Thursday, April 16, 2009

BERITA TIPU RAKYAT - Mat Sembap...Terbelit..Dibelit...Pembelit...Membelit...Sembelit

Thursday, April 16, 2009
'Media usah putar belit isu pengundi' - BHeran

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta media supaya tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak, baru-baru ini.

“Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?” katanya selepas mendengar taklimat pegawai kanan Kementerian Pelajaran, di sini, semalam. Beliau sebelum itu menerima nota serah tugas sebagai Menteri Pelajaran daripada Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri.

MCA dan Gerakan dilaporkan melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan Muhyiddin bahawa kemerosotan sokongan masyarakat Cina seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidak menghargai apa yang BN sudah dilakukan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sudah bercakap dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai perkara itu dan pemimpin itu menyatakan tiada yang salah dengan kenyataannya itu.

Kah...Kah...Kah...Mat Sembap kaki lebong...Kah...Kah...Kah...
Mat Sembap dah dapat sindrom Melayu mudah lupa...Kah...Kah..Kah...
...Cuba baca laporan dari BHeran kat bawah ni...Kah..Kah...Kah...


Muhyiddin berhak suarakan pandangan, tak bermakna saya setuju: Ong - BHeran

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak menyuarakan pandangannya mengenai apa yang beliau fikir menjadi punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ong yang juga Menteri Pengangkutan, berkata: "Ini bukan bermakna yang saya bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa orang Cina tidak tahu berterima kasih."

"Saya ingin mengulangi bahawa demi semangat demokrasi dan kebebasan bersuara, setiap orang berhak memberikan pandangan masing-masing. Saya bersetuju yang Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak untuk menyuarakan pandangannya mengenai apa yang beliau fikir menjadi punca kekalahan BN dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini," katanya.

Kah...Kah...Kah...Sapa lebong sapa ni...Kah...Kah...Kah...
...Sapa putar alam sapa ni...Kah...Kah...Kah...
...Apa lagi gaduhlah...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket