Monday, April 27, 2009

BERITA TIPU-TIPU - Natang sarkis Tranung

Monday, April 27, 2009
Hanya rakyat boleh nilai saya - Ahmad Said - Mstar

HULU TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata hanya rakyat yang boleh membuat penilaian sama ada beliau berjaya atau gagal dalam menerajui negeri ini. Ahmad berkata rakyat menjadi "hakim" sama ada mereka masih mahukannya memimpin mereka atau sebaliknya kerana kebiasaannya hukuman yang dijatuhkan rakyat menggambarkan sentimen mereka.

"Jika saya gagal, gantilah saya tetapi untuk masa yang singkat ini, berilah saya peluang membuktikan keikhlasan dan kesungguhan saya memperjuangkan nasib rakyat. "Jangan diletak halangan di hadapan saya yang bertujuan untuk menggagalkan saya," katanya ketika diminta mengulas sama ada kemelut politik yang berlaku sekarang menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu.

Kah...Kah...Kah...Apa lagi ..bagi je rakyat Tranung jadi hakim...bubar je DUN...Kah...Kah...Kah...
...Bagi peluang rakyat Tranung jadi hakim...Kah...Kah...Kah..
...Kita tengok rakyat Tranung nak sape jadi MB...Natang Mat Said atau Derih natang...Kah...Kah...Kah...
...Silap haribulan dengan semua gang natang sekali bungkus...Kah...Kah...Kah...
...Tinggallah Mat lidah kontot sorang-sorang cium keropok lekor...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU-TIPU - PEWARIS hilang...

GMI jemput PEWARIS berdebat - Mkini

Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam debat mengenai ISA anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada 9 Mei depan. Menurut GMI, debat bertajuk 'Debat ISA: Haram atau Halal?' akan diadakan di Auditorium Dewan Sivik MPPJ mulai jam 3 petang.

Katanya, PEWARIS dijemput untuk mempertahan ISA ekoran dakwaannya bahawa ISA diperlukan untuk mempertahankan Islam. PEWARIS menyifatkan diri sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik. "GMI telah menghantar jemputan kepada PEWARIS untuk menghantar wakil mereka bagi menyangkal pendirian anti-ISA GMI.

"Sehingga ini, kami belum menerima sebarang jawapan dari PEWARIS sama ada mereka akan hadir atau tidak untuk menyatakan pandangan mereka menyokong ISA," kata GMI. Selaras dengan semangat kebebasan bersuara, GMI berhartap PEWARIS akan menerima jemputan tersebut. "Kami menjemput orang ramai untuk menghadiri debat tersebut," tambahnya.

Kah...Kah..Kah...Confirm PEWARIS tak berani timjuk muka punya...Kah..Kah...Kah..
..Sebab PEWARIS ni spesis sama dengan puak gerombolan...Telur dah dilarikan semut...Kah...Kah...Kah...
...ISA diperlukan untuk pertahankan Islam...Islam Hadhari ke...Kah..Kah...Kah...
Kah..Kah...Kah...Ini mesti ambil dari kitab PEKEMBER totok...Kah..Kah...Kah...
...Mana pergi hilang PEWARIS ni....Sudah hilang tanpa WARIS ke...Kah...Kah...Kah...

BERITA GILA-GILA - Confirm memang tak ada telur

Pondok panas: Larangan SPR baik elak ketegangan, kata BN - Mstar

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) menyambut baik larangan yang diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar parti-parti politik tidak mengadakan pondok panas selain meraih undi pada hari pengundian. Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, tindakan yang diputuskan SPR itu merupakan pendekatan yang baik untuk kepentingan semua pihak. "Saya fikir itu satu langkah yang baik," kata beliau di sini hari ini.

Perdana Menteri juga berkata, larangan berkenaan boleh mengelakkan wujudnya ketegangan di kalangan penyokong parti-parti potik yang bertanding. Kita lihat bahawa bila ada pondok panas dengan bilangan penyokong yang terlalu ramai boleh menimbulkan ketegangan atau kekacauan antara penyokong dan juga boleh mengganggu pengundi untuk mengundi.

Kah...Kah...Kah...Bila tak ada telur...Memang tak boleh tegang...Kah...Kah...Kah...
...Jangan marah lembu SPR...Mereka ini hanya menjalankan kewajipan untuk puak gerombolan...Kah...Kah...Kah...
...Kalau puak gerombolan tak korup...SATU MALAYSIA akan jadi hairan...Kah...Kah...Kah...
...Oit... Lembu SPR...Dakwat apa cerita...Dah habis pakai masa pemilihan puak PEKEMBER hari tu ke...Kah...Kah...Kah...

BERITA GILA-GILA - MIC terus tua

MIC: Pasamanikam 86 tahun kekal Ketua Bahagian Muar dipegang 30 tahun - Mstar

JOHOR BARU: Orang kuat MIC Johor, Tan Sri G. Pasamanikam dilihat telah mencatat sejarah dengan mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua MIC Bahagian Muar tanpa bertanding walaupun beliau sudah mencecah usia 86 tahun. Pasamanikam merupakan antara sembilan Ketua Bahagian MIC di Johor yang mengekalkan kedudukan masing-masing tanpa saingan.

Beliau mengetuai Bahagian Muar sejak 30 tahun lalu. "Ini adalah penggal terakhir saya. Saya tidak mahu bertanding tetapi golongan muda minta saya bertanding untuk satu lagi penggal," kata beliau di sini hari ini.

Ketua bahagian lain yang turut menang tanpa bertanding ialah S. Ramalingam, 76, dari Bahagian Pulai; Jasbir Singh, 74, (Pontian) dan A. Suppiah, 73, (Kota Tinggi). Enam ketua bahagian yang berusia dalam lingkungan 60 tahun juga menang tanpa bertanding.

Kah...Kah...Kah...MIC dah jadi macam rumah orang tua...Kah...Kah...Kah...
...Dengar khabar MIC akan rekrut ahli- ahli baru di semua rumah orang tua SATU MALAYSIA...Kah...Kah..Kah...
...Tak lama lagi MIC pun akan dihantar ke rumah orang tua...Kah...Kah...Kah...
...Kesian KJ tak cukup umur... Nak join MIC...Kah...Kah...Kah...
...Brahim Ali cukup umur tak... Nak join MIC...Kah...Kah...Kah...

BERITA GILA-GILA - Kabinet JIBRAUN dan PAS

Letak syarat terima kerajaan campuran’ -BHeran

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak menolak pembentukan kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN) jika Pas ditawarkan kementerian penting seperti kewangan dan pelajaran. Nik Abdul Aziz berkata, jika BN ingin menawarkan Pas untuk bersama membentuk kerajaan campuran, mereka mesti bersedia untuk menyerahkan dua kementerian berkenaan kepada wakil parti itu.

...Kalau PAS ambik Kementerian Keawangan dan Kementerian Pelajaran...
Kah..Kah...Kah...Mat Sembap nak jaga kementerian mana...Kah...Kah...Kah... Kah...Kah...Kah...Mat Mongol nak jaga kementerian mana...Kah...Kah...Kah... Kah...Kah...Kah...Mahafiraun nak jadi penasihat siapa...Kah...Kah...Kah... Kah...Kah...Kah...Jawatan TPM nak bagi kat siapa...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Jawatan PM siapa yang punya...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Mahafiraun dapat jawatan apa...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Kabinet JIBRAUN akan jadi apa...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU-TIPU - Lembu SPRM, Puak Gerombolan, Rasuah dan tiga titik

Umno, SPRM teruskan kerjasama banteras rasuah - BHeran

KUALA LUMPUR: Umno akan terus bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam usaha untuk membanteras gejala politik wang di kalangan ahli serta pemimpin parti berkenaan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata walaupun selepas tamat pemilihan parti bulan lalu, pihaknya berpendapat hubungan rapat dengan SPRM penting untuk mengukuhkan kedudukan serta meningkatkan imej parti.

“Jika kita terima aduan berhubung kegiatan jenayah politik wang, ia akan disalurkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut dan pada masa sama Lembaga Disiplin Umno pula akan memberi tumpuan khusus kepada kesalahan membabitkan etika parti,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kah...Kah...Kah...Ini baru betul-betul berita tipu...Kah...Kah...Kah...
...Siapa yang buat cerita karut lagi bohong ni...Kah...Kah...Kah...
...Puak gerombolan nak benteras rasuah...Kah...Kah...Kah...
...Bukan itu sahaja...Puak gerombolan akan buang semua ahli yang rasuah...Kah...Kah...Kah..
...Lepas ni puak gerombolan akan dibubar...Sebab semua ahli puak gerombolan disiasat oleh lembu SPRM kerana rasuah...Kah...Kah...Kah...
...Menteri kabinet JIBRAUN...Gabungan bini Najib dan Mahafiraun... Semua akan letak jawatan sebab disiasat rasuah oleh lembu SPRM...Kah...Kah...Kah...
...Kakitangan lembu SPRM akan ditambah 10 kali ganda untuk siasat kes rasuah dari puak gerombolan...Kah...Kah...Kah...
 
Design by Pocket