Wednesday, May 6, 2009

BERTA TIPU RAKYAT - Mat Mongol...Kah...Kah...Kah...

Wednesday, May 6, 2009
'Pemimpin baik dihormati' - BHeran

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak semalam menegaskan, pemimpin yang baik adalah mereka yang dihormati dan disayangi rakyat, bukannya pemimpin yang ditakuti kerana kuasa yang dimiliki mereka. Perdana Menteri berkata, pemimpin yang ditakuti akan hanya dihormati ketika berkuasa sebaliknya akan dikutuk dan dicemuh selepas tidak berkuasa. "Saya tidak mahu pemimpin ditakuti. Saya mahu pemimpin disayangi dan dihormati. Ada orang kata, saya anak Perdana Menteri tetapi saya ingin jelaskan bahawa sebenarnya sudah 33 tahun saya dalam politik.

"Saya mula dari bawah ketika Allahyarham Tun Razak sudah tiada. Saya naik kerana berusaha dari bawah dan nama baik yang ditinggalkan Tun Razak. Saya tidak pernah lawan sesiapa," katanya pada majlis bersama rakyat di Padang Merdeka di sini, semalam. Najib mengulangi gesaan kepada pemimpin BN supaya tidak menunggu hamparan permaidani merah atau bunga manggar untuk mendekati rakyat, sebaliknya bekerja tanpa mengira waktu. Najib mengimbas gaya kepemimpinan Tun Razak yang membawa tongkat ketika meninjau masalah rakyat berkata, beliau mahu pemimpin BN menjadikan konsep mudah didekati rakyat sebagai gaya pimpinan yang menjamin kelangsungan BN.

Kah..Kah...Kah...Mat Mongol mengata pada siapa ni..Madey ke diri sendiri...Kah...Kah...Kah...
...Madey ada kena cemuh dan kena kutuk tak...Semasa Madey sudah tak berkuasa...Kah...Kah...Kah...
...Kalau nak tahu tanya Nazri...Tanya Opah Pidah...Tanya puak gerombolan...Confirm mesti ada jawapan...Kah...Kah...Kah...
...Mat Mongol memang tidak pernah melawan... Sebab Mat Mongol tak ada telur...Telurnya ghaib terus...Tak dapat dikesan...Kah...Kah...Kah...
...Kalau nak tahu detail tanya biro politik puak gerombolan...Kenapa sampai sekarang tak ada keputusan calon Penanti...Kah...Kah..Kah...
...Sekali-sekala cuba tengok Mat Mongol bercakap...Ada tak tangan Mat Mongol seluk poket hadapan semasa berucap...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU RAKYAT - Confirm ini cerita tipu

Aminah ditawar Ketua Wanita PKR - BHeran

Pemimpin kanan pujuk tak tanding calon BebasGEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia menawarkan jawatan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang kepada Aminah Abdullah, 56, untuk memujuknya tidak bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Penanti, 31 Mei ini. Perkara itu didedahkan sendiri Aminah yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Pulau Pinang kepada Berita Harian, semalam. (PKR sebelum ini dikenali sebagai Keadilan).

Aminah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Min, berkata ramai ahli PKR termasuk pemimpin kanan pusat dan negeri cuba memujuknya supaya menarik balik hasrat untuk bertanding di pilihan raya kecil itu. "Mereka menyatakan kebimbangan calon PKR (Mansor Othman) yang sudah tiga kali kalah pada pilihan raya umum bakal menerima nasib sama, lebih-lebih lagi selepas menyedari sokongan kuat diterima saya.

Kah...Kah..Kah..Ini satu pembohongan besar lagi karut...Kah..Kah...Kah...
Kah..Kah..Kah..Siapa yang telah memandai-mandai mereka cipta cerita tipu ini...Kah..Kah..Kah...
...Sebenar-benarnya Mak Min bukan sahaja sahaja ditawar Ketua Wanita PKR...Malah beliau juga ditawarkan jawatan Presiden PKR bagi menggantikan Wan Azizah...Kah...Kah...Kah...
Bukan sahja pemipin PKR yang memujuknya supaya menarik balik hasrat untuk bertanding...Pemimpin puak gerombolan pun tidak mahu ketinggalan juga untuk memujuk Mak Min....Kah...Kah...Kah...
...Mak Min juga telah ditawarkan jawatan sebagai Ketua Menteri Wanita Pulau Pinang yang pertama jika menarik balik hasrat bertanding...Kah...Kah...Kah...
....Bukan sahaja Mansor Othman bimbang sokongan kuat yang diterima oleh Mak Min...Sehingga kini puak gerombolan pun tidak berani meletakan calon bila melihat sokongan yang diterima oleh Mak Min...Kah...Kah..Kah...
...Dengar khabar semua orang akan berbaju hitam akan berkumpul di Ipoh kerana ingin menyatakan sokongan kepada Mak Min...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU-TIPU - Selsema gila babi melanda Ipoh

Pemimpin kanan PAS ditahan polis -Mkini

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang - kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.Salahuddin memberitahu Malaysiakini, beliau terdengar jeritan Mohamad "aku kena tangkap" sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.

Beliau dan ahli PAS itu, yang dikenali Ali Maidin, bergelut seketika dengan anggota-anggota polis untuk menyelamatkan Mohamad tetapi diheret ke tepi oleh pihak berkuasa itu. Salahuddin menambah, tiada waran tangkap terhadap Mohamad dikeluarkan dan tiada pegawai polis memperkenalkan diri sewaktu penahanan tersebut.

Awal malam ini, polis mengesahkan telah menahan Mohamad jam 3.15 petang tadi dengan alasan "mendorong orang ramai dan penyokong PAS berkumpul di Ipoh" sempena persidangan DUN Perak, esok.

Kah...Kah..Kah..Tangkap lagi...Berapa ramai nak kena tangkap lagi ni...Kah...Kah...Kah...
...Tangkap masuk lokap diutamakan...Anggota Pakatan Rakyat didahulukan...Kasi tangkap semua SATU MALAYSIA...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Mintak orang ramai datang ke Ipoh pun dah salah...Tu bukan program pelancongan ke...Kah...Kah...Kah...
...Bandaraya Ipoh sudah diserang wabak selsema babi ke.. Sampai semua rakyat tak boleh datang ke sini...Kah...Kah...Kah...
...Atau ada orang dah gila babi...Bila tengok SATU MALAYSIA nak ke bandaraya Ipoh...Sebab nak tahu apa akan jadi dengan sidang Dewan Undangan Negeri...Kah...Kah...Kah...

BERITA BODO-BODO - Selamat hari jadi

Lima ditahan cuba sambut 'harijadi Altantuya' - Mkini

Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas. Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Kah..Kah...Kah...Pasal apa kena tahan...Apa kes...Tunjuk perasaan ke...Berkelakuan lucah ke...Kah....Kah...Kah...
Kah..Kah..Kah...Sambut harijadi pun boleh kena tahan...Kah..Kah..Kah...
...Hari jadi siapa...Altantuya...Pasal apa tak boleh sambut harijadi beliau...Kah...Kah..Kah...
...Ada orang jeles ke...Siapa yang jeles tu...Kah...Kah...Kah...
...Ada orang kecut perut ke...Siapa yang bacul sangat tu...Kah..Kah...Kah...
...Ini berita kat mana ni...Malaysia... Myanmar... Zimbawee... Georgia ....Kah...Kah...Kah...
 
Design by Pocket