Sunday, March 29, 2009

Makeover! Grandma looks 20 years younger -msnbc

Sunday, March 29, 2009
Working Grandmum gets new look

Get picked from Rockefeller Plaza to get makeovers from TODAY’s beauty response team. We put Judy in a dress by Adrianna Papell. We gave her a chic new cut by layering her hair and tapering the back. Louis gave her hair a softer, warmer shade of brown to make her look more alive. She looks amazing!

...Mama pegang AP tak nak try ke wat makeover... mana tahu boleh join puteri mangkuk...Hahaha...
...Menteri melancong pun bole gak wat makeover... mana tau bole join pemuda celaka...Hahaha...
...Anak toyo bole gak wat makeover... jadi pelakon filem Harry Potter..tukang jual penyapu...Hahaha...

Ramai calon Bebas petanda kehancuran pakatan pembangkang: Shahrizat

SUNGAI PETANI: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bilangan calon Bebas yang ramai mengemukakan pencalonan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, sebagai petanda kehancuran Pakatan Rakyat.

Katanya, sebilangan besar daripada calon Bebas itu adalah serpihan penyokong yang kecewa dengan pemerintahan pakatan pembangkang di negeri ini selama setahun. Sehingga pencalonan ditutup jam 10 pagi tadi, seramai 15 calon termasuk 13 calon Bebas mengemukakan pencalonan masing-masing.

Turut mengemukakan pencalonan ialah calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

...Babi Negara 14 lawan 1 Pakatan Rakyat...Hahahaha...Memang hancur...Hahaha
...Hari tu Pilihanraya Umum, munkee ni menang ke kalah...Hahaha... Tak kecewa ke... Mejar (B) Anuar Abd Hamid tuh golongan serpihan mana tuh...Hahaha...
...Nanti jangan lupa hantar SMS banyak-banyak...Hahaha

Enam teras pulihkan semula PEKEMBER

Enam teras itu ialah mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara; mendukung dan mempertahankan Perlembagaan dan Raja; menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam; mempertahan kedaulatan rakyat dan keadilan; menjamin kedudukan bahasa kebangsaan dan mewujud kerjasama antara kaum bagi melahirkan bangsa Malaysia.

Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim, berkata bagi memastikan keberkesanan formula itu, pergerakan mahu kerajaan menguatkuasakan undang-undang antifitnah siber, menubuh pasukan web warrior untuk menangkis cercaan musuh dan menjalankan kajian strategi siber sebagai satu senjata utama menawan pengundi muda.

...Betul ke enam teras ni... banyak sangat dan ni... Sepatutnya tambah and then...And then...And then...Hahaha... Maklumlah belajar ilmu kira-kira dalam inglis...Hahaha..
...Ni dah macam belit, membelit, terbelit atau kaki belit nih...Hahaha...
Nanti ada pasukan web warrior... macam spiderman ke...Hahaha... Takutnya... Spiderman...Tolong!Tolong!Tolong!..web munkee warrior kena belacan...Hahaha

Syor pemimpin PEKEMBER terajui GLC

PUTERI Umno menggesa kerajaan menyerapkan pemimpin Umno ke dalam semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memberi ruang kepada mereka untuk bersama membangunkan negara. Wakil pergerakan itu, Mazlina Mohd Lazim, berkata, ahli Umno perlu diberikan ruang untuk bersama dengan GLC yang sudah banyak melahirkan ramai orang Melayu yang berjaya.

“Ini penting bagi Umno. Kalau Umno tidak bantu Umno, bagaimana Umno mahu membantu orang luar,” katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden, di sini, semalam.
Mazlina turut meminta kerajaan untuk mengawal selia semua media di negara ini supaya tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak untuk menyebarkan fitnah sekali gus menjejaskan keselamatan negara. Beliau, berkata langkah itu perlu berikutan banyak fitnah, memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) disebarkan media terutama media alternatif.

...Ni mesti puteri kembang semangkuk hayun... Tak pun puteri bermangkuk-mangkuk hayun... Mengapa engkau tak dijadikan puteri mangkuk bertingkat-tingkat...Hahaha...Nak mengPEKEMBERkan sume hak rakyat... Klau dah duduk dalam PEKEMBER mesti takde agenda lain... menyamun dan melanun hak rakyat je...
...Oooiii mangkuk... kau ingat negara ni PEKEMBER punya ke... Orang nak jajah negara ni pun takut anak cucu dia nanti jadi mangkuk macam puak PEKEMBER... Hahaha...

...Rakyat dah tak main mainstraem...Dah tak rock... Rakyat main alternatif je...

Hikayat PEKEMBER haram

Setelah selesai persidangan PEKEMBER - Pertubuhan Kera @ Munkee @ Beruk bersidang maka berduyun-duyunlah perwakilan meminta habuan masing-masing. Ada yang nak gi shopping, ada yang nak balik kampung, ada yang nak belanja awek, ada yang nak gi dating dan bermacam-macam lagi kerenah.

Oleh kerana politik wang tidak dibenarkan semasa atau sebelum persidangan diadakan, jadi selepas persidangan inilah baru mereka boleh meminta habuan masing-masing. Ada yang kena tipu, menipu dan tertipu. Yang confirm tipu menipu dan tertipu ni memang sudah menjadi darah daging PEKEMBER. Sape yang terkena nasib le...

Kebiasaannya selepas persidangan, yang paling pening kepala ialah High Council. ini bukan sebarang council tapi yang high punya. Bukan high macam mat gian walaupun keputusan yang dibuat selalunya lebih teruk daripada mat gian.

Setelah diteliti dengan setelitinya bermacam-macam usul telah dibentangkan semasa persidangan ini diadakan. Ada yang mengarut, ada yang mencarut, ada yang mengampu, ada yang mengharam, ada yang mintak projek dan banyak lagi. Antara yang paling menarik perhatian kepada High Council pada kali ini ialah tentang mengharam.

Begitu banyak usul untuk mengharam pada kali ini. Bukan mintak haramkan perkara yang tak baik untuk rakyat, tetapi haramkan banyak perkara yang boleh menjurus kepada manfaat rakyat. Oleh kerana nama pun High Council, maka pertimbangan yang wajar amat susah untuk difikirkan, seperti mana mat gian yang tengah high.

Antara usulnya ialah mengharamkan Pakatan Rakyat yang dicadangkan oleh munkee dari negeri bawah sikit dari pinang sebatang. Kahabarnya munkee ni lulusan dari sebuah universiti atas kedai TOTO, jadi tidak hairanlah perangainya macam orang kalah judi. Begitu juga dengan usul yang dicadangkan oleh munkee yang belajar di universiti negara atas angin supaya mengharamkan Persatuan Pelajar di negara laluan angin. Dari desas-desus yang tidak boleh dipercayai universiti tempat munkee ni belajar ialah di atas sebuah shop lot di Soho Square.

Setelah dipersetujui oleh High Concil maka menteri agama pun mengambil tanggungjawab ini kerana ingi menujukkan ketaikoan dan kesetiaan kepada presiden puak PEKEMBER. Di cari fatwa dan fatwi supaya Pakatan Rakyat dan Perstuan Pelajar di negara laluan angin ini diharamkan.

Tak tidur malamlah memanda menteri agama memerah otak supaya usul ini berjaya dilaksanakan. Setelah semalaman berfikir datanglah idea supaya diletakkan logo haram kepada Pakatan Rakyat dan Persatuan Pelajar di negara laluan angin ini. Disamping itu kroninya akan mendapat keuntungan apabila logo haram ini akan dicetak. Sudah tentu tender tertutup akan diguna pakai untuk percetakan logo haram ini. Alasan yang akan diberikan ialah untuk mengelakan kerenah birokrasi dan amalan salah laku rasuah.

Dipercayai usul untuk meletakan logo haram kepada Pakatan Rakyat dan Persatuan Pelajar atas angin masih belum diputuskan resolusinya kerana tak cukup korum. Bagaimanapun Harakah dan Suara Keadilan telah pun diletakkan logo haram selama tiga bulan.

Tunggulah resolusi terbaru dari High Council yang high ini.
 
Design by Pocket