Saturday, April 18, 2009

PENGUMUMAN SANGAT PENTING UNTUK SATU MALAYSIA

Saturday, April 18, 2009
KEPADA SESIAPA RAKYAT MALAYSIA TERJUMPA DENGAN TELUR YANG TELAH TERCICIR DI JALAN RAYA ATAU LEBUH RAYA DIHARAP DAPAT MEMULANGKAN KEMBALI KEPADA PUAK GEROMBOLAN. INI DISEBABKAN PUAK GEROMBOLAN TELAH KEHILANGAN TELUR MEREKA. DIPERCAYAI TIDAK ADA UNSUR JENAYAH ATAU SIHIR TELAH DIKAITKAN DENGAN KEJADIAN INI. BAGAIMANPUN TIADA LAPORAN POLIS DIBUAT SETAKAT INI.

...Kah...Kah...Kah...Kesian...Kah...Kah...Kah...
...Kenapa Labi...Kesian...Kah...Kah...Kah...
...Kenapa Labu...Kesian...Kah...Kah...Kah...
...Kesian Bik Mama...Kah...Kah...Kah...
...Kesian bini Mat lidah kontot...Kah...Kah...Kah...
...Kesian bini puak gerombolan...Kah...Kah..Kah...
Kah...Kah...Kah...Kesian...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU-TIPU - Penanti terus menanti

Penanti: BN mungkin tak bertanding

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang. Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya. "Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas, lapor Bernama.

...Puak gerombolan berlagak macam golongan bangsawan...Kah...Kah..Kah...
...Melanun rakyat macam golongan bangsat wang...Kah...Kah...Kah...
...Buat press statement macam orang kena sawan...Kah...Kah...Kah...
...Sekali pandang macam negarawan...Kah...Kah...Kah...
...Kah...Kah...Kah...
Rupa-rupanya tak berani melawan...Kah...Kah...Kah...
...
Atau telor dah hilang...Kah...Kah...Kah...

CATATAN GILA-GILA - Penanti, Bukit Lanjan dan Piliharaya

Penanti oh Penanti, pasal apa pilihanraya kecil kat Penanti, kenapa tak di Bukit Lanjan. itulah yang paling banyak dipersoalkan oleh puak gerombolan. Oleh kerana banyak sangat dipersoalkan oleh puak gerombolan, jadi biarlah aku jawab soalan ini daripada manusia yang bodoh lagi bahlol ini. Yang bodoh dan bahlol biasanya dipanggil manusia kerana jika sudah menjadi orang, mereka tidaklah akan berkelakuan seperti ini.

Kenapa mamat ADUN Penanti dinasihatkan letak jawatan sedangkan minah ADUN Bukit Lanjan tidak. Ini bukan double standard kerana isunya nyata berbeza. Di DUN Penanti, mamat ni telah dituduh rasuah dan akan didakwa oleh lembu SPRM. Manakala minah ADUN Bukit Lanjan pula telah dimalukan dengan gambar separuh bogel yang diambil tanpa pengetahuannya. Dan kes ini masih dalam siasatan polis.

Bila sesorang itu dituduh rasuah, pendekatan yang PKR ambil ialah nasihatkan mamat tu letak jawatan. Aku rasa baguslah, bukan apa supaya ia menjadi peringatan kepada semua wakil rakyat kat dalam Pakatan Rakyat supaya jangan salah guna kuasa, guna kuasa untuk kebajikan rakyat, kalau tidak lebih baik berhenti. Dalam kes minah ADUN Bukit Lanjan pulak, bila wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dimalukan, baguslah Pakatan Rakyat tetap bagi sokongan. Kalau nak dikatakan isu moral, orang yang dedahkan aib orang tu boleh dianggap lagi tidak bermoral. Beginilah yang aku nampak.

Lainlah kalau puak gerombolan, dengan Ketua Menteri Melaka yang didapati bersalah oleh lembaga disipiln parti sendiri pun, tetap mereka simpan. Baik yang jadi ketua pemudanya, lepas tu si Azalina tomboi yang berang pasal apa lembu SPRM senyap pulak lepas siasat kes rasuahnya. Yang dukun toyol, SELCAT panggil suruh bagi penjelasan pasal songlap duit Balqis tak nak datang. Kalau bos puak gerombolan pulak, dengan kes Altantuya, komisyen pasal jet berjuang, scorpene dan Eurocopter. Tak kan takut nak saman suratkhabar Liberation.

Bila aku baca akhbar dalam minggu ni, tengok puak gerombolan bagi statement, nampak macam tak sekolah pulak puak gerobolan ni. Kalau yang bagi satement tu ahli biasa, bolehlah dimaafkan. Tetapi yang bagi statement ni menteri, timbalan menteri, apa ke bahlol sangat. Bodoh sangat ke yang jadi menteri kabinet sekarang ni? Sampai perkara macam in tak reti nak beza. Sungguh aku tak percaya... Kah..Kah..Kah...Tak pun lain kali upah spin doctor power sikit.

Yang paling kelakar komen dari puak gerombolan PRK Penanti membazir duit kerajaan. Kalau membazir duit kerajaan, aku cadangkan bagi je kat Pakatan Rakyat menang tanpa bertanding. Tak payah letak calon. Sekali pandang nampak macam negarawan sikit, dua kali pandang macam tak berani melawan..Kah...Kah..Kah... Jadi jimatlah sikit tak payah buat projek mi segera. Ada gak duit extra nak melanun. Tak gitu.

Tak kan tak paham lagi mesej Pakatan Rakyat nak sampaikan. Jangan main api nanti terbakar diri. Kalau Pakatan Rakyat kena tuduh rasuah boleh letak jawatan, yang puak gerombolan bila pulak. Aku rasa SATU MALAYSIA nak tahu. Tak kan tak berani. Bagi statement hebat-hebat tapi rupanya telur sudah hilang. Malu kat SATU MALAYSIA nanti.

Oleh keran aku pun dah malas nak mengutuk, jadi kepada puak gerombolan diucapkan jangan bermain api nanti terbakar diri dan kepada Pakatan Rakyat selamat berjuang. Wasalam

BERITA TIPU RAKYAT - jambatan indah yang bengkok

Kerajaan belum putus teruskan projek jambatan bengkok: TPM - BHeran

SINGAPURA: Kerajaan belum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan pembinaan Jambatan Indah atau lebih dikenali sebagai jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada penutupan Forum Asean dan Asia Kedua anjuran Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) di sini, hari ini. Muhyiddin ditanya mengenai gesaan kalangan ahli politik dan perniagaan Johor supaya kerajaan menimbang semula keputusan membatalkan projek itu pada 2006.

Kah...Kah...Kah..Mana bole tak buat...Nanti madey marah...Kah...Kah...Kah...
...Kalau tak buat...Tak de projek...Kah...Kah...Kah...
...Tak de projek...Tak de fulus...Kah...Kah..Kah...
...Tak de fulus...Puak gerombolan tak leh bangkit..Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU-TIPU - Pak Tam sakit kepala di Perak

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak - Harakah

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah, lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut. Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah. Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak. Diharap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

BERITA BODO-BODO - Mat Mongol lebong

Suara Keadilan terus dirampas; Pengedar persoal janji Najib

KUALA LUMPUR, 17 APRIL (SK) - Kementerian Dalam Negeri hari ini dilaporkan merampas akhbar Suara Keadilan dan Harakah di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. Menurut seorang pengedar Suara Keadilan, Geogie Ganesan pihaknya telah menerima aduan daripada penjual mengenai rampasan yang telah berlaku di tiga buah kedai kawasan tersebut.

Katanya beliau bergegas ke Pustaka Mukmin di Jalan Tunku Abdul Rahman setelah menerima panggilan bahawa Suara Keadilan dirampas pada jam 12.50 petang tadi. Ganesan mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh KDN sedangkan Najib telah menarik balik pergantungan ketika hari pertama beliau dilantik Perdana Menteri.

“Sekarang Suara Keadilan dirampas, Najib telah menarik balik larangan jualan. Namun hari ini apa yang terjadi? Maklumat terus dikengkang,” katanya kepada Suara Keadilan hari ini. Dalam operasi yang dilakukan hari ini, KDN menerusi Unit Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran telah merampas kira-kira 16 akhbar Suara Keadilan dan dan 13 naskah Harakah di Pustaka Mukmin.

Selain itu dilaporkan kira-kira 80 naskah telah dirampas di dua kedai lain, seperti mana yang dikatakan oleh Ganesan. Ganesan menambah, KDN harus memperjelaskan secara terperinci mengenai rampasan yang telah dilakukan. “KDN kenalah beritahu secara terperinci. Kalau tak boleh jual, kenapa Najib tarik balik larangan? Ini telah bercanggah,” katanya dengan nada tegas kepada kami.

...Ni mesti sepupu Mat Mongol yang jaga KDN tak bangkit lagi...Kah..kah...Kah...
...Pasal tu tak sedar larangan Harakah ngan Suara Keadilan ditarik balik...Kah...Kah...Kah..
...Ke Mat Mongol lebong masa cakap larangan penjualan Harakah ngan Suara Keadilam di tarik balik...Kah...Kah...Kah..
...Rakyat nak alternatif...Mainstream boleh buat bungkus belacan...Kah...Kah...Kah...
 
Design by Pocket