Sunday, May 3, 2009

BERITA TIPU RAKYAT - SATU MALAYSIA nak tahu

Sunday, May 3, 2009
'Jangan bawa isu sensitif ke jalanan' - BHeran

KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran kepada individu atau kumpulan yang merancang untuk menggunakan isu kaum serta agama bagi mengancam keselamatan negara supaya membatalkan saja hasrat mereka itu. Beliau mengakui menerima maklumat ada pihak sedang merancang untuk membawa isu sensitif itu ke jalanan dengan mengadakan demonstrasi, hanya semata-mata demi kepentingan individu tertentu.

Justeru Hishammuddin menegaskan, beliau tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan dan tidak takut kepada sesiapa bagi memenuhi tanggungjawabnya memastikan keselamatan dan kestabilan negara. "Jika mereka rancang menimbulkan huru-hara dengan membawa isu agama dan kaum ke tepi jalan, saya ingin tegaskan, fikirlah dua tiga kali kerana tindakan tegas menanti mereka.

"Mereka cuba mengucar-kacirkan keselamatan negara dengan alasan hak asasi, tetapi bagi kita yang penting sekarang memberi tumpuan kepada hak asasi seluruh rakyat Malaysia, bukan kepentingan individu," katanya.

Kah...Kah...Kah...Inilah taraf menteri kat Malaysia...Soal keselamatan dalam negeri pun nak berspekulasi...Kah...Kah...Kah...
...Ini taktik zaman penjajah je pakai...Sekarang SATU MALAYSIA sudah merdeka...Kah...Kah...Kah...
Oit...Munkee...Siapa kumpulan tertentu...Siapa individu tertentu...SATU MALAYSIA nak tahu...Kah...Kah...Kah...
Oit..Munkee...SATU MALAYSIA nak tahu apa isu sensitif tu...Individu mana yang dapat kepentingan bila ada demonstrasi...Kah...Kah..Kah...
Kah..Kah..Kah
...Siapa tekan Mat lidah kontot ni...Ada orang tekan ke...Madey...Mat Mongol...Mat Sembap...Kah...Kah...Kah...
...Yang biasa bercerita pasal kaum...Bukan dari puak gerombolan...Kah...Kah...Kah....
...Yang selalu sebut ketuanan Melayu...Bukan dari puak gerombolan...Kah..Kah...Kah...
...Yang selalu buat kucar-kacir dalam negeri....Bukan dari puak gerombolan...Kah...Kah...Kah...
Oit...Mat lidah kontot...Keris yang kau selalu cium tu...Kau dah sarung elok-elok ke...Kah...Kah..Kah...

BERITA BODO-BODO - Rancangan hebat bakal ke udara di RTM

Rais Minta Semua Media Tonjol Kisah Kepentingan Manusia

KUALA KLAWANG, 3 Mei (Bernama) -- Semua media di negara ini diminta supaya lebih banyak menonjolkan artikel dan kisah kepentingan sejagat manusia di tanah air.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pada masa ini kebanyakan kisah di televisyen memaparkan tentang orang kenamaan atau pun apa saja yang disebut oleh individu tertentu, tetapi jarang melihat 'human interest' atau pun kepentingan sejagat manusia dalam negara ini.

"Misalnya kisah kejayaan pekebun kecil orang Cina di kampung baru yang mendapat bantuan Risda. Tetapi kisah itu langsung tidak tersiar. Atau contoh lain, satu masyarakat India berjaya memelihara berpuluh ekor kambing...cerita itu pun jarang kita lihat."Tetapi yang selalu ditumpukan ialah ucapan atau pun sesuatu yang diluahkan menerusi sosio politik sahaja.

Bukan saya menyatakan kenyataan itu tidak penting...ia penting, namun stesen televisyen harus sedar kita membina masyarakat dan amalan yang sihat harus kita tonjolkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival ulang tahun ke-60 Kampung Baru Titi dekat sini, hari ini.

Kah...Kah..Kah...Munkee ni tengah mengarut pasal apa ni...Mabuk cencaluk ke apa...Kah...Kah...Kah...
...Propaganda puak gerombolan dah tak cukup power ke...Kah...Kah...Kah...
...Masalahnya bahan propaganda puak gerombolan dah habis...SATU MALAYSIA dah tak percaya...Kah...Kah...Kah...
Kah..Kah..Kah...
Takkan desprate sangat sampai nak buat kisah MCA berjaya membantu pekebun Cina dengan bantuan RISDA...Kah..Kah..Kah...
...Kisah Samy tol telah berjaya menolong kaum India menjadi penternak kambing yang berjaya...Kah...Kah...Kah...
...Mana nak cari...Kat Jelebu banyak ke cerita macam gini...Kah...Kah...Kah...
Oit...Munkee...SATU MALAYSIA nak tahu apa cerita dengan 18 fail tu...Bila nak tayang kat TV....Kah...Kah..Kah...
Kah...Kah...Kah...SATU MALAYSIA masih tunggu cerita tu...Kah...Kah...Kah...

BERITA BILA-GILA - Lembu SPR gila babi

Hanya 5,000 boleh iringi calon - Mstar

SPR, polis setuju hadkan rombongan hari penamaan calon elak masalah
PETALING JAYA: Dalam usaha mengawal persekitaran luar kawalan pada hari penamaan calon, parti-parti politik yang bertanding 'dilarang' membawa penyokong mengiringi calon tidak lebih daripada 5,000 orang. Pendekatan itu akan dikuatkuasakan semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang bulan ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis telah mencapai persetujuan mengenai soal itu semasa satu pertemuan Khamis lalu. Justeru, SPR menyerahkan kepada polis untuk melaksanakan pendekatan tersebut.

"SPR dan polis merayu dan berharap parti-parti politik yang bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecil mulai sekarang supaya mengehadkan kehadiran para penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon tidak melebihi 5,000 orang," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.

Kah...Kah...Kah...Ini rujuk undang-undang dari perlembagaan negara mana pulak ni...Kah...Kah...Kah...
...Zimbawee...Uganda...Perlembagaan Israel pun lagi bagus dari ni...Kah...Kah...Kah...
...Kalau buat undang-undang tak nak ikut perlembagaan...Lebih baik parlimen tu di tong sampahkan sahaja...Kah...Kah...Kah...
...Bila ada penyokong 5,000 orang tak ada masalah...Kalau lebih 5,000 orang boleh timbulkan masalah...Kah...Kah...Kah...
...Betul-betul karut dan gila babi ni....Lagi teruk dari selsema babi...Kah...Kah...Kah...
...Lain kali pakailah alasan logik sikit...Takut selsema babi merebak ke...Boleh juga diterima akal...Kah...Kah...Kah...
...Yang lembu SPR buat keputusan gila babi pasal apa...Bimbang puak gerombolan kalah lagi ke?...Kah...Kah...Kah...

BERITA GILA-GILA - Telur sudah tiada, perut kecut pulak

Kosongkan kerusi? ADUN Kota Alam Shah umum 19 Mei - Mstar

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah dari DAP, M. Manoharan disahkan isterinya bahawa beliau sedang mempertimbangkan dengan serius untuk melepaskan kerusi tersebut atas alasan tidak berupaya memberi khidmat dengan berkesan kepada pengundinya sejak Mac 2008.

Bagaimanapun Manoharan, yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hanya akan mengumumkan keputusan muktamad selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh 19 Mei ini.

Ketika dihubungi mStar Online, isteri Manoharan, S. Pushpaneela berkata, suaminya memikirkan kemungkinan tersebut sejak beberapa bulan yang lalu kerana merasakan adalah tidak adil selepas tidak dapat berkhidmat sepenuh masa di bahagian itu yang dimenanginya 8 Mac 2008.

Kah...Kah...Kah...Puak gerombolan mesti kecut perut...Kah...Kah...Kah...
...Tak bebas dari ISA...Altantuya bakal mucul di Selangor pula...Kah...Kah..Kah...
Kah..Kah..Kah...Tiap-tiap bulan ada pilihanraya kecil...Mat lidah kontot mesti tergagap-gagap balik...Kah...Kah...Kah...
...Mat Sembap pun boleh kurus...Kah...Kah...Kah...
...Mat Mongol nak lari ke mana lagi...Mongolia...Kah...Kah...Kah...
...Madey pun boleh menyesal masuk puak gerombolan semula...Kah...Kah...Kah...

CATATAN UNTUK DIRI SENDIRI - PAS bakal tersadung

Bila tengok keadaan PAS sekarang, sedih pun ada, nak ketawa pun ada. Tetapi atas nama demokrasi semua orang bebas untuk memberikan pendapat. Isunya pasal timbalan presiden PAS mesti ulama atau bukan dari ulama. Takkanlah perkara yang semudah sebegini sampai ahli PAS tidak boleh nak selesai.

Kalau sesuatu wadah perjuangan itu berlandaskan dengan Islam, maka secara automatik segala bentuk konsep dan organisasi harus mempunyai wajah Islam. Paling kurang ianya mesti mirip-mirip perjuangan nabi SAW. Kalau ianya berlawanan dengan konsep nabi SAW, secara automatiknya boleh ditolak. Sebagaimana pemerintahan sekular.

Isu nak cari pemimpin nombor dua dan naib presiden PAS ini sememangnya amat bagus. Bukan kerana apa,disinilah baru kita dapat melihat yang mana mengikut perjuangan Nabi SAW dan yang mana berjuang untuk perut sendiri. Perjuangan untuk nafsu dan akal semata-mata atau perjuangan menegakkan kebenaran Islam, yang mana satu jalan bakal akan dipilih.

Sedangkan paling kurang kita semua, akan mendengar setiap kali khutbah jumaat, pesanan dari khatib, "jika kamu berselisih hendaklah kamu berpegang kepada tali Allah". Berapa banyak ahli PAS tak paham tali Allah itu apa? Pergi sembahyang Jumaat masa khutbah buat apa, tidur lagi ke? Rasanya semua tahu, tak lain tak bukan al-Quran dan sunnah nabi SAW. Jadi mengapa payah sangat nak kembali pada akar Islam apabila sesuatu masalah timbul.

Adakah ini disebabkan perjuangan untuk mengisi perut sendiri lebih penting daripada perut-perut yang lain. Kalau benarlah ini sudah terjadi, seharusnya pemimpin-pemimpin PAS perlu mengambil pendekatan proaktif supaya wabak ini tidak menular seperti selsema babi. Bukan hanya berceramah dan bercakap di atas pentas sahaja. Pemimpin-pemimpin ini haruslah turun ke bawah dan menangani permasalahan ini secara serius.

Berbalik kepada soal orang nombor dua dalam PAS dan juga naib presiden. Sudah tentu ianya berkaitan dengan negara Islam. Aku masih ingat kepada Allahyarham Ishak Hj Baharom (Al fatihah untuk beliau) yang pernah mengajar kitab Ihya Ulumuddin karangan al-Ghazali ath-Thusi atau dikenali Imam al Ghazali bab negara Islam.

Antara syarat-syarat negara Islam ialah tentang pemerintahannya mestilah di perintah oleh lima golongan ini.
1. Rasul-rasul
2. Nabi-nabi
3. Aulia-aulia
4. Ulam-Ulama
5. Mubaligh-Mubaligh Islam.

Sedaif-daif negara Islam, negara tersebut mestilah dipimpin oleh pendakwah-pendakwah Islam. Dua golongan yang pertama sudah tiada dan wafat. Golongan aulia atau wali Allah begitu sukar untuk dicari. Golongan keempat pula tentang ulama. Golongan ulama yang macam mana boleh menerajui sesebuah negara Islam? Golongan ulama yang berijtima. Masih adakah golongan ulama yang sebegini? Fikir-fikirkanlah sendiri.

Yang tinggal hanyalah golongan ulama yang bertaraf pendakwah-pendakwah Islam. Kalau golongan ini pun kita tolak, apa lagi yang tinggal. Yang tinggal hanyalah negara untuk umat Islam dan bukan lagi negara Islam. Maka selayaknyalah kita dipimpin oleh orang yang zalim kerana kita tidak pernah sedetik pun daripada kita menyesali daripada menzalimi diri sendiri. Ingatlah azab Allah itu amat berat dan pedih.

Jadi gunakanlah akal yang baik untuk berfikir, supaya fikiran dapat menentukan yang mana baik dan yang mana buruk. Akal yang baik datang datang daripada hati yang baik, hati yang baik sentiasa mengingati Allah. Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk yang benar sebagaimana Dia telah berikan kepada mereka yang terdahulu. Amin.
 
Design by Pocket