Tuesday, March 31, 2009

Tarikh peralihan kuasa, semua perlu tunggu kenyataan rasmi JPM: Najib

Tuesday, March 31, 2009
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata semua perlu menunggu kenyataan rasmi dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenai tarikh rasmi peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau belum mempunyai bayangan berhubung barisan kabinet yang akan dilantiknya.

...Sape nak jadi menteri kabinet aku cadang pakai topeng Altantuya..mesti ada bayangan punya...Hahaha...

Cadangan beri RM300 setiap dewasa tiada kebaikan: Musa

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata cadangan Datuk Harris Salleh supaya setiap orang dewasa diberi wang tunai RM300 bagi merangsang aktiviti ekonomi di negara ini, tidak akan membawa apa-apa kebaikan yang ketara.

"Ini sudah kita lakukan dan apa yang sudah kita rancang (untuk rakyat) kita akan laksanakan dari semasa ke semasa. Saya fikir pemberian wang tunai saja tidak memberi apa-apa kebaikan.

Harris juga meminta kerajaan Persekutuan supaya mencontohi pakej rangsangan Thailand menyediakan pembayaran 2,000 baht (RM205) kepada setiap orang, sekaligus menggalakkan pengguna domestik terus berbelanja dan aktiviti perkilangan dapat diteruskan.

...Mana boleh...Duit tak masuk poket sendiri...Cuba masuk poket sendiri...Mesti boleh...Hahaha...
...Apa-apa projek yang tidak merangsang tembolok sendiri memang tidak bagus...Sebab tiada senaman muka...Hahaha...

Beberapa pemimpin tinggi PEKEMBER disiasat

KUALA LUMPUR: Beberapa pemegang jawatan tinggi Umno kini disiasat susulan aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lalu, kata Ahli Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

"Sesiapapun kita akan dakwa kalau ada bukti sahih yang teguh, tapi kalau bukti tak kuat, susah. Baik laporkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Lembaga Disiplin," katanya. Megat Najmuddin berkata, pemberian wang untuk belanja makan dan minyak bukan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu.

"Kalau RM50 sekalipun tujuannya untuk membeli undi itu dikira rasuah politik dan politik wang. Jumlah tidak penting dan apa yang penting ialah niat," katanya.

...Yang pegang jawatan tinggi tuh ade tak yang belanja Lembaga Disiplin...Hahaha...
...Niat nak belanja tuh macam niat bayar zakat fitrah ke...Hahaha...
...Kalau yang bagi tak berniat, yang terima berniat ,kira macam mana pulak tuh...Hahaha...

Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang

Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program pada pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".


...Pasal apa tak boleh...ade orang takut ke...

...Pasal apa tak boleh...ade orang jeles ke...

...Pasal apa tak boleh...ade orang marah ke...

...Pasal apa tak boleh...rakyat tak boleh tahu ke...


Rangsangan RM60 bilion - Projek Melanun Rakyat?

Daripada jumlah itu, RM15 bilion adalah suntikan fiskal, RM25 bilion dalam bentuk Dana Jaminan; RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan perbelanjaan luar bajet; serta RM3 bilion dalam bentuk insentif cukai.

Aku ni bukan pakar ekonomi, kadang-kadang aku selalu tengok angka yang keluar kat suratkhabar macam main letak suka-suka. Mungkin sebab banyak rakyat tak tahu apa-apa dan tak paham. Jadi aku buat pertimbangan ikut kepala otak aku pasal rangsangan RM60 billion ni. Kalau ada salah tu tolong bagitau dan betulkan. Jadi disini aku buat andaian kat negara kita ada 10 juta keluarga.

Kalau ikut kepala otak aku RM60 billion atau RM60 ribu juta akan disuntik dalam negara atau dengan kata lain 10 juta keluarga akan memberi hak mereka sebanyak RM6000 bagi setiap satu keluarga kepada kerajaan untuk merangsang ekonomi negara. Sebab nak rangsang ekonomi nih supaya rakyat tak susah. Inilah pemahaman aku.

Satu keluarga bagi RM6000 kat kerajaan. Dari mana asal duit itu tak kiralah kerajann yang memerintah akan tibai duit Petronas ke, EPF ke, buat loan kat bank pesisir ke, pinjam ceti ke atau melanun. Katanya tambahan ini akan dilaksanakan selama 2 tahun, bermula dari tarikh berapa haribulan sampai berapa haribulan aku pun tahu. Pasal aku cari tak ada tarikh diberi.

Kalau kau tanya makcik dan pakcik kat kampung ke sampai le budak-budak muda kat bandar yang setiap satu keluarga kat negara kita ni akan bagi hak dia kat kerajaan sebanyak RM6000 supaya mak bapak dia, adik beradik dia ,sedara-mara dia, sampai semua rakyat tak susah, engkau rasa diaorang ni percaya ke? Klau tanya aku, aku memang tak percaya.

RM15 billion disuntik dalam bentuk fiskal. Bentuk fiskal ni kalau ikut pemahaman aku fiskal ni perbelanjaan kerajaan. Maksudnya duit belanja nak urus negara, bayar kat kakitangan kerajaan, dari peon sampai menteri. Aku pun tak tahu pasal apa meningkat mungkin nak bayar sewa ke, buat maintenance ke, bayar duit petrol ke, claim ke, tuh kena tanya yang buat belanjawan ni le. Kalau tanya aku banyak gila tuh, kerajaan nak urus satu keluarga kat negara kita mintak advance lagi RM1500 setiap satu keluarga. Kalau tidak tak terjaga le keluarga kita.

RM25 billion disuntik dalam bentuk dana jaminan. Bentuk dana jaminan ni kalau ikut pemahaman aku dalam bentuk bond. Bukan macam James Bond 007 tuh, tetapi dalam bentuk pinjaman. Maksudnya setiap keluarga akan bagi RM2500 kat kerajaan, supaya kerajaan dapat cetak duit, pastu bagi kat institiusi keawangan dan bank. Jadi boleh le golongan pemodal ke, peniaga ke, ah long ke pinjam duit kat bank supaya bisnes puak ni boleh beroperasi, bukan boleh jalan. Kalau boleh jalan lain pulak maksud dia. Jadi rakyat boleh le terus bekerja takde le kena berhenti kerja. Yang takde modal, dah hangus, boleh buat pinjaman baru boleh meniaga balik. Gitulah lebih kurang.

RM10 billion pelaburan ekuiti. Pelaburan ekuiti ni kalau ikut pemahaman aku, kerajaan akan suntik duit kat dalam pasaran saham. Pasaran saham ni klau tanya makcik dan pakcik kat kampung ramai tak paham. Aku ingat kat bandar pun sama gak berlagak je lebih. Kalau nak ambil senang maksud pasaran saham ni tempat koporat buat duit. Ambik untung mudah. Jadi setiap keluarga kat negara kita akan bagi RM1000 kat kerajaan supaya kerajaan dapat tolong orang koporat. Takut orang koporat jadi miskin.

Sebelum ni dah suntik RM7 billion atau pun setiap keluarga kat negara kita nih bagi RM700 kat orang koporat. Jadi RM700 campur RM1000 sama dengan RM1700 setiap keluarga kat negara ni tolong orang koporat. Bila orang koporat jatuh miskin nanti ramai sangat kat negara kita ni orang miskin.

RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan perbelanjaan luar bajet. Yang ni aku ingat ramai ramai orang tak paham. PFI tu menatang apa. Dalam bahasa inggeris Private Finance Initiative, maksud dia gini lebih kurang kerajaan bagi duit kat swasta suruh buat projek kerajaan, lepas tu pihak swasta boleh pajak balik dekat kerajaan, macam lebuhraya kita yang tol sana, tol sini tu, IPP buat kat TNB, Jabatan Air dan banyak lagi kira projek pengswastaan. Jadi setiap keluarga kat negara kita akan bagi kat kerajaan RM700 untuk buat pengswastaan. Jadi boleh le pihak swasta caj rakyat macam-macam. Kala nak tahu pihak swasta ni gang koporat juga.

RM3 bilion dalam bentuk insentif cukai. Maksud dia, ikut pemahaman aku kerajaan akan bagi cukai pelepasan sebanyak RM3 billion. Siapa yang dapat insentif cukai ni? Biasanya koporat juga dapat insentif cukai ni. Kalau tanya kerajaan, bukan untuk apa nak tarik FDI katanya. Bagi rakyat ada kerje. Kalau tanya aku, aku akan cakap takut orang koporat miskin. Sebab untung hasil memerah tenaga golongan pekerja dah kurang sikit, dah kena cukai.

Jadi apa yang aku nampak semua ni tipu je. Matlamat utama puak ni adalah nak melanun hak rakyat. Pasal tu puak gerombolan bila sebut ada suntikan baru, diaorang tepuk tangan suka sangat. Jadi apa yang aku nampak ni bukan nak tolong rakyat, tetapi nak tolong koporat dan kroni yang bangsat.

Tak kesian ke bila tengok makcik dan pakcik membanting tulang nak cari sesuap nasi. Tak kesian ke bila tengok anak-anak setinggan menangis dalam gelap. Tak kesian ke kita tengok adik-adik kita kat pedalaman pergi sekolah berkaki ayam. Tak kesian ke tengok abang-abang dan kakak-kakak kita kerja siang malam nak cari duit tanggung keluarga. Puak gerombolan tak ada rasa kesian ke tengok rakyat jelata, bila duk melanun hak rakyat sambil duk bagi sama-sama kroni dan proksi.

Jadi aku harap sangat rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selembau dan Batang Ai tolak kerajaan macam gini. Bukan apa, dah tak ada belas kesian agaknya kat hati diorang ni. Harapan aku semoga kerajaan yang melanun hak rakyat ini dapat ditumbangkan dengan bermulanya tiga pilihanraya kecil ini.. Amin.

Kemasukan Dr M pulihkan kepercayaan rakyat-berita hairan

KOTA BHARU: Keyakinan rakyat kepada Umno dan kerajaan akan kembali kukuh sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menyertai Umno, kata anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata, Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap suasana politik negara dan ia mampu menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin menurun sebelum ini.

Ibrahim yang rapat dengan Dr Mahathir juga turut membayangkan akan membuat "satu kejutan" terhadap senario politik dan juga menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman itu.

...Yakin dengan menyertai PEKEMBER yang dia sendiri kata rasuah....Hahaha...
...Berudu sudah jadi katak...Ooiii...Bila lagi nak jadi kodok...
...Katak akan membuat kejutan... Jadi katak mutasi berkulit biawak dan akan menyertai program raja lawak...Hahaha...
...Tapi kalau katak jadi munkee...kera pun terkejut beruk...Hahaha...
 
Design by Pocket