Monday, May 18, 2009

BERITA TERBARU - Penanti - SAHIH puak gerombolan tak ada telur

Monday, May 18, 2009
BN tidak tanding di Penanti - BHeran

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebentar tadi putuskan BN tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini, petang ini. Beliau berkata, sebab tidak bertanding kerana mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini.

Kah...Kah...Kah...Sahih...Puak gerombolan tak ada telur...Kah...Kah.. Kah...
Kah...Kah...Kah...Mat Mongol takut dengan Aminah yang jadi calon bebas ke....Kah...Kah...Kah...
Oit...Mat Mongol...Tujuan pilihanraya adalah untuk kepentingan rakyat...Baik kau simpan aje lah slogan rakyat diutamakan...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah..Kah..Hari tu kata...Our economy has no problem...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah..Hari tu kata...Our fudemental is strong...Kah...Kah...Kah...
..Hari ni kata nak menangani masalah ekonomi pulak...Kah...Kah...Kah...
Kah..Kah...Kah...SATU MALAYSIA dah tahu puak gerombolan penakut...Tak payah bagi alasan karut-marut...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU-TIPU - Penanti...Tunggu petang ni

Pilihan raya Penanti: BN dijangka putuskan petang ini - BHeran

KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada Barisan Nasional (BN) dan Umno akan meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil Penanti, di Pulau Pinang dijangka terjawab apabila Dewan Tertinggi BN bermesyuarat, petang ini.

Mesyuarat itu dijadual dipengerusikan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bermula jam 4.30 petang ini. Sebelum ini, Najib yang juga Presiden Umno membayangkan Umno mungkin tidak meletakkan calonnya bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Kah...Kah...Kah...Nak buat mesyuarat untuk buat keputusan bila nak tangguh mesyuarat lagi ke...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Kalau tak ada telur...Katakan tak ada...Tak perlu Penanti ternanti-nanti...Kah...Kah...Kah...
Kah..Kah...Kah...Masa buat keputusan nanti...Jangan lupa projek mi segera kena masuk sekali...Kah...Kah...Kah....
Kah...Kah...Kah...Kalau tidak sepanduk dan poster siapa mahu buat naik nanti...Kah...Kah...Kah...

BERITA BODO-BODO - SATU MALAYSIA tunggu

Anifah wajar dedah semua tawaran pembangkang: Zahid - BHeran

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman diminta mendedahkan pelbagai tawaran lain yang pernah dibuat pihak pembangkang kepadanya selepas diumpan menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2008 lalu.

Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata melalui pendedahan itu rakyat dapat menilai pendirian sebenar pembangkang dalam memenuhi cita-cita politik mereka. “Kalau mereka lakukan (buat tawaran), mereka katakan mereka beretika, tapi kalau kita lakukan mereka kata kita tak beretika.

“Saya harap dalam perkara ini Datuk Anifah mendedahkan banyak lagi perkara yang telah berlaku ketika beliau tidak menerima tawaran sebagai Timbalan Menteri. “Pada masa itu kononnya Anifah merajuk dan ketika itulah pakatan pembangkang mengambil peluang untuk menawarkan pelbagai, termasuk jawatan kedua tertinggi di negara kita.

Kah...Kah...Kah...Dedah jangan tak dedah...Bagi keluar semua fitnah...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Kalau betul ada tawaran kenapa sekarang baru sebok nak bagitahu....Kenapa tak sebulan dahulu...Kah...Kah...Kah...
Oit...Mangkuk...Tak kan tunggu Obama bagi perutusan tahniah dekat Mat Mongol baru sebok nak dedah...Kah...Kah...Kah...
Kah..Kah..Kah..SATU MALAYSIA tengah tunggu mangkuk ni akan dedah apa lagi...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah..SATU MALAYSIA nak tengok mangkuk ni kena saman sampai tinggal seluar dalam...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...SATU MALAYSIA mesti tunggu kes ini...Sebab mesti ada saksi tak mahu masuk mahkamah sebab telur dah hilang...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...SATU MALAYSIA akan tengok siapa bakal menjadi kambing hitam...Kah...Kah...Kah...

CATATAN GILA-GILA - Aiya Tok Lajib

Lagu asal bertajuk ‘Aiya Cik Siti’ yang dipetik dari filem Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee yang berjudul Ali Baba Bujang Lapok.

Jom layan!!!

Aiya Tok Lajib

Khairy:
Aiya Tok Lajib
Losmah punya laki
Lu apa pasat
Bikin ini macam???

Gua Ketua Pemuda
Talak jadi menteli
Itu anak Madey
Jadi timbalan menteli

Najib:
Marilah Khairy
Mari sayang
Ikutlah saja
Jangan banyak tanya

Kalau nak senang
Jangan banyak cakap
Nanti gua tangkap
Sumbat lu dalam lokap

Khairy:
Aiya Tok Lajib
Losmah punya laki
Lu sulah bikin
Gua manyak malu

Lu sulah buat
‘Future’ gua gelap
Macam olang Habsyi
Negeli Alab

Najib:
Marilah Khairy
Mari sayangJ
angan menangis
Jangan bising-bising

Nanti gua kasi
Lu hisap puting
Baru lu tau
Padan lu punya muka

Kahiry,
Jaga depan ada PR…

Mana…

Lompat…
Aiyaaa…

Lompat…
Aiyaaa…

Lompat Khairy lompat…
Aiyaaaaaaaaaaaa…….

Khairy:
Aiya Tok Lajib
Losmah punya laki
Lu jangan takut
Gua tak belani lompat

Gua bukan macam
Pelak punya YB
Itu tiga ekoq
KATAK BANYAK BANGSAT!!!

Sumber asal: http://kerajaanrakyat.com/?p=6030

BERITA BODO-BODO - Melayu makin hilang

Langkawi Mango Jenama Baru Mempelam Langkawi

LANGKAWI, 17 Mei (Bernama) -- "Langkawi Mango" merupakan jenama baru bagi buah mempelam yang dihasilkan di Langkawi yang sebelum ini menggunakan jenama Chokanan Langkawi.Pengarah Kanan Urusniaga Segar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Ahmad Ishak berkata jenama baru tersebut lebih mudah disebut dan lebih sesuai dengan nama Langkawi.

Langkawi Mango diusahakan oleh peserta projek kelompok tanaman mangga di Kampung Simpang Datai.Satu majlis menandatangani projek ladang kontrak tanaman mangga dilakukan hari ini bagi membolehkan Fama memasarkan produk para peserta projek, termasuk dari segi pembungkusan.

Fama dijangka memasarkan 60 metrik tan Langkawi Mango tahun ini dan setakat ini sebanyak 17.05 metrik tan telah dibelinya untuk dipasarkan.Projek kelompok seluas 34,33 hektar itu melibatkan 26 peserta yang menanam 9,000 pokok mangga sejak tiga tahun lepas.

Kah..Kah...Kah...Dah tak ada perkataan bahasa Melayu ke... Untuk Mango...Kah..Kah...Kah...
...Melayu dah miskin bahasa sangat ke sampai kena pakai Bahasa Inggeris...Kah...Kah...Kah...
...Mempelam itu akan menjadi bertambah sedap..lemak dan manis ke...Bila di Inggeriskan...Kah...Kah...Kah...
Kah..Kah...Kah..Mana pergi NGOk-NGOk ketuanan Melayu...Tak kan jadi bisu...Kah...Kah...Kah...
Kah..Kah...Kah...Kesian dengan Melayu sudahlah hari-hari kena temberang...Bahasa pun orang dah buang...Kah...Kah...Kah...
Kah..Kah..Kah...Akhirnya yang tinggal Melayu hanyalah Keretap Tanah Melayu...Melayu lain semua dah hilang...Kah...Kah...Kah...
 
Design by Pocket