Saturday, April 4, 2009

Catatan Bodo-Bodo -Rakyat zalim dapat pemimpin zalim

Saturday, April 4, 2009
Semalam bersamaan Jumaat, 3 April 2009, 7 Rabiul Akhir 1430 Hijrah adalah hari yang amat menguntungkan, jika diteliti dalam kitab Ilmu Falak. Sesungguhnya semua hari menguntungkan atau baik, tetapi ada hari yang lebih menguntungkan. Pada hari tersebut juga, Malaysia mendapat PM yang keenam. Samada rakyat beruntung atau tidak terpulang kepada rakyat sendiri.

Aku sebenarnya tak tahu nak ucap tahniah ke... takziah ke... kepada rakyat Malaysia. Yang seronok dapat PM baru pun ada, macam dapat bini baru... seronok, yang dapat madu, tak tahu le seronok macam mana... Hahaha...Yang tukang tengok ada yang tumpang gembira, ada yang tumpang dengki, ada yang tak rasa apa-apa dan bermacam-macam ragam lagi.

Tapi yang pasti aku tak seronok langsung, malah aku rasa malu pulak. Aku sampai tertanya-tanya, zalim sangatkah kita ni sampai tuhan hantar pemimpin sebegini rupa untuk kita? Atau kita ni memang zalim, tetapi tak nak mengaku zalim. Hanya diri sendiri yang lebih tahu.

Mana aku tak malu dapat PM penuh dengan skandal. Tapi PM ni kaki auta gak dapat je jadi PM, terus aja declare bagi lepas tahanan ISA seramai 13 orang, tarik balik larangan Suara keadilan dan Harakah dan kaji semula Akta ISA. Bukan apa bagi manisan sikit kat rakyat. Kalau dah lama-lama nanti rakyat dapat le batu nisan.

Apa yang PM baru buat ni, tak lebih dari political diversion, bagi rakyat lupa yang PM baru ni banyak skandal, dari Mongolia sampai kat Perancis. Mungkin kita dapat PM yang paling terkenal kat Mongolia kot... Kalau nak tahu, cuba le chatting dengan orang Mongol kat internet.

Memang adalah rakyat yang akan termakan, nak buat macam mana orang dah bagi, tak kan tak nak sebat. Tapi yang aku risau kalau banyak pemimpin rakyat yang termakan jugak. Harap-harap tidak. Yang aku nampak semalam rakyat lupa yang PM baru ni banyak skandal.

Apa yang aku harap semalam, lebih banyak catatan dari media alternatif supaya mendesak Suruhanjaya Diraja ke, peringatan kepada rakyat yang PM baru ni banyak skandal, malapetaka yang bakal menimpa jika manusia sebegini rupa diangkat sebagai pemimpin, atau apa rakyat perlu buat jika manusia sebegini rupa diangkat menjadi pemimpin negara. Bukan tak ada tapi kurang.

Di sini aku nak ingatkan sekali lagi, rakyat perlu menolak kepimpinan PM yang keenam ini dengan mengekalkan kemenangan untuk rakyat, di pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Jika kita tidak menolak kezaliman, maka benarlah kita ini tergolong dalam golongan yang menzalimi diri sendiri dan selayaknya medapat pemimpin yang zalim.

BERITA PANAS - Nantikan pendedahan mengenai PM Malaysia

PENGARAH Strategi keADIlan, Saifuddin Nasution berkata satu kejutan besar akan berlaku hari ini yang bakal menyaksikan impak besar kepada tiga pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau, parlimen Bukit Gantang dan Dun Batang Ai. Bercakap dalam satu sidang media di Bilik Gerakan AMK,Sungai Lalang, Bukit Selambau tengahari tadi, beliau berkata perkara itu akan hanya diumumkan pada program ceramah malam ini yang akan dihadiri ketua umum KeADIlan, Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang pada jam 9 malam.

“Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihanraya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos-bos anda,” katanya kepada pemberita.

Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai keadilan menjelang tiga pilihanraya kecil tersebut. Ditanya lebih lanjut, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata ‘tunggu sehingga esok’. Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima pakatan rakyat sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.

“Yang pasti kejutan ini akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan memberi impak yang besar kepada pilihanraya kecil ini,” katanya.

...Yang pasti FRU akan datang beramai-ramai...Hahaha...Kalau tidak bos mereka mesti marah...Hahaha...

BERITA TIPU-TIPU - 8 lokasi terpanas

Polis kesan 8 lokasi panas di Bukit Selambau - Mkini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata terdapat lapan "lokasi panas" dalam DUN Bukit Selambau yang berpotensi digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk bertindak di luar batasan undang-undang.

"Terdapat lapan lokasi tumpuan yang dikesan (panas). Dan saya mengarahkan pegawai-pegawai saya ke lokasi berkenaan," katanya. "Iyalah, ia lokasi (tersebut) boleh menimbulkan masalah oleh pihak-pihak tertentu yang merasakan mereka perlu ada di sana untuk menentukan kemenangan mereka.

"Mereka (akan) bertindak di luar batasan undang-undang," katanya menjawab soalan pemberita di Bukit Selambau hari ini. Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kelapan-lapan lokasi tersebut.

...Bertindak di luar batasan undang-undang tuh...macam usung tilam ker...Hahaha...
...Yang panas tuh banyak ada orang jual tilam ker...Hahaha...
...Pihak-pihak tertentu...Sape dia tuh...Penjual tilam ke...Hahaha...
...Sape nak cari tilam sila pergi ke lapan lokasi panas...Hahaha...Banyak tilam panas-panas...Hahaha...

BERITA BODO-BODO - Obama Muslim

Ramai percaya Obama Muslim - BHeran

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 11 peratus rakyat Amerika Syarikat masih berpendapat bahawa Barack Obama adalah seorang Muslim walaupun selepas dua bulan beliau mengangkat sumpah dengan meletakkan tangan di atas kitab Injil ketika dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Ketika bertanding untuk merebut jawatan presiden itu, penentang Obama menyebarkan khabar angin bahawa beliau adalah seorang Muslim dalam usaha untuk menjatuhkan beliau. - AFP

...Yang paling ramai...Mengaku muslim...Perangai macam Nasrani...
...Yang lagi ramai...Mengaku muslim... Kelakuan mengalahkan Yahudi...
...Yang makin ramai...Mengaku muslim...Hari-hari dok perlekeh Islam...

BERITA TIPU RAKYAT - 3 PERKARA DIAMBIL TINDAKAN

Tiga tindakan pertama Najib- BHeran

1- Bebaskan 13 tahanan ISA
2- Kaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri
3- Tarik balik larangan Harakah, Suara Keadilan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri semalam, memulakan pentadbirannya dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta membuat kajian semula terhadap akta itu.

Dalam perutusan sulungnya sebagai Perdana Menteri yang disiarkan menerusi TV1 malam tadi, Najib turut mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan, berkuat kuasa serta-merta.

..Sepatutnya perkara pertama...Bersihkan nama dari penglibatan kes pembunuhan Altantuya...
...Perkara kedua...Pemberian komisyen dalam jual beli kapal menyelam..
...Ketiga...Pemberian komiyen dalam jual beli jet berjuang...
...Keempat...Komisyen jual beli dengan Eurocopter...
...Kelima bersihkan nama dengan menubuhkan Suruhanjaya dengan dakwaan skandal tersebut...
...Ada berani ke..Hahaha...Kalau tak da berani bagi keris kat beruk lidah kontot...Bagi beruk lidah kontot simpan...
..Jangan bagi beruk lidah kontot cium pulak... Sebab beruk jenis ni suka cium keris...Hahaha...

BERITA GILA-GILA - Tiada lagi kabinet lama

Rombakan kabinet Rabu ini?



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan penubuhan kabinet baru Rabu ini.Malaysiakini dimaklumkan mengenai perkara itu oleh sumber-sumber yang rapat dengan pejabat perdana menteri.

Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia keenam di Istana Negara pagi ini.Difahamkan, rombakan kabinet itu akan mencerminkan barisan kepimpinan Umno yang dipilih dalam perhimpunan agung Umno bulan lalu.

Ekoran itu, tercetus spekulasi mengenai beberapa menteri kabinet Abdullah akan digugurkan oleh Najib.Mereka termasuk Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri Muhd Muhamad Taib; Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.Manakala Datuk Shafie Apdal yang menang jawatan naib presiden Umno bulan lalu dijangka dipindahkan ke kementerian pertahanan.

...Tak ada lagi menteri malancong yng berang dengan SPRM...Tak ada lagi mi spik no inglis... Tak ada Dr undang-undang ISA... Takde lagi menteri botak yang tak fikir apa-apa...Hahaha..
...Selamat tinggal kabinet lama...Hahaha...Tapi yang pasti rasuah akan terus membarah...Kesian rakyat...

BERITA TIPU-TIPU - Bapa Korupsi pulang ke pangkal jalan

Dr M kembali ke Umno hari ini -Mkini

Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan borang keahlian untuk kembali semula ke pangkuan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.Turut menyerah borang keahlikan untuk menyertai semula Umno ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak lelakinya, Datuk Mokhzani.

Borang tersebut diserahkan Najib dalam sidang akhbar selepas mereka mengunjungi perdana menteri, di kediaman rasminya di Sri Satria pagi tadi. Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau belum pasti cawangan Umno yang akan disertainya.


...Kepala taik kalau tak pulang ke tong taik... ke mana lagi agaknya...Hahaha...
...Dijangka beruk tua akan join cawangan Putrajaya... Budak tingkat empat mesti gelabah punya...Hahaha... Baru meriah ada gaduh-gaduh...
..Si berudu yang jadi katak tuh bila nak lompat dalam tong taik...Hahaha...
 
Design by Pocket