Sunday, March 29, 2009

Syor pemimpin PEKEMBER terajui GLC

Sunday, March 29, 2009
PUTERI Umno menggesa kerajaan menyerapkan pemimpin Umno ke dalam semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memberi ruang kepada mereka untuk bersama membangunkan negara. Wakil pergerakan itu, Mazlina Mohd Lazim, berkata, ahli Umno perlu diberikan ruang untuk bersama dengan GLC yang sudah banyak melahirkan ramai orang Melayu yang berjaya.

“Ini penting bagi Umno. Kalau Umno tidak bantu Umno, bagaimana Umno mahu membantu orang luar,” katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden, di sini, semalam.
Mazlina turut meminta kerajaan untuk mengawal selia semua media di negara ini supaya tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak untuk menyebarkan fitnah sekali gus menjejaskan keselamatan negara. Beliau, berkata langkah itu perlu berikutan banyak fitnah, memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) disebarkan media terutama media alternatif.

...Ni mesti puteri kembang semangkuk hayun... Tak pun puteri bermangkuk-mangkuk hayun... Mengapa engkau tak dijadikan puteri mangkuk bertingkat-tingkat...Hahaha...Nak mengPEKEMBERkan sume hak rakyat... Klau dah duduk dalam PEKEMBER mesti takde agenda lain... menyamun dan melanun hak rakyat je...
...Oooiii mangkuk... kau ingat negara ni PEKEMBER punya ke... Orang nak jajah negara ni pun takut anak cucu dia nanti jadi mangkuk macam puak PEKEMBER... Hahaha...

...Rakyat dah tak main mainstraem...Dah tak rock... Rakyat main alternatif je...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket