Semalam bersamaan Jumaat, 3 April 2009, 7 Rabiul Akhir 1430 Hijrah adalah hari yang amat menguntungkan, jika diteliti dalam kitab Ilmu Falak. Sesungguhnya semua hari menguntungkan atau baik, tetapi ada hari yang lebih menguntungkan. Pada hari tersebut juga, Malaysia mendapat PM yang keenam. Samada rakyat beruntung atau tidak terpulang kepada rakyat sendiri.
Aku sebenarnya tak tahu nak ucap tahniah ke... takziah ke... kepada rakyat Malaysia. Yang seronok dapat PM baru pun ada, macam dapat bini baru... seronok, yang dapat madu, tak tahu le seronok macam mana... Hahaha...Yang tukang tengok ada yang tumpang gembira, ada yang tumpang dengki, ada yang tak rasa apa-apa dan bermacam-macam ragam lagi.
Tapi yang pasti aku tak seronok langsung, malah aku rasa malu pulak. Aku sampai tertanya-tanya, zalim sangatkah kita ni sampai tuhan hantar pemimpin sebegini rupa untuk kita? Atau kita ni memang zalim, tetapi tak nak mengaku zalim. Hanya diri sendiri yang lebih tahu.
Mana aku tak malu dapat PM penuh dengan skandal. Tapi PM ni kaki auta gak dapat je jadi PM, terus aja declare bagi lepas tahanan ISA seramai 13 orang, tarik balik larangan Suara keadilan dan Harakah dan kaji semula Akta ISA. Bukan apa bagi manisan sikit kat rakyat. Kalau dah lama-lama nanti rakyat dapat le batu nisan.
Apa yang PM baru buat ni, tak lebih dari political diversion, bagi rakyat lupa yang PM baru ni banyak skandal, dari Mongolia sampai kat Perancis. Mungkin kita dapat PM yang paling terkenal kat Mongolia kot... Kalau nak tahu, cuba le chatting dengan orang Mongol kat internet.
Memang adalah rakyat yang akan termakan, nak buat macam mana orang dah bagi, tak kan tak nak sebat. Tapi yang aku risau kalau banyak pemimpin rakyat yang termakan jugak. Harap-harap tidak. Yang aku nampak semalam rakyat lupa yang PM baru ni banyak skandal.
Apa yang aku harap semalam, lebih banyak catatan dari media alternatif supaya mendesak Suruhanjaya Diraja ke, peringatan kepada rakyat yang PM baru ni banyak skandal, malapetaka yang bakal menimpa jika manusia sebegini rupa diangkat sebagai pemimpin, atau apa rakyat perlu buat jika manusia sebegini rupa diangkat menjadi pemimpin negara. Bukan tak ada tapi kurang.
Di sini aku nak ingatkan sekali lagi, rakyat perlu menolak kepimpinan PM yang keenam ini dengan mengekalkan kemenangan untuk rakyat, di pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Jika kita tidak menolak kezaliman, maka benarlah kita ini tergolong dalam golongan yang menzalimi diri sendiri dan selayaknya medapat pemimpin yang zalim.
Saturday, April 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment