Langkawi Mango Jenama Baru Mempelam Langkawi
LANGKAWI, 17 Mei (Bernama) -- "Langkawi Mango" merupakan jenama baru bagi buah mempelam yang dihasilkan di Langkawi yang sebelum ini menggunakan jenama Chokanan Langkawi.Pengarah Kanan Urusniaga Segar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Ahmad Ishak berkata jenama baru tersebut lebih mudah disebut dan lebih sesuai dengan nama Langkawi.
Langkawi Mango diusahakan oleh peserta projek kelompok tanaman mangga di Kampung Simpang Datai.Satu majlis menandatangani projek ladang kontrak tanaman mangga dilakukan hari ini bagi membolehkan Fama memasarkan produk para peserta projek, termasuk dari segi pembungkusan.
Fama dijangka memasarkan 60 metrik tan Langkawi Mango tahun ini dan setakat ini sebanyak 17.05 metrik tan telah dibelinya untuk dipasarkan.Projek kelompok seluas 34,33 hektar itu melibatkan 26 peserta yang menanam 9,000 pokok mangga sejak tiga tahun lepas.
Kah..Kah...Kah...Dah tak ada perkataan bahasa Melayu ke... Untuk Mango...Kah..Kah...Kah...
...Melayu dah miskin bahasa sangat ke sampai kena pakai Bahasa Inggeris...Kah...Kah...Kah...
...Mempelam itu akan menjadi bertambah sedap..lemak dan manis ke...Bila di Inggeriskan...Kah...Kah...Kah...
Kah..Kah...Kah..Mana pergi NGOk-NGOk ketuanan Melayu...Tak kan jadi bisu...Kah...Kah...Kah...
Kah..Kah...Kah...Kesian dengan Melayu sudahlah hari-hari kena temberang...Bahasa pun orang dah buang...Kah...Kah...Kah...
Kah..Kah..Kah...Akhirnya yang tinggal Melayu hanyalah Keretap Tanah Melayu...Melayu lain semua dah hilang...Kah...Kah...Kah...
Monday, May 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment