Sunday, April 12, 2009

BERITA BODO-BODO - Katak tua bernafsu lagi

Sunday, April 12, 2009
Umno sedia terima Ibrahim tapi tidak 'pinang' - Mstar

PETALING JAYA: Badan Perhubungan Umno Kelantan bersikap terbuka jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ingin kembali menyertai parti itu.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata Umno Kelantan menyambut baik hasrat ahli Parlimen Bebas itu jika kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Ibrahim bagi membincangkan mengenai 'pinangan' tersebut, Annuar berkata perkara tersebut akan dipertimbangkan. "Kalau anak dara bolehlah kita pinang...ini dah janda dua kali, susah tu," katanya dengan berseloloh.
Beliau bagaimanapun tidak menolak untuk mengadakan perbincangan dengan Ibrahim mengenai perkara tersebut.

...Kah...Kah..Kah...Katak tua perasan dirinya anak dara...Kah..Kah...Kah...
...Kah..Kah..Kah...Katak tua kena cerai...mintak dipinang kembali...Kah...Kah..Kah
...Kah..Kah..Kah...Elok lah tu katak tua rujuk semula dengan PEKEMBER nazak...Kah..Kah...Kah...
...Kah..Kah...Kah...Rupa-rupanya katak tua ni ada nafsu lagi...Kah...Kah...Kah...
...Kah..Kah..Kah...PEKEMBER nazak ada nafsu tak dengan katak tua...Kah...Kah...Kah...
...Kah...Kah..Kah...Nak tunggu katak tua kena talak kali ketiga...Kah...Kah...Kah...

...Kah...Kah...Kah..Last sekali katak tua jadi bohsia...Kah...Kah...Kah...

Surat Tuan Guru Nik Aziz kepada YB Nga Kor Ming

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
MerangkapMursyidul Am PAS

BERITA GILA-GILA - Kami nak natang - puak gerombolan

ADUN BN kemuka usul undi tidak percaya boleh dipecat - MB Terengganu - Mstar

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini berkata mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

...Samseng Kijal dah bekokok...Hahaha...
...Apa lagi...Lawanlah...Gaduh...Gocohlah...Hahaha..
...Buat kain rentang...Kami nak Idris natang...Kami nak Mat Said natang...Hahaha...
...Bagitau SE TRANGNU puak gerombolan nak natang...Hahaha....
...Menteri Belia yang baru nak natang mana...Hahaha...

PENGAKUAN BODO-BODO - Puak geronbolan syok sendiri

Khairy akui program Pemuda Umno 'syok sendiri' - Mkini

Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini menyedari bahawa program-program yang dianjurkan oleh pergerakan itu sebelum ini adalah ‘program syok sendiri'.

"Kita buat program untuk orang yang sama, orang yang sudah totok sokong Umno dan BN," katanya ketika melancarkan program exco turun padang di Rawang malam tadi.

Kah...Kah...Kah...Akhirnya KJ bercakap benar...Hahaha....
Kah...Kah...Kah...Tu pun selepas tak dapat jadi menteri...Hahaha...
Kah...Kah...Kah...Yang datang tu pasal nak duit poket...Hahaha...
Kah...Kah...Kah...Begitulah parangai puak gerombolan...Dah penuh tembolok masih nak capai hak orang...
Kah...Kah...Kah...Tak ubah macam perangai munkee...Hahaha...

BERITA TIPU-TIPU - Suratkhabar menipu

Ku Li nafi puji barisan kabinet Najib - Mkini

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menafikan beliau memuji barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemas dan berupaya sebagaimana yang dilaporkan media hari ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di ibunegara, beliau berkata, keupayaan kabinet baru itu belum lagi kelihatan dan adalah tidak adil bagi beliau menilai mereka pada masa ini.

"Apapun, kesemuanya adalah berorientasikan prestasi, itu bagus tetapi biarlah kita melihat mereka selepas enam bulan sama ada mereka berjaya untuk tidak berkhidmat sebagaimana yang mereka yang sepatutnya lakukan," katanya.

...Kah...Kah...Kah..Suratkhabar mana tuh yang buat cerita onar ni...Hahaha...
...Kah..Kah..Kah...Suratkhabar bertaraf media antarabangsa ke...Hahaha....
...Kah..Kah..Kah..Suratkhabar yang bebas melapor apa sahaja yang suite dengan kerajaan ke...Hahaha...
...Kah...Kah..Kah...Suratkhabar negara Malaysia ke tu...Hahaha...
...Kah...Kah...Kah...Bukan suratkhabar Mugabe ke...Hahaha...
...Kah..Kah..Kah...Yang selama ni suratkhabar bagitau semua orang puji Malaysia tuh betul ke...Hahaha...

BERITA TIPU-TIPU - PDRM bertukar kepada PRDM

Polis pukul anak saya, dakwa ibu Adi - Mkini

Jiknah, seorang surirumah, membuat dakwaan tersebut dalam aduan yang dibuatnya di ibupejabat polis Klang pagi tadi.

Dalam aduan tersebut, Jiknah juga mempertikaikan dakwaan OCPD Klang, Mohamad Mat Yusof bahawa Adi Anwar mengalami kecederaan ketika bergelut sewaktu dia ditangkap.Menurut Jiknah, jika betulnya anak itu cedera, mengapa dia tidak terus dibawa ke hospital.

Dalam aduannya, Jiknah juga menggesa supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat kes tersebut, tanpa campurtangan polis Klang kerana anggotanya didakwa memukul Adi Anwar.

...SATU MALAYSIA tanya betul ke dalam polis ada kaki pukul...
...SATU MALAYSIA tanya siapa yang menipu dalam kes ni...
...SATU MALAYSIA tanya begini ke kaedah soal siasat polis...
...Kalau begini gayanya mintak badan bebas tukar PDRM kepada PRDM...Polis Raja DiMalaysia...Hahaha...
 
Design by Pocket