Setelah selesai persidangan PEKEMBER - Pertubuhan Kera @ Munkee @ Beruk bersidang maka berduyun-duyunlah perwakilan meminta habuan masing-masing. Ada yang nak gi shopping, ada yang nak balik kampung, ada yang nak belanja awek, ada yang nak gi dating dan bermacam-macam lagi kerenah.
Oleh kerana politik wang tidak dibenarkan semasa atau sebelum persidangan diadakan, jadi selepas persidangan inilah baru mereka boleh meminta habuan masing-masing. Ada yang kena tipu, menipu dan tertipu. Yang confirm tipu menipu dan tertipu ni memang sudah menjadi darah daging PEKEMBER. Sape yang terkena nasib le...
Kebiasaannya selepas persidangan, yang paling pening kepala ialah High Council. ini bukan sebarang council tapi yang high punya. Bukan high macam mat gian walaupun keputusan yang dibuat selalunya lebih teruk daripada mat gian.
Setelah diteliti dengan setelitinya bermacam-macam usul telah dibentangkan semasa persidangan ini diadakan. Ada yang mengarut, ada yang mencarut, ada yang mengampu, ada yang mengharam, ada yang mintak projek dan banyak lagi. Antara yang paling menarik perhatian kepada High Council pada kali ini ialah tentang mengharam.
Begitu banyak usul untuk mengharam pada kali ini. Bukan mintak haramkan perkara yang tak baik untuk rakyat, tetapi haramkan banyak perkara yang boleh menjurus kepada manfaat rakyat. Oleh kerana nama pun High Council, maka pertimbangan yang wajar amat susah untuk difikirkan, seperti mana mat gian yang tengah high.
Antara usulnya ialah mengharamkan Pakatan Rakyat yang dicadangkan oleh munkee dari negeri bawah sikit dari pinang sebatang. Kahabarnya munkee ni lulusan dari sebuah universiti atas kedai TOTO, jadi tidak hairanlah perangainya macam orang kalah judi. Begitu juga dengan usul yang dicadangkan oleh munkee yang belajar di universiti negara atas angin supaya mengharamkan Persatuan Pelajar di negara laluan angin. Dari desas-desus yang tidak boleh dipercayai universiti tempat munkee ni belajar ialah di atas sebuah shop lot di Soho Square.
Setelah dipersetujui oleh High Concil maka menteri agama pun mengambil tanggungjawab ini kerana ingi menujukkan ketaikoan dan kesetiaan kepada presiden puak PEKEMBER. Di cari fatwa dan fatwi supaya Pakatan Rakyat dan Perstuan Pelajar di negara laluan angin ini diharamkan.
Tak tidur malamlah memanda menteri agama memerah otak supaya usul ini berjaya dilaksanakan. Setelah semalaman berfikir datanglah idea supaya diletakkan logo haram kepada Pakatan Rakyat dan Persatuan Pelajar di negara laluan angin ini. Disamping itu kroninya akan mendapat keuntungan apabila logo haram ini akan dicetak. Sudah tentu tender tertutup akan diguna pakai untuk percetakan logo haram ini. Alasan yang akan diberikan ialah untuk mengelakan kerenah birokrasi dan amalan salah laku rasuah.
Dipercayai usul untuk meletakan logo haram kepada Pakatan Rakyat dan Persatuan Pelajar atas angin masih belum diputuskan resolusinya kerana tak cukup korum. Bagaimanapun Harakah dan Suara Keadilan telah pun diletakkan logo haram selama tiga bulan.
Tunggulah resolusi terbaru dari High Council yang high ini.
Sunday, March 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment