Saturday, April 11, 2009

BERITA PANAS HATI - Apa ke jadah pelarut

Saturday, April 11, 2009
Minum pelarut dalam tahanan polis - Mkini

Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis berhubung seorang pemuda yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setelah didakwa meminum bahan beracun di bilik siasatan polis. Naib ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata anggota keluarga pemuda itu Adi Anwar Mansor, peguamnya dan beberapa lagi pemimpin parti itu akan turut serta.

Ibu mangsa Jiknah Harun hari ini dilaporkan berkata "tiada sebab" anaknya berbuat demikian kerana "mempunyai bayi tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira."Wanita itu juga mendakwa terdapat kesan lebam seperti kesan dipukul pada badan anaknya. Adi Anwar, kata Jiknah, juga mendakwa lima anggota polis membelasahnya sewaktu dalam tahanan polis.

Pemuda itu dilaporkan dalam keadaan stabil di ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selepas dihantar polis untuk rawatan. Menurut polis, Adi Anwar dalam keadaan tangannya bergari mengambil sebotol cecair pelarut di atas meja bilik siasatan dan dalam masa tidak sampai 10 saat meminumnya.

...SATU MALAYSIA nak tahu ke jadah mana letak pelarut atas meja...
...SATU MALAYSIA nak tahu apa ke jadah ada pelarut atas meja....
...SATU MALAYSIA nak tahu pelarut tu nak diguna untuk ke jadah apa....
...SATU MALAYSIA nak tahu ke jadah mana yang bawak pelarut tu...
...SATU MALAYSIA nak tahu apa ke jadah perkara macam gini boleh berlaku kat rumah pasung...

BERITA TIPU RAKYAT - Mangkuk jadi menteri belia

Kembalikan kepercayaan belia cabaran besar: Ahmad Shabery -BHeran

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata usaha untuk mengembalikan kepercayaan golongan belia terhadap kerajaan adalah cabaran paling besar yang perlu dipikul dalam portfolio barunya itu.

Beliau berkata, ia berdasarkan pemerhatiannya terhadap keputusan pilihan raya umum lalu diikuti semua keputusan pilihan raya kecil yang memperlihatkan rasa tidak senang hati golongan muda terhadap Barisan Nasional (BN).

"Ia menakutkan saya, kalau saya fikirkan perkara itu seolah-olah tanggungjawab itu terlalu besar...dalam menangani soal survival kerajaan dan sebagainya ialah keupayaan kita dalam mengendalikan mereka yang berada di saluran bagi umur 35 tahun ke bawah.

...Ooiitt mangkuk...mulut dah berbuih pun bodoh lagi...Jadi menteri belia bukan maksudnya nak suruh belia sokong Babi Negara...Kau ni paham ke tak...
...Layaklah kau jadi menteri sebab kau ni memang mangkuk...Hahaha...
...Apa ke jenis mangkuk kau ni...Hahaha...
...Ini le dianamakan mangkuk hayun berbuih...Hahaha...
...Tak paham-paham...Jadi menteri buat kerja untuk rakyat bukan untuk Babi Negara...Paham tak mangkuk hayun berbuih-buih..
...Kalau tak paham jugak...Layaklah kau jadi mangkuk hayun berbuih-buih...Hahaha...

BERITA GILA-GILA - Rekod raja katak bakal dipecahkan

Ibrahim Ali Tunggu 'pinangan' Daripada Umno -BERNAMA

KOTA BAHARU, 10 April (Bernama) -- Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

"Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada Umno.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.

...Katak hendak melompat lagi...Hahaha...
...Raja katak menunggu pinangan..Hahaha...
...Tunggu puteri semangkuk hayun pinang raja katak...Hahaha...
...Kalau puteri semangkuk hayun cium raja katak...Raja katak akan bertukar rupa kepada...sendiri sambung le...Hahaha...

BERITA BODO-BODO - Gomen knows best

Azilah dan Sirul digantung: Persoalan berbangkit ialah...

KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu:

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

...Mat mongol dah bagitau...Era Gomen knows best dah tamat...Jangan tanya...Dia tak tahu...Hahaha....
...Cuba bagi soalan objektif ke...Agak-agak boleh jawab tak...Hahaha...
...Soalan ni kena jawab dalam inglis ke...Hahaha....

BERITA BODO-BODO - Gomen tak best known

Benarkah era "government knows best" telah berlalu? - Harakah

Menurut Najib, "era Government knows best" sudah berlalu. Bila? Sekiranya era baru bermula sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri, maka beliau harus membuktikan bahawa di tangannya era sedemikian sudah benar-benar berlalu.

Sebaik sahaja kerajaan Umno-BN di bawah pimpinan Najib menghapuskan seksyen tertentu dalam ISA dan melepaskan mereka yang menjadi mangsa seksyen ini, merobah semula keseluruhan akta itu bagi sesuai dengan realiti masa kini, menghapuskan PPSMI, menggubal undang-undang gaji minima pekerja dan banyak lagi yang menjadi rintihan rakyat, maka ketika itulah apa yang dikatakan oleh Najib mengenai berlalunya era "government knows best" itu boleh dipercayai oleh rakyat.

...Peristiwa rampasan kerajaan Perak...Gomen knows best...Hahaha...
...Projek mi segera bila ada PRK...Gomen knows best...Hahaha...
...Menggelar rakyat berkumpul secara aman sebagai perhimpunan haram...Gomen knows best...Hahaha...
...Gomen BN known the best...melanun hak rakyat...Hahaha...
...Gomen BN known the best...kekang demokrasi...Hahaha...
...Gomen BN known the best...Korupsi, kronisme, neoptisme dan wang kasi...Hahaha...
 
Design by Pocket