Tuesday, April 7, 2009

TERPANAS - TERBARU - TERKINI - Pakatan Rakyat menang di dua bukit kalah di batang

Tuesday, April 7, 2009
10.50pm Maklumat rasmi. Calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi.

Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.

Senarai lengkap dan jumlah calon bebas (tiga terbanyak huruf tebal):
R Loganathan - 31
Tan Hock Huat - 78
Mohd Radhi Mat Lazim - 25
Mohd Fadzil Wahab - 83
Abdul Rahim Abu - 60
L Sarala - 49
A Jayagopal - 35
S Moganakumar - 46
Khamis Awang - 29
Husaini Yaacob - 257
Venason Michael - 32
Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - 528
T Chandrarajan - 73

-Mkini

TERPANAS - TERBARU - TERKINI - Keputusan PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai

Pakatan kuasai dua bukit, BN di Batang Ai -Mkini

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.

Di DUN Bukit selambau, calon PKR, S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi. Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau, majoriti lebih kurang sama dengan yang dicapai oleh V Arumugam.

TERPANAS - TERBARU - TERKINI - Keputusan PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai

PAS hampiri kemenangan di Bukit Gantang - Mkini

8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi.

8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi. Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

8.04pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi. Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

7.56pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.

TERPANAS - TERBARU - TERKINI - Keputusan PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai

PAS, PKR di depan, BN menang - Mkini

7.46pm Tidak rasmi. BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar, lebih 1,600 undi. BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.

7.42pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,577 undi. PAS 14,720 undi, BN 12,143 dan bebas 32 undi.

7.36pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi. Parti itu tewas di tangan BN di dua daerah mengundi, Bukit Lembu dan Kuala Sin masing-masing 33 dan 210 undi.

7.32pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,380 undi. PAS 13,571 undi, BN 11,191 dan bebas 31 undi.

7.26pm Sumber rasmi SPR: BN mendahului PAS di Bukit Gantang dengan 799 undi. BN 2,048 undi, PAS 1,249 dan bebas 4 undi.

7.22pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,377 undi. PAS 11,375 undi, BN 8,998 dan bebas 29 undi.

7.21pm PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

7.12pm PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 900 undi.

7.00pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,776 undi.

6.44pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,768 undi.

6.34pm Menurut satu sumber MIC, persaingan "sangat, sangat, sangat sengit" antara calon BN Datuk S Ganesan dengan calon PKR S Manikumar di DUN Bukit Selambau.

6.30pm Penyokong BN dan PAS mula berkumpul depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.Maklumat SPR: Peratus keluar mengundi di Bukit Gantang 75.1 peratus, Bukit Selambau (70.28) dan Batang Ai (71.2).

PALING TERBARU - TERKINI - Keputusan PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai

BN menang besar di Batang Ai? - Mkini

6.23pm Tidak rasmi. BN menang di Batang Ai dengan majoriti lebih besar.

5.14pm Penat lelah merayu undi sepanjang hari ini berakhir jam 5 petang. Kini debaran para penyokong BN, PAS dan PKR bermula sementara menanti proses pengiraan undi di tiga kawasan pilihanraya. Drama ejek-mengejek, membaling botol dan ketegangan sudah tamat, diganti dengan drama sewaktu keputusan diumumkan, paling awal kira-kira 9 malam ini.Proses pengiraan di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dijadual bermula jam 5.30 petang ini. Sementara bagi beberapa pusat pembuangan undi di Batang Ai yang ditutup jam 2 petang, kotak-kotak sudah dibuka untuk pengiraan mulai pukul 3 petang tadi di pusat penjumlahan undi.Di Bukit Gantang, persaingan sengit antara calon BN Ismail Saffian dengan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS). Di Bukit Selambau, dua daripada 15 calon menjadi tumpuan utama - S Manikumar (PKR) dan Datuk S Ganesan (BN), manakala di Batang Ai, majoriti yang bakal diperolehi BN menjadi fokus utama.

Pengiraan kotak undi dari 14 pusat pengundian di Batang Ai. Ia bermula pada jam 3 petang di pusat perjumlahan di kompleks sukan Lubok Antu.Berdasarkan pengiraan undi setakat ini, BN mendahului, dengan memperolehi 331 undi, manakala PKR mendapat 300 undi. Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:

Ulu Engkari - BN 42, PKR 33
Bertik - BN 107, PKR 47
Sempang - BN 37, PKR 52
Delok - BN 86, PKR 21
Mengiling - BN 59, PKR 147

PALING BARU - TERKINI - Sekitar PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai - 0400PM-0500PM

5.00pm Proses pengundian dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai ditutup tepat jam 5 petang ini.Bagaimanapun beberapa pusat pengundian di Batang Ai ditutup lebih awal kerana jumlah pengundinya tidak ramai.

Sehingga jam 4 petang tadi, jumlah pengundian di DUN Bukit Selambau ialah 67 peratus.

4.50pm Calon bebas, Venason membuat laporan polis keduanya di balai polis Kuala Muda, terhadap pegawai SPR yang didakwanya tidak mahu bekerjasama dan bersikap biadap terhadapnya apabila beliau membuat aduan berhubung pemasangan label yang salah pada kotak undi.

Manakala seorang pemimpin AMK, Rozan Azen membuat lapora polis berhubung isu pengundi hantu di balai polis yang sama.

4.30pm Timbalan Pengerusi Umno Perak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN mendapat sambutan cukup baik daripada pengundi Cina di Simpang dan Kuala Sepetang dalam parlimen Bukit Gantang. Sambil mengucapkan terima kepada mereka, beliau menambah, BN dapat menembusi kawasan hitam di Changkat Ibol.

4.15pm Pemantau pilihanraya Mafrel melaporkan berlaku kekecohan di SJKC Chung Hwa di DUN Bukit Selambau, kira-kira setengah jam lalu apabila Karpal Singh dan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak - yang melewati sekolah tersebut - dibaling dengan botol air oleh oleh penyokong MIC.Orang ramai yang lalu di situ juga terkena botol yang dibaling itu dan menimbulkan kemarahan mereka.

-mkini

TERKINI - Sekitar PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai - 0117PM-0340PM

3.40pm SPR mengumumkan, jumlah keluar mengundi di DUN Bukit Selambau meningkat kepada 61 peratus setakat jam 3 petang. Jumlah ini dijangka meningkat sehingga 70 peratus menjelang penutupan pusat-pusat pengundian pada jam 5 petang nanti.

3.25pm Penulis blog Anil Netto memuatkan klip video yang menunjukkan kumpulan penyokong PAS mengalami keperitan sewaktu terkena gas pemedih mata yang dilepaskan di luar pusat mengundi SMK Pengkalan Aur di Bukit Gantang pagi tadi.

3.20pm Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis terhadap seorang ketua tempat mengundi di SM Sains Sultan Muhammad Jiwa yang didakwa enggan menandatangani borang bantahan ejen tempat mengundi calon PKR di DUN Bukit Selambau.Laporan polis itu akan dibuat oleh ketua AMK Batu, Rozan Azen.

3.05pm Dua penyokong BN ditegur oleh anggota polis apabila mereka menunjukkan isyarat lucah terhadap penyokong PAS di luar SK Panglima Bukit Gantang di parlimen Bukit Gantang.

3.00pm Sehingga jam 2 petang ini, seramai 55 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

2.40pm Sehingga jam 2 petang tadi, seramai 58.11 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

2.00pm Sebahagian besar pusat mengundi di Batang Ai telah ditutup, dan jumlah yang keluar mengundi adalah tinggi. Contohnya, di tiga daerah yang ramai pengundi - Sebangki, Mepi dan Batu Kaya - mereka keluar mengundi sejak awal pagi tadi dan dua jam sebelum pusat itu ditutup, jumlahnya mencecah lebih 70 peratus.Ia dipercayai berkaitan dengan minat pengundi terhadap beberapa faktor termasuk pentingnya pilihanraya kecil DUN Batang Ai kepada PKR dan BN di Sarawak serta banyak isu-isu tempatan termasuk isu tanah adat. Pemimpin PKR dan BN masing-masing menyuarakan keyakinan akan menang.

1.50pm Laman web Mafrel mendakwa pemerhatinya, di sebuah sekolah, ternampak seorang wanita menukar pakaian untuk masuk semula membuang undi beberapa kali ke pusat tersebut di Para Petani, Bukit Gantang. Baca laporan lanjut.

1.45pm Pemantau pilihanraya Mafrel melaporkan, sebuah bas yang disyaki pembawa pengundi hantu menimbulkan suasana kecoh di luar SK Panglima Bukit Gantang kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi. Polis sedang mengawal keadaan di pusat pembuangan undi itu bagi parlimen Bukit Gantang. Hujan mula berhenti di banyak tempat dan jalan di sekitar Simpang mulai lengang.

Sementara itu, SPR menyatakan, kira-kira 50 peratus pengundi di Bukit Selambau telah memangkah calon masing-masing sehingga 1 tengah hari tadi.

1.17pm ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu mendakwa beliau mendapat ejekan daripada penyokong PAS dengan gelaran "pengkhianat" dan "lompat" apabila bekas wakil rakyat PKR itu tiba untuk membuang undi di SK Changkat Jering jam 10 pagi tadi.Bekas exco kerajaan Perak yang kini ADUN bebas bawah parlimen Bukit Gantang memberitahu Malaysiakini, bagaimanapun penyokong PKR hanya diam sahaja. Beliau keluar dari tempat pengundian kira-kira jam 12. Tiada kekasaran fizikal dilakukan terhadapnya.

-mkini

Sekitar PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai - 1120AM-0102PM

1.02pm Kesesakan teruk di jalan-jalan utama yang menempatkan pusat-pusat pembuangan undi di parlimen Bukit Gantang. Hujan yang mulai turun dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.

12.40pm Sumber-sumber PAS dan PKR mendakwa gas pemedih mata dilepaskan di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering, Bukit Gantang susulan kekecohan antara penyokong BN dengan pembangkang.Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan ini, setakat ini.

Bagaimanapun, blogger Anil Netto menyiarkan rakaman video mengenai kejadian tersebut. Ketua polis daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak berkata beliau tidak mendapat maklumat itu dan akan menyemak perkembangan tersebut.Tambahnya, semua pusat pembuangan undi berjalan lancar kecuali kesesakan lalulintas di banyak kawasan.

12.08pm Walaupun tiada sebarang kekecohan di SMK Aman Jaya di di Bukit Selambau, kira-kira 30 anggota polis termasuk 10 anggota unit pencegah rusuhan mengawal keadaan.Sementara di pusat pembuangan undi di SMK Pengkalan Aur dalam parlimen Bukit Gantang, lebih 35 peratus telah memilih calon masing-masing. Seramai 2,305 pemilih berdaftar di situ.

12.05pm Di DUN Bukit Selambau: Cif Inspektor Mohammad Shofee Tayib dari ibu pejabat polis daerah Kuala Muda mengesahkan bahawa sebuah bas yang disyaki membawa "pengundi hantu" telah ditahan oleh penyokong pembangkang di Gurun, kira-kira 20 km dari Sungai Petani.Katanya, bas tersebut ditahan pada kira-kira jam 10 pagi dan kini berada di balai polis Gurun. Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis tidak pasti sama ada penumpang bas itu penyokong atau pengundi.Pihak polis sedang menyemak status mereka dengan senarai pengundi.

11.50am Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 40 peratus telah keluar mengundi di Bukit Selambau dan angka itu dijangka mencecah 50 peratus pada jam 1 tengahari.

11.46am Batang Ai Penulis blog Lina Soo melaporkan SPR memutuskan untuk membawa 14 daripada 26 peti undi melalui udara dan sungai ke pusat penjumlahan undi. Ejen tempat mengundi calon-calon yang bertanding tidak dibenarkan mengawasi peti-peti undi ini sewaktu ia diangkut. Pemantau pilihanraya Mafrel berkata tindakan ini boleh membuka peluang berlakunya penyelewengan, sama ada peti undi hilang atau ditukarkan.

11.45am Cuaca di DUN Batang Ai terang. Di pusat pembuangan undi Mepi, dekat kawasan penempatan semula di empangan Batang Ai, kira-kira 290 daripada 437 pengundi (66 peratus) telah membuang undi jam 11 pagi. Pusat ini akan ditutup jam 2 petang.

11.42am Menurut perangkaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 10 pagi tadi, 17.7 peratus atau 9,849 pengundi di Bukit Gantang telah keluar membuat pilihan. Sementara 21.92 peratus (7,700) pengundi DUN Bukit Selambau dan 32.41 peratus (2,581 orang) di DUN Batang Ai telah membuang undi.Setakat jam 11 pagi, 32 peratus pengundi DUN Bukit Selambau telah berbuat demikian. Tiada maklumat terbaru di dua kawasan pilihanraya lain.

11.38am Masih ramai pengundi muda di DUN Bukit Selambau belum keluar membuang undi. Setakat ini, hanya 20 peratus berbuat demikian setakat jam 11 pagi, kata seorang ADUN PKR Sim Tze Tzin.Wakil rakyat Pantai Jerejak, yang kini berada di kawasan pilihanraya tersebut, berkata PKR akan cuba mengajak lebih ramai pengundi muda - dipercayai cenderung menyokong parti itu - sewaktu makan tengah hari ini.

11.20am Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata jumlah pengundi yang keluar mengundi di pusat pengundian SJKC Simpang di Bukit Gantang mencecahkan 50 peratus selepas dua jam setengah pengundian berjalan.

Di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau, 32 peratus daripada 5,122 pengundi sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

-mkini

Sekitar PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai - 0800AM-1100AM

11.00am Penyokong BN dan PAS hampir bergaduh jika anggota polis pencegah rusuhan FRU lambat bertindak di luar SK Ayer Putih di Bukit Gantang. Penyokong BN didakwa menggoncangkan dan menendang kenderaan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin melawat pusat pembuangan undi tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi sehingga menghalangnya turun di situ. Rasa tidak puas hati penyokong PAS mendorong mereka marah pada penyokong BN sehingga mencetuskan suasana tegang.

Beberapa puluh anggota FRU berjaya menyelamatkan keadaan dengan memisahkan dua kumpulan penyokong parti-parti tersebut.

10.22am Penyokong BN dan PKR bertengkar di luar SJK (Tamil) Palanisamy Kumaran di DUN Bukit Selambau.Menurut pemantau pilihanraya Mafrel, mereka tidak puas hati kerana lokasi khemah BN terletak di atas jalan tar manakala kemah PKR diletakkan di jalan yang kotor. Beberapa anggota PKR masuk ke kemah BN dan bertengkar dengan anggota BN di situ. Polis cuba meleraikan mereka dan mengawasi keadaan.

10.18am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel melaporkan, tiada garisan kuning Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menandakan kawasan larangan 50 meter di luar SMK Aman Jaya, dalam DUN Bukit Selambau.

10.15am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan SK Changkat Jering di Bukit Gantang bersama beberapa penyokong untuk merayu undi dan bertemu petugas di tempat-tempat pembuangan undi yang lain.Penyokongnya melaungkan "Hidup Nizar, Hancur Umno", sementara penyokong BN menjerit "penderhaka" sewaktu bekas menteri besar itu berjalan ke keretanya. Menyifatkan peluangnya "cerah", Mohammad Nizar memberitahu Malaysiakini, "alhamdulillah, ada harapan besar."

10.01am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di SK Changkat Jering di Bukit Gantang untuk merayu undi dan bertemu petugas parti. Beliau disambut dengan jeritan "boo" daripada penyokong BN.

10.01am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel mendakwa kertas undi yang besar dalam DUN Bukit Selambau melambatkan proses membuang undi di SK Sungai Lalang.

Kertas itu dibuat bagi menampung kesemua 15 calon - termasuk 13 bebas - di kawasan pilihanraya kecil itu yang mencipta rekod calon teramai dalam sejarah Malaysia.

9.48am Kumpulan penyokong PAS di luar SK Changkat Jering, Bukit Gantang "Altantuya, Mongolia", penyokong BN diam.Pondok PAS kedua-dua parti menarik jumlah pengundi yang sama besar.

9.35am Seorang penyokong PAS - yang memakai topeng mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu - dikejar polis dekat SK Changkat Jering, Bukit Gantang. Lelaki itu melarikan diri dan gagal ditahan polis.Kira-kira 300 penyokong PAS dan 100 BN saling jerit-menjerit melaungkan slogan. Kumpulan PAS melaungkan "Hancur BN, Hancur", manakala BN pula "PAS munafik."

9.22am Cuaca di DUN Bukit Selambau baik, sementara di parlimen Bukit Gantang, mulai terang selepas hujan sebentar pagi ini.

9.15am Calon BN Ismail Saffian di Bukit Gantang menyifatkan pertandingan hari ini dengan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin " persaingan sengit" tetapi yakin akan dapat mengalahkan bekas menteri besar itu dengan majoriti tipis. Kemenangannya, kata Ismail, satu tanda sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dilantik perdana menteri 3 April lalu.Sementara para penyokong kedua-dua pihak terus melaungkan sokongan kepada calon dan parti masing-masing bagi merayu pengundi di saat-saat akhir.

9.05am Calon parlimen BN Ismail Saffian selesai membuang undi SK Datuk Panglima Gantang. Beliau disambut laungan "Hidup BN" sewaktu tiba di pusat pembuangan undi itu jam 8.55am.

8.18am Calon PKR, S Manikumar membuang undi di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau. Beliau tiba di pusat pengundian pada jam 8.05 pagi.Dengan menyifatkan pengundian itu "hari bersejarah", Manikumar yakin menang dengan majoriti lebih 2,000 undi.
Kelihatan kira-kira 100 beratur untuk mengundi di sekolah yang sama.

8.15am Pusat pengundian bagi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dibuka serentak jam 8 pagi ini.Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau menyaksikan pertembungan 15 calon - 13 calon bebas dengan calon BN, Datuk S Ganesan dan S Manikumar dari PKR.

Di Bukit Gantang, pertandingan tiga penjuru antara calon BN Ismail Saffian, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris. Batang Ai pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon-calon BN Malcom Mussen Lamoh dan PKR Jawah Gerang. Seramai 55,562 pemilih layak mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Bukit Selambau (35,140 pengundi) dan Batang Ai (8,009 pengundi).Pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan merupakan pengundi Melayu, diikuti India dan Cina.Kebanyakan pusat pengundian dijadual ditutup jam 5 petang, dan keputusan pilihanraya dijangka diketahui seawal jam 9 malam.

-mkini

BERITA BODO-BODO - Ghostbuster akan benteras hantu di tiga kawasan

AMK lancar jentera tangkap pengundi hantu -Harakah

BUKIT SELAMBAU, 6 April (Hrkh) - Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) membenarkan semua jentera parti dan orang awam menangkap mana-mana individu yang disyaki pengundi hantu di hari pembuangan undi N25 Bukit Selambau esok.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataannya memberitahu, memang dibolehkan mengikut undang-undang orang awam menahan mana-mana penjenayah untuk di bawa kepada polis.

"Hari ini saya lancarkan jentera penangkap pengundi hantu dan mulai besok semua ada hak untuk melaksanakan tugasan itu dengan baik. Bila saja syak bukan orang tempatan yang buang undi sila tangkap dan serah pada pasukan polis. Jangan pukul pula.. itu dah jadi kes lain, " terangnya diiringan laungan reformasi dari petugas yang hadir.

Menurut beliau, terdapat dua punca utama kejayaan Pakatan Rakyat di dua pilihanraya kecil sebelum ini samada di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu iaitu menghalang kemunculan pengundi hantu.

Dari segi undang-undang ujarnya, jentera yang dipertanggungjawabkan serta orang ramai boleh bertindak menahan mana-mana individu yang disyaki bukan orang tempatan dan serahkan kepada pasukan polis.

...Bomoh-bomoh puak gerombolan mesti pening kepala nak lepas hantu macam mana...Hahaha..

BERITA TIPU-TIPU - Kepala taik sembelit?

Mahathir: Saya bukan hakim, rakyat faham krisis politik -Mstar

TAIPING: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berkempen untuk Barisan Nasional (BN) di Bukit Gantang pagi tadi berkata, rakyat negeri Perak kini sudah memahami tentang krisis politik Perak yang sudah memasuki bulan ketiga.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir mengakui beliau pernah memberikan pandangan mengenai isu berkenaan sebelum ini dengan mempersoalkan cara BN mengambil alih kerajaan negeri, tetapi sama ada ia salah ataupun sebaliknya perlu dibuktikan oleh lunas perundangan.

Ketika ditanya mengapa beliau menyokong Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sedangkan sebelum pernah mempertikaikan peralihan kuasa kerajaan negeri Februari lalu, bekas Presiden Umno itu berkata:

"Kita perlu menyokong, sudah tentu melainkan, mereka boleh membuktikan secara perundangan bahawa ia (peralihan kuasa kerajaan negeri itu) adalah salah... oleh itu ia perkara berlainan."

...Dulu kata lain..sekarang kata lain...Kepala taik mudah lupa...sebab nyanyuk...Hahaha...
...Sebab tu konsert kepala taik tak laku...sebab busuk sangat...Hahaha...
...Kalau sekejap rock..sekejap techno..Tokey funfair pun tak nak sponsor...Hahaha...

BERITA TIPU RAKYAT - BN makin huru-hara

Pengundi perlu tolak pembangkang: Shahrizat - BHeran

TAIPING: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mahu 98,708 pengundi termasuk 50,307 pengundi wanita Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau serta Batang Ai menolak calon pembangkang bagi menggelak keadaan huru-hara di negara ini.

Saya rasa tiada pilihan raya paling mustahak sejak merdeka sehingga diadakan esok kerana jika mereka pilih Barisan Nasional (BN), mereka memilih satu era baru dalam perjuangan BN.

"Bagaimanapun, jika memilih pembangkang, kita mengundi ke arah kehancuran kerana rekod setahun pembangkang mengambil alih kerajaan negeri, mereka hanya menimbulkan huru hara selain tiada pembangunan yang dijalankan.

...Munkee ni ugut rakyat...puak gerombolan nak buat huru-hara kalau puak gerombolan kalah...
...Jika pilih puak gerombolan...Bolehlah puak gerombolan terus melanun...Hahaha...
...Pakatan Rayat rekod setahun...Puak gerombolan dah lebih 50 tahun...Hasilnya melanun...merompak...menyamun hak rakyat...
...Yang bodoh macam munkee sahaja ingat pembangunan tu...serupa macam bangunan PWTC...Hahaha...
 
Design by Pocket