Wednesday, May 6, 2009

BERITA BODO-BODO - Selamat hari jadi

Wednesday, May 6, 2009
Lima ditahan cuba sambut 'harijadi Altantuya' - Mkini

Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas. Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Kah..Kah...Kah...Pasal apa kena tahan...Apa kes...Tunjuk perasaan ke...Berkelakuan lucah ke...Kah....Kah...Kah...
Kah..Kah..Kah...Sambut harijadi pun boleh kena tahan...Kah..Kah..Kah...
...Hari jadi siapa...Altantuya...Pasal apa tak boleh sambut harijadi beliau...Kah...Kah..Kah...
...Ada orang jeles ke...Siapa yang jeles tu...Kah...Kah...Kah...
...Ada orang kecut perut ke...Siapa yang bacul sangat tu...Kah..Kah...Kah...
...Ini berita kat mana ni...Malaysia... Myanmar... Zimbawee... Georgia ....Kah...Kah...Kah...

Saturday, April 11, 2009

BERITA BODO-BODO - Gomen knows best

Saturday, April 11, 2009
Azilah dan Sirul digantung: Persoalan berbangkit ialah...

KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu:

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

...Mat mongol dah bagitau...Era Gomen knows best dah tamat...Jangan tanya...Dia tak tahu...Hahaha....
...Cuba bagi soalan objektif ke...Agak-agak boleh jawab tak...Hahaha...
...Soalan ni kena jawab dalam inglis ke...Hahaha....

Thursday, April 9, 2009

BERITA PANAS HANGAT - Siapa bunuh Altantuya?

Thursday, April 9, 2009
Saya Ingin Bebas - Azilah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- "Jika ditanya, saya memang ingin bebas daripada tuduhan ini," kata Cif Inspektor Azilah Hadri penuh harapan walaupun menerima hakikat dia bakal berhadapan dengan hukuman mati esok (Khamis) sekiranya Mahkamah Tinggi membuat keputusan sebaliknya.

Azilah yang didakwa membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu tiga tahun lalu menyatakan demikian kepada Bernama pada hari terakhir perbicaraan membela diri di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Februari lepas.

Kata-katanya itu disambut dengan senyuman oleh tunangnya Nur Azila Baharuddin yang sentiasa berada di sisi memberi sokongan. Dan menurut Nur Azila, sekiranya impian Azilah menjadi kenyataan, mereka akan berkahwin secepat mungkin.Nur Azila berkata dia amat berdebar dan takut untuk berhadapan dengan kenyataan esok.

PENDAKWAAN TIGA TAHUN LALU
Dalam kes yang pernah menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa ini, kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, berusia 28 tahun, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Okt 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Okt 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

KETEGASAN HUJAH PENDAKWAAN
Sebagai tertuduh, Azilah dan Sirul Azhar yang mengaku tidak bersalah sudah berhujah dan mengharapkan pembebasan, tetapi bagi pihak pendakwaan, kedua-duanya ialah orang yang benar-benar terlibat dalam pembunuhan Altantuya hingga jasadnya berkecai akibat dibom.

Pendakwaan yang dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid menegaskan di dalam hujahan mereka bahawa Azilah dan Sirul Azhar telah merancang pembunuhan Altantuya.

Berdasarkan keterangan saksi semasa kes pendakwaan, bom yang digunakan untuk meletupkan mayat Altantuya, berkemungkinan diletakkan ke dalam mulut wanita itu.Hujahan Manoj di akhir kes pembelaan juga berkata kedua-dua tertuduh mempunyai motif untuk membunuh dan jenayah yang dilakukan telah dirancang lebih awal.

PEMBELAAN DI AKHIR KES
Azilah yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.

Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan "bodoh" (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.

Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis.

KEPUTUSAN YANG DITUNGGU-TUNGGU
Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas).

Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.

Peranan dua anggota UTK ini dalam pembunuhan Altantuya memang menjadi perdebatan dengan pelbagai tanggapan timbul, tetapi apapun keputusan mahkamah akan menentukan sama ada mereka akan bebas seperti mana Abdul Razak, atau berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati.-- BERNAMA

...Yang pasti ada kambing hitam akan dikorbankan...
...Yang pasti akan lebih banyak timbul persoalan...
...Yang pasti keadilan sebenar tidak akan ditegakkan...
...Yang pasti kebenaran tetap disembunyikan...
...Yang pasti ada nama perlu dibersihkan...
...Yang pasti... pembunuh Altantuya pasti akan menerima pembalasan tuhan...
...Yang TIDAK pasti...Siapa yang arahkan pembunuhan Altantuya...

Tuesday, March 31, 2009

Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang

Tuesday, March 31, 2009
Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program pada pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".


...Pasal apa tak boleh...ade orang takut ke...

...Pasal apa tak boleh...ade orang jeles ke...

...Pasal apa tak boleh...ade orang marah ke...

...Pasal apa tak boleh...rakyat tak boleh tahu ke...


Monday, March 30, 2009

Altantuya di Bukit Gantang

Monday, March 30, 2009


Altantatuya muncul di Bukit Gantang...
Altantuya datang dengan angin perubahan..
Altantatuya bersama rakyat inginkan keadilan...
Altantatuya menuntut janji-janji yang hilang...
Altantatuya datang menuntut pembalasan...

Walaupun tubuhnya tidak dapat dikesan...
Wajahnya menghantui mereka yang zalim dan kejam...
Kepada para pengundi Bukit Gantang...
Undilah Pakatan tolak Barisan...
 
Design by Pocket