Sunday, April 5, 2009

BERITA TERKEJUT - Anwar akan buat BN terkejut?

Sunday, April 5, 2009
Kejutan Anwar hanya selepas 7 April? - MStar

SUNGAI PETANI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi.

Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.

"Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting. "Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar. "Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April). "Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini.

Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut. Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan.

...Rakyat mesti tunggu apa yang terkejut ni....Hahaha...
...BN dah sakit jantung asyik terkejut jer... Hahaha...
...Kalau nak bagi terkejut lagi...Tunggu 7hb ni...Hahaha...
...Suka sangat tengok puak munkee terkejut beruk...Hahaha...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket