperti banyak kali terjadi semasa pilihanraya di Semenanjung Malaysia,” kata ketua penyelia Mafrel di Batang Ai, Peter John.

“Kami akan berusaha mengenalpasti pengundi berkenaan termasuk seorang wanita yang telah berumur 111 tahun yang lahir pada tahun 1898 disenaraikan dibawah kawasan undi Kutai,” kata beliau.

...Awas zombie mula menyerang Batang Ai diketuai lanun Capt Barbosa rambut putih...
...Wanita 111 tahun yang disenaraikan di bawah kawasan undi Kutai dipercayai telah mengundi James Brooke..Hahaha...
 
Design by Pocket