Monday, April 13, 2009

BERITA TIPU-TIPU - Menatang Haram

Monday, April 13, 2009
Md Isa 'produk haram' Umno, kata Hashim - MKini

Datuk Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis, kata ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh.

Sambil menyifatkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram" tradisi Umno, Hashim berkata, menteri besar itu harus melihat sejarah Umno di mana pengerusi perhubungan negeri, selalunya dilantik memegang jawatan tersebut."Salah faham oleh Md Isa. Pengerusi perhubungan sepatutnya jadi MB.

"Amalan dalam parti Umno, jawatan MB diserahkan kepada pengerusi perhubungan negeri. (Md Isa dilantik) MB masuk jalan bagaimana?” kata Hashim, mengulas kenyataan Md Isa yang mahu menteri besar turut dilantik sebagai pengerusi perhubungan bagi memudahkan penyelarasan.

"Beliau jadi MB bukan mengikut norma dan sistem dalam Umno. Dia adalah 'produk haram' dalam sistem parti.

...Kah...Kah...Kah...Ini betul-betul berita tipu...Kah...Kah...Kah...
...Kah...Kah...Kah..PEKEMBER bukan pengeluar produk haram...Kah..Kah...Kah...
...PEKEMBER adalah pengeluar produk HARAM jadah...Kah..Kah..Kah...
...Nanti ada MB puak gerombolan pakai tag HALAL...Kah..Kah...Kah...
...Jangan lupa bagi kat Zambry di Perak...Kah...Kah...Kah...
...Natang yang ada kat Tranung tuh tak nak order ke...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU RAKYAT - Menatang MB

Shahidan syor Muhyiddin terajui Umno Perlis - BHeran

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, mengesyorkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis bagi menyelesaikan kemelut Umno di negeri itu.

Merujuk cadangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, supaya menteri besar dan ketua menteri sepatutnya dilantik menjadi pengerusi badan perhubungan Umno negeri, beliau berkata itu bukannya penyelesaian yang baik.

Shahidan berkata jika beliau tidak lagi diperlukan untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, adalah lebih sesuai jika Muhyiddin selaku Timbalan Presiden Umno mengambil alih jawatan itu.

"Kalau dia kata semua menteri besar dan ketua menteri layak jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, saya pula beranggapan bahawa semua Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri layak jadi menteri besar."

Kah...Kah...Kah...Hidup lagi munkee ni rupanya...Kah...Kah...Kah...
...Kan biasa puak gerombolan nak calon tempatan...Kah...Kah...Kah...
...Dah tak ada calon tempatan ke...Kah...Kah...Kah...
...Yang jadi Pengerusi Badan Perhubungan puak gerombolan kat Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan jadi MB negeri mana...Kah..Kah...Kah...
...Yang kat Perak dah jadi MB haram...Kah..Kah...Kah..
...Selangor nak Mat Mongol...Perlis nak Mat Sembap...Tranung nak lagi ke dua-dua natang tuh...Kah...Kah...Kah...

BERITA BODO-BODO - Dukun Toyol dan Penyapu

Khir Toyo sokong Muhd Taib diganti - Mkini

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyokong desakan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan pengerusi perhubungan Umno Selangor daripada Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Beliau yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, berkata langkah tersebut bertujuan untuk mengembalikan semula kekuatan Umno di negeri it.

Katanya, pelantikan perdana menteri dan presiden Umno untuk mempengerusi Umno Selangor, boleh memberi impak besar kepada BN untuk merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut mengenai, Dr Mohd Khir berkata: "Saya bukan hendak memperkecilkan kepimpinan yang ada, tetapi Umno negeri menuntut semua pemimpinnya bekorban wang ringgit dan tenaga supaya ia dapat dipulihkan."

Kah...Kah..Kah...Gantikan je dengan penyapu...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah..Kah..Puak gerombolan dah tak nak ke munkee ni...Kah..Kah...Kah...
Kah..Kah...Kah...Nak lari ke Australia...Mi spik no Inglis...Mi fil no form...Kah...Kah..Kah...
Kah..Kah..Kah...Dukun toyol bercerita korban wang ringgit...Kah...Kah...Kah...
...Wang ringgit rakyat yang wat gi Disneyland ke...Kah...Kah...Kah...
Oiit...Toyol...Duit rompakan Balqis bila nak pulang balik...Kah...Kah...Kah...
...Jaket "summer man" tuh bila nak pulang balik...Kah...Kah...Kah...
...Penyapu yang bagi kat mickey mouse dah ambik balik ke...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU-TIPU - Loan Hantu

Bekas MP Labuan diseret ke mahkamah - Mkini

Bekas ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini terhadap pertuduhan menipu bank dengan menggunakan kad pengenalan orang lain untuk menjadi penjamin bagi pinjaman RM160,000.

Datuk Suhaili Abdul Rahman, yang penggalnya sebagai pengerusi Perbadanan Labuan tamat pada 31 Mac, dituduh telah memperdayakan pengurus bank Ismail Jantan untuk mempercayai yang beliau ialah pemilik kad pengenalan bernombor H0552181 dalam permohonan pinjaman perumahan bagi RM110,000 dan overdraf sebanyak RM50,000 untuk membeli satu unit apartmen di Api-Api Centre di Kota Kinabalu.Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Malayan Banking Berhad cawangan Kota Kinabalu pada 3 April 1996, lapor Bernama.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Suhaili, yang menjangkakan penggalnya sebagai pengerusi Perbadanan Labuan dilanjutkan pada minggu ini, berkata beliau menyerahkan perkara berhubung pelantikannya itu kepada menteri Wilayah Persekutuan.

...Guna IC orang lain...Macam pengundi hantu je...Kah...Kah...Kah...
...Ilmu ni belajar dengan lembu SPR ke...Kah...Kah...Kah...
...Banyak lagi ke IC orang lain munkee ni simpan...Kah...Kah...Kah...
...Boleh masuk Guiness Record pemegang IC terbanyak...Kah..Kah..Kah...
...Yang mengundi pun ada hantu...Yang buat loan pun ada hantu...Yang memerintah ada hantu tak...Hah...Hah...Hah...HANTU!..Kah..kah..Kah

BERITA GILA-GILA - Bik Mama jogging?

Gempa bumi sederhana di kepulauan Talaud

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana melanda kepulauan Talaud di utara Indonesia pada 5.45 pagi hari ini, kira-kira 800 kilometer dari Kunak, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini menjelaskan garis pusat gempa yang berukuran 5.6 pada skala Richter ialah di 4.3 darjah Utara dan 125.5 darjah Timur.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

...Ada orang kata Bik Mama keluar jogging hari ni...betul ke...Kah...Kah...Kah...
...Bik Mama lari lompat-lompat ke...Lari setempat-setempat...Kah...Kah...Kah...
..Sape nampak Bik Mama jogging tolong bgtau pejabat metorlogi...Kah...Kah..Kah...

BERITA GILA-GILA - Kami tak nak dua-dua natang

Dakwa wujud krisis, PAS gesa MB Terengganu bubar DUN -Mstar

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digesa supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri untuk mengelakkan kebuntuan seperti yang berlaku di Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dari PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Ahmad perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan krisis yang wujud antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan membubarkan DUN bermula esok.

Jelas beliau Menteri Besar itu perlu bertindak bagi mengelakkan daripada berlakunya krisis perlembagaan berikutan sokongan yang semakin menurun terhadapnya oleh ADUN BN sendiri. Syed Azman berkata demikian bagi mengulas spekulasi yang disebarkan bahawa ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad pada persidangan DUN yang akan bermula esok.

Syed Azman bagaimanapun beranggapan bahawa keadaan ini mencerminkan kepimpinan Ahmad selaku Menteri Besar bukan sahaja tidak disukai oleh barisan pembangkang di negeri itu malah oleh barisan kepimpinannya sendiri.

Tambah Syed Azman, oleh yang demikian Ahmad perlu menerima hasrat yang disampaikan oleh wakil rakyat BN dengan membubarkan DUN.

Difahamkan juga empat wakil rakyat BN hari ini pergi ke Kuala Lumpur untuk menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyuarakan hasrat mereka. Namun usaha untuk menghubungi keempat-empat mereka gagal.

...Bubar DUN..Buat pilihanraya baru..Sape nak jaga duit ihsan...Kah...Kah...Kah...
...Dua-dua gang natang sibuk nak jaga duit ihsan...Kah...Kah...Kah...
...Nak jaga duit ihsan ke nak melanun duit ihsan...Kah...Kah...Kah...
...Mat Sembap sokong gang natang mana...Kah...Kah...Kah...
...Mat Mongol sokong gang natang mana...Kah...Kah...Kah...
...Rakyat Tranung nak lagi ke gang natang ni...Kah...Kah...Kah...
 
Design by Pocket