Wednesday, April 15, 2009

BERITA BODO-BODO - Apa ke badigol

Wednesday, April 15, 2009
Penulis blog diminta henti laporan palsu, sentuh peribadi - Rais - Mstar

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini meminta penulis blog menghentikan penulisan mengenai perkara palsu dan menyentuh peribadi.Beliau berkata mereka yang menulis laporan palsu akan dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Menyatakan perkara palsu dan perkara menyentuh peribadi harus dihentikan oleh para penulis tersebut (penulis di internet dan blog)."Jika mereka mengkritik kerajaan, itu hak mereka tapi jika berita mereka palsu maka kita akan mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi (dan Multimedia)," katanya kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat Jabatan Penerangan di Wisma Sime Darby di sini.

Kah...kah..Kah...Yang suratkhabar bagi laporan palsu tentang Ku Li puji kabinet baru tuh...Tak kena tindakan ke...Kah...Kah...Kah...
...Ke tu laporan bertaraf antarabangsa...Kah...Kah...Kah...
...Dukun toyol sentuh peribadi exco Selangor tu...Kira bawah akta apa...Kah...Kah...Kah...
...Kalau SATU MALAYSIA persoal integriti PM tuh kira sentuh peribadi ke...Kah...Kah...Kah...
...Apo badigol sangat ko ni...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU RAKYAT- MARA nak muflis

Mara diminta serah laporan- BHERAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Mara berikutan kedudukan kewangannya dilaporkan susut, sekali gus memaksa agensi itu menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membiayai pinjaman kepada usahawan baru. Timbalan Menterinya, Datuk Hassan Malek, berkata masalah kewangan Mara yang semakin susut boleh memberi kesan kepada usahawan mendapatkan pembiayaan terutama mereka yang baru mencebur diri dalam perniagaan.

Saya belum pasti masalah sebenar dihadapi Mara sehingga sumber kewangannya semakin susut dan terpaksa menggunakan sumber kewangan dalaman membiayai pinjaman perniagaan baru daripada pemohon. "Kita akan mendapatkan laporan terperinci mengenai perkara itu dan saya rasa perlu diberi perhatian serius kerana Mara satu-satunya agensi yang sudah lama menjaga dan membela nasib orang Melayu," katanya ketika dihubungi, semalam.

..Kah...Kah...Kah..MARA nak bankrap...Munkee mana yang jaga ni...Kah...Kah...Kah...
...Munkee ni jaga MARA....Ke melanun MARA...Kah...Kah..Kah...
...Kroni nak wat loan ada duit lagi tak...Kah...Kah...Kah...
...Takda MARA...Hilanglah satu simbol ketuanan Melayu...Kah...Kah...Kah...
...MARA ada bagi loan tak kat Perlis nak bayar duit elaun kat ADUN Sanglang...Kah...Kah...Kah...
...MARA...Melayu...Akan...Rugi...Akhirnya...Kah...Kah...Kah...

BERITA GILA-GILA - Kerja ada...Gaji takda...

Utara: Sidang DUN Perlis: Adun Pas dakwa tak dapat gaji - BHeran

KANGAR: Hashim Jasin (Pas-Sanglang) menggemparkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis semalam apabila mendakwa tidak menerima apa-apa bayaran, termasuk gaji daripada kerajaan negeri bagi jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang disandangnya sejak September lalu.

Malah, Hashim ketika sesi penggulungan hujah, semalam turut memberitahu DUN tunggakan pencen yang dikatakan akan dibayar kerajaan negeri kepadanya selepas ditandatangani baru-baru ini, juga tidak diterima sehingga menyukarkan beliau untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Adun.

"Saya tidak tahu di mana silapnya kerana mustahil kerajaan negeri terlalu miskin sehingga tidak mampu membayar gaji seorang Adun atau mungkin gaji yang sepatutnya saya terima masih dibayar kepada wakil rakyat terdahulu (Abdulllah Hassan), sedangkan terbukti kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, tidak sah.

...Kah..Kah..Kah...Perlis dah tak da duit cam MARA gak ke..Kah...Kah...Kah...
...Masalah ADUN tak leh nak settle camna nak settle masalah rakyat...Kah...Kah..Kah...
...Try le tanya MARA kot ada duit lebih...Kah...Kah...Kah..
...Tak pun tanya MB dulu ada duit lebih tak...Kah...Kah...Kah...

BERITA BODO-BODO - Natang Derih

Idris 'bukan dalang' boikot DUN -Mkini

Bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh tidak terbabit dengan tindakan 10 wakil rakyat Barisan Nasional memulaukan sidang DUN semalam, kata setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu. Alias Abdullah menambah, Idris yang juga ADUN Jerteh “tidak tahu-menahu” dengan rancangan tersebut yang dibuat sebelum persidangan dewan bermula jam 9.30 pagi.

Kalau tidak ada Idris, kami pun boleh buat juga, seolah-olah kami tiada kewibawaan,” kata ADUN Alor Limbat itu, menangkis tanggapan bekas menteri besar itu dalang di sebalik tindakan menggemparkan itu.“Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?”

...Kah...Kah...Kah..Derih natang bukan natang dalang boikot...Kah...Kah..Kah...
...Abih tu sape yang natang dalang tuh...Natang beruk ke...Kah...Kah...Kah...
...Kah...Kah...Kah...Derih natang sama je dengan Mat Said natang dok tahu menahu...Kah..Kah..Kah...
...Natang mu dua ekor ni...Sama je kaki lebong..Kah..Kah...Kah...
...MB tranung sekarang natang cap ayam...Sepuluh budak natang boikot DUN tuh...natang cap apa...Kah...Kah...Kah...
...Rakyat Tranung nak lagi ke natang-natang nih...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU RAKYAT - Natang SMS

SUSK MB Terengganu buat laporan polis nafi sebar SMS ugutan - BHeran

KUALA TERENGGANU: Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Wan Muda, membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu menafikan pembabitannya dengan penyebaran SMS berbau ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri.

Wan Ahmad ditemani Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan dan Tugas-Tugas Khas), Wan Mohamad Lotfi Wan Ismail, membuat laporan itu pada jam 12 tengahari tadi. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, mengesahkan polis menerima laporan Wan Ahmad dan akan menyiasat mengikut lunas undang-undang.

...SMS ugut bunuh tu ada sebut C4 tak...Kah...Kah..Kah...
...Kalau takda orang SMS...Natang mana SMS...Kah...Kah...Kah...
...Ni mesti natang beruk SMS...Kah...Kah...Kah...
...Ke ada natang lain SMS...Kah...Kah...Kah...
...Nanti kita tengok...Natang mana yang kena...Kah...Kah...Kah...

BERITA BODO-BODO - Boikot gang natang

ADUN boikot: Jangan sampai jejas kedudukan BN, kata Muhyiddin - MStar

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Terengganu daripada Barisan Nasional untuk tidak menghadiri persidangan dewan itu hari ini diharap tidak akan menjejaskan kedudukan BN sebagai kerajaan di negeri berkenaan.

Beliau berkata, sebagai kerajaan yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah, semua pihak perlu bekerja dan sebarang rasa tidak puas hati yang boleh menjejaskan kedudukan BN, perlu diselesaikan.

Mengulas tindakan yang dianggap "luar biasa" itu, Muhyiddin berkata, beliau akan mendapatkan laporan mengenainya dan menemui Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berhubung perkara itu.

"Tapi jangan sampai menjejaskan kedudukan BN di dalam DUN. Kita adalah kerajaan di negeri Terengganu," katanya. Muhyiddin berkata, perkembangan itu ada sesuatu yang membimbangkan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

...Kah...Kah...Kah...Mat Mongol kata bukan krisis besar...Kah...Kah..Kah...
...Kah..Kah...Kah...Mat Sembap kata luar biasa...Kah...Kah...Kah...
...Bukan krisis besar tetapi luar biasa...Apa mencarut ni...Kah...Kah...Kah...
...Ni semua gang sepuluh budak natang punya pasal...Kah...Kah...Kah...
...Kasi bubar itu DUN...Kah...Kah...Kah...
...Try tengok rakyat Tranung sokong lagi tak gang natang ni...Kah...Kah...Kah...
 
Design by Pocket