Sunday, April 5, 2009

BERITA BODO-BODO - Puak gerombolan makin karut

Sunday, April 5, 2009
Kor Ming dituduh persenda Islam -Mkini

Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Laporan tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping pada jam 5.45 petang ini.

Oleh itu, Osman berkata, beliau merasa terpanggil untuk membuat laporan polis selaku presiden badan tersebut.Beliau hadir bersama kira-kira 15 penyokongnya yang sebahagiannya memakai baju BN dan baju yang dengan lambang Umno.

...Oiii munkee sudahlah...Semua nak mengPEKEMBERkan...Bila semua nak diPEKEMBERkan jadilah melayu bodoh lagi hodoh...
...Yang puak PEKEMBER lawan hukum hudud tuh...bukan hina Islam...
...Yang kepala taik bekas tok ketua puak gerombolan dok hina nabi SAW...tuh tak report polis ke...
...Kesian Samy Tol...bila bagitau orang PAS kata dia kafir...Puak PEKEMBER tak backing....Hahahaha...

BERITA TERKEJUT - Anwar akan buat BN terkejut?

Kejutan Anwar hanya selepas 7 April? - MStar

SUNGAI PETANI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi.

Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.

"Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting. "Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar. "Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April). "Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini.

Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut. Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan.

...Rakyat mesti tunggu apa yang terkejut ni....Hahaha...
...BN dah sakit jantung asyik terkejut jer... Hahaha...
...Kalau nak bagi terkejut lagi...Tunggu 7hb ni...Hahaha...
...Suka sangat tengok puak munkee terkejut beruk...Hahaha...

BERITA BODO-BODO - Abdullah, Gorbachev senasib?

Abdullah akan dilihat sejarah seperti Gorbachev -Harakah

KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) - Akhbar Straits Times Singapura menyifatkan pemergian Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia meninggalkan jasa yang terlalu sedikit untuk dikenang.

Dari sudut ekonomi, kata akhbar itu, ikrar Abdullah untuk menjadikan kerajaan lebih telus, mengurangkan birokrasi dalam kerajaan dan membasmi rasuah tidak kesampaian dan ia menjadikan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan rantau ini tidak tercapai.

Projek-projek mega yang dianjurkan Abdullah untuk mencipta pertumbuhan melalui apa yang dipanggil koridor - seperti projek Iskandar di Johor - masih di peringkat awal dan ia boleh terhenti bila-bila masa akibat krisis ekonomi global.

Abdullah telah "disumpah dan diseranah" oleh partinya sendiri yakni Umno atas dua sebab. Pertama kerana persembahan buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang lalu. Dan kedua, kerana membenarkan Dato' Seri Anwar Ibrahim aktif semula dalam politik.

Akan tetapi menurut akhbar itu, dalam beberapa tahun akan datang, pandangan terhadap pencapaian Abdullah mungkin berubah kerana mengikut penganalisis, sejarah akan membuatkan pandangan orang ramai menjadi lebih baik terhadapnya.

Sejarah akan membuatkan Abdullah lebih dilihat seperti Gorbachev, kata seorang diplomat kanan, petik akhbar itu, yang merujuk kepada pemimpin Russia, Mikhail Gorbachev yang melakukan banyak perubahan demokratik di negara itu.

...Yang berjaya dilengkapkan ialah teori bodo-bodo RAHMAN...Hahaha...

BERITA TIPU RAKYAT - Luar kotak makin gawat

Mampu atasi kegawatan -BHeran

Nor Mohamed berkata, Najib mempunyai pelbagai kebolehan untuk menangani krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia berpunca daripada Amerika Syarikat.

Katanya, sepanjang berkhidmat dengan kerajaan, khususnya sejak Najib memegang jawatan Menteri Kewangan beberapa bulan lalu, beliau (Najib) mempunyai rancangan yang begitu menyeluruh dan mengetahui perkembangan terkini pada peringkat global.

Beliau adalah seorang yang mampu 'berfikir di luar kotak' bagi mencari penyelesaian apabila berlaku sesuatu perubahan," katanya.

...Yang cerita pasal komisyen Scorpene tuh penyelesaian luar kotak gak ke...Hahaha...
...Khabar-khabar pasal jet-jet berjuang dan Eurocopter yang tuh luar kotak gak ker...Hahaha...
...Yang kes wanita mongol... Hilang terus dengan kotak-kotak ke...Hahaha...

BERITA TIPU RAKYAT - Tiada kemudahan ICT tanda peduli rakyat

Sabah & Sarawak: Kempen semuka lebih telus, berkesan - BHeran

KEMPEN memburukkan calon Barisan Nasional (BN), Malcom Mossen Lamoh, menggunakan laman blog yang dilakukan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, tidak menjejas sokongan rakyat kepada BN.

Malah strategi kempen secara bersemuka atau berjumpa terus dengan rakyat di rumah panjang seperti dilakukan jentera BN diyakini lebih berkesan berbanding penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Ini kerana kebanyakan kawasan di DUN Batang Air tidak mempunyai akses kepada internet dan telefon bimbit.

...Ni baru hebat...Tiada kemudahan ICT lagi senang nak bodohkan rakyat...Hahaha...
...Rakyat nak mengadu hal senang nak lari...Handset takde line...Hahaha...
...Selama ni BN perintah memang maju...maju sungguh...dikagumi seluruh dunia...Hahaha...

BERITA GEMPAR - Kejutan dari Pakatan Rakyat

Naib presiden PPP sertai PKR -Mkini

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas enam bahagian dan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.

Enam bahagian yang dibubarkan itu ialah Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok.

Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anggota Kepimpinan Tertinggi PKR malam ini.

Nagarajan yang hadir sama, menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Design by Pocket