Thursday, March 26, 2009

PEKEMBER - Pertubuhan Kera @ Munkee @ Beruk

Thursday, March 26, 2009
Bila sahaja puak ini bersidang, aku nak tengok tv pun malas, bukan apa semua media arus perdana sibuk memasyurkan persidangan ini. Seolah-olah hebat sangat puak ini. Nak buat macam mana semua dikontrol oleh puak ini. Kalau orang lain nak buat, puak ini tidak akan bagi. Confirm! Bagi aku puak ni tak lebih dari lanun yang sibuk melanun harta rakyat.

Yang kecoh sangat persidangan kali ini sebab semua ahli puak ini nak tukar pemimpin baru. Itu kata puak ini, tapi pada hakikatnya yang bertukar rupa sahaja, perangai dan kelakuan tak pernah berubah. Kalau berubah pun malah menjadi lebih teruk dari dahulu, kini dan selamanya.

Khabarnya yang bahagian sayap puak ini semua sudah bertukar, dari beruk lidah kontot yang suka cium keris kepada beruk kena belacan, Mama pegang AP dah tukar kepada Mama yang kalah pilihanraya. Yang bahagian mat rempit dengan minah rempit khabarnya pun sudah bertukar bos juga.

Yang paling ditunggu oleh puak ini bertukarnya pemimpin nombor wahid mereka, daripada yang suka lentok kepada yang suka rasuah dan gila betina. Dengar cerita bakal ketua puak ini, kalau pasal betina bukan habis madu sepah dibuang, habis madu terus bom dengan C4. Kalau pasal rasuah pulak habis semua ada komisyen dari kapal selam sampai jet pejuang. Tak tahulah betul atau tidak.

Bila pemimpin nombor wahid mereka bertukar, dijangka teraju pemerintahan negara pun ikut bertukar. Tetapi belum lagi pegang teraju utama negara dia sudah mula tunjuk kuku. Kuku ini bukan sebarang kuku, tetapi kuku besi. Habis wadah perjuangan rakyat telah digantung Harakan dan Suara Keadilan. Selepas ini aku tak tahulah apa lagi dia ini nak buat, mungkin nak tutup semua blog.

Khabarnya masa dia kecil-kecil dahulu atuk dia pernah tanya pasal cita-cita beliau. Beginilah lebih kurang dialognya. Betul atau tidak jangan percaya dulu.

Atuk: Cucuku bila besar nanti nak jadi apa?
Cucu: Nak jadi mangkuk.
Atuk: Cucuku kalau kau nak jadi mangkuk, jangan engkau jadi mangkuk hayun. Jadilah mangkuk purba, walaupun dah retak sejuta ianya tetap berseni dan akan terus jadi buruan para arkeologi.
Atuk: Cucuku bila besar nanti nak jadi apa?
Cucu:Nak jadi kayu.
Atuk: Cucuku kalau kau nak jadi kayu, jangan engkau jadi kayu tunggul. Bila engkau tersepak ianya akan menyusahkan orang ramai. Jadilah kayu golf, walaupun besi tetap dipanggil kayu.
Atuk: Cucuku bila besar nanti nak jadi apa?
Cucu: Nak jadi spender.
Atuk: Cucuku kalau kau nak jadi spender, jangan engkau jadi spender model playboy. Walaupun ditatap ramai, ianya hina disisi agama. Jadilah spender superman, walaupun pakai diluar nampak gentleman.

Malangnya dia tak pernah dengar nasihat atuknya. Lalu bila besar dia jadi mangkuk hayun, kayu tunggul dan spender playboy. Tetapi puak ini bukan peduli kalau pemimpin meraka sebegini rupa, yang penting boleh melanun hak rakyat dan tembolok sendiri boleh diisi. Jadi kita hendaklah berjaga-jaga dengan pemimpin puak ini.

Aku pun dah malas nak mengarut lebih lagi. Jadi selamat bersidang, selamat mendapat mangkuk hayun, selamat mendapat kayu tunggul dan selamat mendapat spender playboy. PEKEMBER - Pertubuhan Kera @ Munkee @ Beruk.

Silap besar bebaskan Anwar daripada penjara

Pemuda tuduh Penasihat PKR pengkhianat bangsa, negara

PEMIMPIN parti pembangkang, khususnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi sasaran Pemuda Umno yang menganggap beliau adalah pengkhianat kepada bangsa dan negara.

Malah, Umno dianggap melakukan kesilapan besar apabila membenarkan Anwar 'dibebaskan' daripada penjara sehingga membuatkan suasana politik tanah air semakin kelam kabut. Ketua Pemuda Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said, berkata negara kini menanggung sengsara disebabkan kerakusan Anwar untuk merampas kuasa.

Anwar ini boleh janjikan bulan dan bintang. Cukuplah sandiwara Anwar Ibrahim ini. Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul menyokong dasar ucapan Ketua Pemuda.

...Jeng...jeng..jeng...Jadi confirm le anwar ditangkap pasal politik... Tangkap je semua yang lawan puak munkee ni... buat le cadangan macam gitu...baru real... ...Begini le perangai kalau beruk gila meroyan...

Tindakan lembaga disiplin UMNO dipertikai

PERGERAKAN Puteri Umno Kota Melaka mempertikaikan tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap Ketua Menteri dan tiga lagi ahli parti dari negeri itu, walaupun akur dengan keputusan muktamad berkenaan.

Disebabkan RM100 atau RM200, beliau mendakwa, pemimpin diaibkan seluruh negara dan disebabkan belanja makan RM35, pemimpin digantung hak ahli, manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula seperti senjata makan tuan.

Di samping itu, Haryaty turut mengemukakan cadangan Puteri Umno Melaka untuk mengatasi masalah politik wang, antara lain membenarkan penggunaan wang dalam pemilihan parti tetapi secara terkawal, SPRM harus diharamkan menyelongkar hal parti, keputusan Lembaga Disiplin perlu disegerakan dan cara pemilihan pemimpin parti digubal semula.

...Puak munkee ni klau pasal rasuah suka sangat...biasa le klau dah jadi darah daging...Klau tak rasuah mahu gatal seluruh badan macam kera kena belacan...Hahaha..
...Siapa siasat pasal rasuah dah jadi musuh no. 1 pulak ngan puak munkee nih...
...PEKEMBER=RASUAH... tolak puak munkee nih...

Kit Siang diarah keluar Dewan

Ahli Parlimen Ipoh Timur enggan tarik balik perkataan 'Umno gila'

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang diarah keluar dewan sehingga jam 1 tengah hari semalam kerana enggan menarik balik perkataan 'Umno gila' yang beliau ucapkan apabila mempertikaikan kenapa masa yang diperuntukkan bagi membahaskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Pindaan 2009 terlalu singkat.

Keputusan itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee selepas Lim didapati menggunakan perkataan tidak sopan dan berdegil tidak mahu menarik balik perkataan itu sehingga menyebabkan kekecohan di Dewan Rakyat selama setengah jam.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu mengeluarkan perkataan 'Umno gila' apabila Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-batu Pahat) menuduh beliau cuba menghalang perbahasan Rang Undang-Undang Suhakam.

Malah, dalam keghairahan tuntutan mereka, Bung Moktar mengeluarkan perkataan biadab, 'bastard' (anak haram) dan 'anjing' yang disambut pula dengan momokan anjing melolong oleh suara yang tidak dikenali.

Bagaimanapun, Lim mendakwa beliau tidak mengungkapkan perkataan 'Umno gila' sebaliknya 'Umno gila kuasa' dan tidak mahu menarik balik perkataan itu kerana berpendapat beliau tidak melanggar mana-mana peraturan mesyuarat.

...Cuba YB Lim kata puak PEKEMBER - Pertubuhan Kera @ Munkee @Beruk ni kena belacan..Hahaha..
...Memang le beruk tiru suara anjing tidak boleh dikenali...Hahaha...
..Beruk nak jadi anjing pulak... ni baru betul gila babi...

Panduan jika anda ditahan polis

'Buku merah' Majlis Peguam - panduan berguna bagi seseorang yang tidak biasa ditahan polis atau buta undang-undang sewaktu berdepan dengan pihak berwajib itu. Edisi bahasa Inggeris risalah kecil panduan asas itu kini boleh diperolehi di laman web rasmi badan profesional itu, http://www.malaysianbar.org.my/

Risalah dua halaman 'Polis dan Hak Asas Anda' disediakan oleh satu jawatankuasa kecil Majlis Peguam yang dikenali Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis (Tangkap).Dalam buku kecil itu terdapat panduan:

  • Seseorang berhak meminta kad pengenalan polis ketika ditahan. Jika anggota polis itu menunjukkan kad merah, anda boleh mengabaikan arahannya kerana dia sedang digantung tugas.
  • Anda juga berhak menelefon ahli keluarga, rakan atau peguam untuk menyampaikan maklumat mengenai penahanan seperti, masa, tempat dan sebab ditahan dan lokasi tahanan,
  • Anda mungkin ditahan selama 24 jam di balai polis atau dalam penjara untuk membantu siasatan.

Buku panduan itu menjelaskan juga cara-cara memberikan keterangan kepada polis bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah, selain prosedur tahanan reman dan tatacara pemeriksaan badan. Ia juga memuatkan nombor telefon pejabat-pejabat Pusat Bantuan Guaman (LAC) badan profesional itu di seluruh Semenanjung.

Kira-kira 100,000 salinan 'buku merah' telah dicetak untuk edaran kali pertama bulan lepas.Edisi bahasa Melayu buku merah akan diedarkan, termasuk di laman web, apabila ia siap disediakan.

... Nanti kalau gi berjalan ngan anak bini lebih pada 5 orang jangan lupa bawak buku merah ni... kang tak pasal kena tangkap kerana berkumpul secara haram... Hahaha..

Malaysia mampu elak kemelesetan teknikal

MALAYSIA tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal jika semua langkah dalam pakej rangsangan pertama dan kedua, serta usaha bagi meningkatkan akses kepada pinjaman dilaksanakan secara segera dan cekap.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata walaupun ekonomi negara dijangka mengalami pertumbuhan negatif pada suku pertama ini, namun ia akan kembali mencatatkan pertumbuhan positif pada suku kedua hasil pelaksanaan pakej rangsangan kerajaan, serta dasar kadar faedah rendah dan pemotongan kadar Keperluan Rizab Berkanun (SRR) oleh bank pusat itu.

“Ekonomi negara berkembang pada kadar amat tinggi, iaitu 7.1 peratus pada suku pertama tahun lalu dan angka itu sukar di atasi pada suku pertama tahun ini yang mana telah menyaksikan penurunan eksport sebanyak 27.8 peratus pada Januari

...Nih nak menipu apa lagi nih.... Teknikal tak meleset... Realiti ekonomi kita hampir hancur...Apa kejadah nih... Tak kan gabenor bank negara pun join puak munkee nih gak...
...Our fudemental is strong but in reality we are struggle... me spik no inglis... me fill ni form...

Projek RMK-9 gagal siap disenarai semula

SEREMBAN: Kerajaan negeri akan menyenaraikan semula beberapa projek yang tidak dapat dijalankan dan disiapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini dalam RMK-10 untuk dilaksanakan semula.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata antara projek terbabit, termasuk pembinaan Hospital Daerah Rembau, bangunan sekolah menengah dan rendah, klinik kesihatan daerah dan menaik taraf sistem pengangkutan.

"Kita akui banyak projek pembinaan jalan raya yang tidak dapat dilaksanakan dalam RMK-9, antaranya pelebaran jalan Seremban-Gemas dan naik taraf jalan Kuala Pilah ke sempadan negeri pantai timur.

...Ni mesti tak cukup melanun duit rakyat lagi nih... Lanun dan terus melanun je keje puak munkee nih... Tak pernah cukup-cukup...
...Rembau nih sape jadi ahi parlimen nih...Sibuk rasuah @ politik wang melobi ganti beruk lidah kontot ker.. Hahaha.. semalam dah menang... dengar cerita ada gaduh-gaduh pulak dengan anak beruk tua...
 
Design by Pocket