Thursday, April 16, 2009

BERITA TIPU-TIPU - kangkung, taugeh dan cendawan akan ditanam semula

Thursday, April 16, 2009
Nordin Kardi Dilantik Semula Sebagai Naib Canselor UUM

SINTOK, 16 April (Bernama) -- Tan Sri Dr Nordin Kardi hari ini dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang keenam sehingga 15 Jun tahun depan.Nordin yang juga presiden Persatuan Universiti Malaysia (AMU) mula dilantik ke jawatan itu pada tahun 2005 menggantikan Allahyarham Datuk Prof Dr Ahmad Fawzi Basri.

Bekas Ketua pengarah Biro Tatanegara itu juga baru-baru ini dilantik sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM)."Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memberi kepercayaan kepada saya untuk terus menerajui UUM," kata beliau dalam kenyataan akhbar UUM di sini.-- BERNAMA

Kah...Kah...Kah...Makin banyaklah kangkung di Malaysia..Kah...Kah..Kah...
Kah...Kah...Kah..Makin bertambahlah taugeh di pasaran...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Makin ramailah cendikiawan jadi cendawan...Kah...Kah...Kah...

BERITA GILA-GILA - Bik Mama oh Bik Mama

RM 45,786 wang rakyat diguna untuk 'puji' Rosmah? - Harakah

KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Demi memuji dan 'memuja' isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kerajaan Negeri Sembilan didakwa membelanja sejumlah RM45,786.00 membeli iklan di sebuah akhbar arus perdana.

Iklan satu muka itu telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk 'memuja' Rosmah yang sudi melawat daerah Rembau. Ketika ramai pihak sedang memberikan tumpuan ke Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang pada 7 April lalu, Rsomah telah melawat Pusat Anak Permata Negara di Chembong, Rembau. Menurut sumber akhbar itu harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM45,786.00

Demikian didedahkan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya yang mengecam Kerajaan Negeri Sembilan kerana membazirkan sebegitu besar jumlah wang rakyat hanya untuk memuja dan mengambil hati isteri seorang Perdana Menteri . "....bagaimana dengan iklan di akhbar lain? "Itu tidak termasuk berapa perbelanjaan banner sambutan, bendera (termasuk kos pemasangan) dan lain persiapan yang dibazirkan," katanya yang juga dikenali sebagai 'Chegubard'.

Sementara itu beliau juga turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Menteri Besar yang sama pernah dilaporkan dalam Laporan Audit Negara bahawa pernah melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang untuk rakyat miskin dan peruntukan lain untuk mengubah suai dapur rumahnya dan membuat 'banner' ucapan dan sambutan.

...Iklan tuh mesti besar...Pasal tu mahal...Kah..Kah...Kah...
...Kalau tidak tak muat gambar Bik Mama..Kah...Kah...Kah..
...Yang renovate dapur tu bahagian mana...Bahagian pintu ke..Kah...Kah...Kah..
...Tu nak bagi Bik Mama masuk ikut dapur...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU RAKYAT - katak sudah berbunyi, hujan bila mahu turun

Bangkitlah Melayu - UMeloya

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan. Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu. Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka. Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini. Katanya, justeru, dari segi politiknya kerajaan itu sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu.

...Katak...oh..Katak...Mengapa engkau bengong...Macamana tak bengong tunggu PEKEMBER pinang aku...Kah...Kah...Kah...
...Biasa katak berbunyi sebab hari nak hujan...Kah...Kah...Kah...
...Tapi katak ni berbunyi sebab nak suruh orang pinang...Kah...Kah...Kah...
...Suruh Melayu bangkit dari tido ke...Pak lah dah berhenti...Kah...Kah...Kah...
...Melayu yang dok tido tinggal dalam PEKEMBER je...Kah..Kah...Kah...
...Akan bertambah lagi satu produk dari puak gerombolan selapas ini...Kah...Kah...Kah...
...Produk haram raja katak cap ayam...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU RAKYAT - Mat Sembap...Terbelit..Dibelit...Pembelit...Membelit...Sembelit

'Media usah putar belit isu pengundi' - BHeran

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta media supaya tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak, baru-baru ini.

“Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?” katanya selepas mendengar taklimat pegawai kanan Kementerian Pelajaran, di sini, semalam. Beliau sebelum itu menerima nota serah tugas sebagai Menteri Pelajaran daripada Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri.

MCA dan Gerakan dilaporkan melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan Muhyiddin bahawa kemerosotan sokongan masyarakat Cina seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidak menghargai apa yang BN sudah dilakukan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sudah bercakap dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai perkara itu dan pemimpin itu menyatakan tiada yang salah dengan kenyataannya itu.

Kah...Kah...Kah...Mat Sembap kaki lebong...Kah...Kah...Kah...
Mat Sembap dah dapat sindrom Melayu mudah lupa...Kah...Kah..Kah...
...Cuba baca laporan dari BHeran kat bawah ni...Kah..Kah...Kah...


Muhyiddin berhak suarakan pandangan, tak bermakna saya setuju: Ong - BHeran

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak menyuarakan pandangannya mengenai apa yang beliau fikir menjadi punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ong yang juga Menteri Pengangkutan, berkata: "Ini bukan bermakna yang saya bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa orang Cina tidak tahu berterima kasih."

"Saya ingin mengulangi bahawa demi semangat demokrasi dan kebebasan bersuara, setiap orang berhak memberikan pandangan masing-masing. Saya bersetuju yang Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak untuk menyuarakan pandangannya mengenai apa yang beliau fikir menjadi punca kekalahan BN dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini," katanya.

Kah...Kah...Kah...Sapa lebong sapa ni...Kah...Kah...Kah...
...Sapa putar alam sapa ni...Kah...Kah...Kah...
...Apa lagi gaduhlah...Kah...Kah...Kah...

BERITA BODO-BODO - Cap ayam bermasalah

Rosol: Insiden 'boikot' kemuncak krisis Terengganu - MStar

PETALING JAYA: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam - dilihat sebahagian daripada kemelut politik Terengganu - menyifatkan perkembangan terbaru itu sebagai "puncak krisis politik" melanda negeri itu.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, mereka telah mengharungi siri masalah sejak Datuk Ahmad Said mengetuai kerajaan negeri sebagai Menteri Besar bermula Mac 2008.

"Ini adalah puncak kepada banyak masalah (sejak Mac 2008)," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi pagi tadi.

Kah..Kah..Kah...Pengerusi kelab natang kata MB cap ayam punca masalah...Kah...Kah...Kah...
...MB cap ayam tu bukan dari puak gerombolan ke...Kah...Kah...Kah...
...Kat Perlis ada produk haram ..Kat Tranung ada produk cap ayam...Kah...Kah...Kah...
...Semuanya dikeluarkan daripada puak gerombolan...Kah...Kah...Kah...
...Puak gerombolan sudah menjadi pengeluar produk haram cap ayam...Kah...Kah...Kah...
 
Design by Pocket