Tuesday, April 14, 2009

BERITA BODO-BODO - Kaki lebong dan gang natang

Tuesday, April 14, 2009
Krisis politik Terengganu bukan krisis besar - Najib -MStar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, krisis politik di Terengganu bukan sesuatu yang luar biasa sehingga tidak dapat diselesaikan.

"Ia bukannya satu krisis yang besar," kata Perdana Menteri ketika diminta mengulas tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional yang tidak menghadiri persidangan hari ini kerana bimbang keselamatan mereka setelah tiga daripada mereka menerima SMS berbentuk ugutan.

SMS itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan dibentangkan pada persidangan dewan itu.

...Kah...Kah...Kah..Mat Mongol kata ni bukan kes besar...Kah...Kah...Kah...
...Kah...Kah...Kah..Korok mung bukan kes besar...Kah...Kah...Kah...
...Kalau ADUN kata MB lebong...Kena ugut bunuh...Kalau rakyat kata MB lebong...Kena C4 kot...Kah...Kah...Kah...
...Oitt... Mat Mongol cukup le melebong...Kah...Kah...Kah...

BERITA GILA-GILA - Gang natang bergocoh

ADUN BN diugut, 10 boikot DUN T'ganu -Mkini

Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.

Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS ugutan pada jam 11.20 malam tadi.

Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".Selain mereka bertiga, turut tidak hadir di sidang DUN pagi ini ialah Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

...Kah...Kah...Kah...Kelakar betul...Macam cerita Godfather pulak...Kah...Kah...Kah...
...Gang natang Tranung tengah bergocoh...Kah...Kah...Kah...
Oit...Mat sembap sokong gang natang mana....Kah...Kah...Kah...
Oit...Mat Mongol sokong gang natang mana...Kah...Kah...Kah...
...Rakyat Tranung nok lagi ke gang natang kaki lebong nih...Kah..Kah...Kah...

BERITA GILA-GILA - Natang dok tahu

Ahmad Said tak tahu puncanya... - Mkini

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata beliau tidak tahu punca 10 ADUN BN negeri itu tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.Katanya, beliau juga tidak mengetahui bahawa tiga daripada ADUN berkenaan telah menerima SMS ugutan yang mengancam nyawa mereka, malam tadi.

Ahmad berkata beliau tidak terkejut dengan tindakan wakil rakyat BN itu dan tidak akan menghubungi mereka bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu."Tidak hadir Dewan perkara biasalah bagi orang politik...saya tidak akan memujuk mereka supaya datang (esok)," katanya yang banyak mengelak soalan daripada wartawan

...Kah...Kah...Kah...Senatang dok tahu pasal apa sepuluh natang dok mari sidang DUN..Kah..Kah..Kah...
...Sepuluh natang dok mari pasal dok berahi ke senatang kot...Kah...Kah...Kah...

...Sepuluh budak natang...
...Main undi lebong...
...Tiga dapat SMS ugut...
...Sume ilang nyusup...

...Gocoh jangan dok gocoh...Bagi bubar DUN...Kah...Kah...Kah...

BERITA BODO-BODO - Projek mi segera gagal

'Cina, India bukan peminta sedekah' - Mkini

Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.

"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat.

"Walaupun bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil."

Beliau mengulas wawancara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.

...Apa dah jadi...kata takde projek mi segera...Kah...Kah...Kah...
...Projek mi segera tak menjadi ke...Kah...Kah...Kah...
...Rakyat kena kenang budi dengan projek mi segera...Kah...Kah...Kah...
...Apa bahlol sangat kau ni Mat Sembap...Kah...Kah...Kah...
...Macam mana kau nak jaga kementerian baru kau ni...Kah...kah...Kah...
...Kau makan kepala ikan banyak sangat ke apa...Kah...Kah...Kah...

BERITA BODO-BODO - MIC rasis?

Samy: mesyuarat CWC MIC bincang isu kabinet -MKini

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata isu rasa tidak puas hati parti itu berhubung peruntukan kerusi dalam kabinet baru, akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) parti itu Khamis ini.

"Kami akan mendengar pandangan semua pemimpin sebelum keputusan diambil. Saya juga akan memohon mengadakan pertemuan dengan perdana menteri," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Samy Vellu berkata demikian ketika mengulas laparan akhbar yang memetik sumber bahawa MIC sedang mengkaji cadangan menarik diri seorang menteri dan dua timbalan menteri dari parti itu dari kabinet sebagai bantahan terhadap kekurangan kepentingan yang diberikan terhadap masyarakat India di negara ini.

Kah..Kah...Kah...Apa lagi gaduh la...Kah..Kah...Kah...
Kah..Kah...Kah...Apa lagi baling la kerusi...Kah...Kah...Kah...
Bila jadi cam gini...SATU MALAYSIA nampak puak gerombolan rasis...Kah...Kah..Kah...
Bila jadi cam gini...SATU MALAYSIA nampak puak gerombolan gila projek...Kah...Kah...Kah...
Bila jadi cam gini...SATU MALAYSIA nampak puak gerombolan sebok nak penuhkan tembolok sendiri...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU-TIPU - MIC menyorok dalam kabinet

MIC tidak bincang 'keluar' kabinet - Mkini

Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel hari ini berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai sebarang mesyuarat pucuk pimpinan parti itu untuk membincangkan kemungkinan meminta wakil parti itu menarik diri daripada menganggotai kabinet.

"Jika mesyuarat itu diadakan, sudah tentu saya tahu mengenainya. Setiausaha agung Datuk Dr S Subramaniam dan ketua penerangan M Saravanan menafikan mengetahui apa-apa mengenai cadangan tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Palanivel bersetuju - MIC selaku rakan komponen kanan BN - sewajarnya diberi jawatan lebih kanan dalam kabinet dan badan-badan pembuat keputusan dalam kerajaan, agensi kerajaan dan syarikat kaitan kerajaan (GLC).

Kah...Kah...Kah..Yang mesyuarat bukan pucuk...Tapi daun tua yang tak mahu gugur...Kah...Kah...Kah...
...GERAKAN dapat senator...MIC dapat diktator...Kah...Kah...Kah...
...Jawatan lebih kanan tuh apa...TPM ke...Kah...Kah..Kah...
...Bagi le tau jawatan lebih banyak projek...Kah...Kah...Kah...
...Kabinet SATU MALAYSIA gila projek...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU-TIPU - Undang-Undang Islam Baru?

Pohon perkenan Raja seragam undang-undang Islam - Mkini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej-Jen Datuk Jamil Khir Baharom berkata pertemuan akan diadakan dengan Raja-Raja Melayu bulan depan untuk memohon perkenan berhubung penyelarasan serta penyeragaman Undang-undang Islam.

Selain itu, katanya, pertemuan juga akan diadakan oleh ketua jabatan agama Islam di setiap negeri. "Pertemuan dengan Raja-Raja Melayu itu juga akan membincangkan mengenai undang-undang yang diterima pakai, yang telah diperkenankan Majlis Raja-Raja sebelum ini," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini, lapor Bernama


...Undang-undang Islam yang macam mana ni....Undang-undang yang bersendikan quran dan sunnah ke...
..Kalau Undang-undang Islam tak besendikan Quran dan Sunnah...Tu bukan Undang-Undang Islam...Yang tu dipanggil undang-undang persenda Islam...
 
Design by Pocket