Penanti oh Penanti, pasal apa pilihanraya kecil kat Penanti, kenapa tak di Bukit Lanjan. itulah yang paling banyak dipersoalkan oleh puak gerombolan. Oleh kerana banyak sangat dipersoalkan oleh puak gerombolan, jadi biarlah aku jawab soalan ini daripada manusia yang bodoh lagi bahlol ini. Yang bodoh dan bahlol biasanya dipanggil manusia kerana jika sudah menjadi orang, mereka tidaklah akan berkelakuan seperti ini.
Kenapa mamat ADUN Penanti dinasihatkan letak jawatan sedangkan minah ADUN Bukit Lanjan tidak. Ini bukan double standard kerana isunya nyata berbeza. Di DUN Penanti, mamat ni telah dituduh rasuah dan akan didakwa oleh lembu SPRM. Manakala minah ADUN Bukit Lanjan pula telah dimalukan dengan gambar separuh bogel yang diambil tanpa pengetahuannya. Dan kes ini masih dalam siasatan polis.
Bila sesorang itu dituduh rasuah, pendekatan yang PKR ambil ialah nasihatkan mamat tu letak jawatan. Aku rasa baguslah, bukan apa supaya ia menjadi peringatan kepada semua wakil rakyat kat dalam Pakatan Rakyat supaya jangan salah guna kuasa, guna kuasa untuk kebajikan rakyat, kalau tidak lebih baik berhenti. Dalam kes minah ADUN Bukit Lanjan pulak, bila wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dimalukan, baguslah Pakatan Rakyat tetap bagi sokongan. Kalau nak dikatakan isu moral, orang yang dedahkan aib orang tu boleh dianggap lagi tidak bermoral. Beginilah yang aku nampak.
Lainlah kalau puak gerombolan, dengan Ketua Menteri Melaka yang didapati bersalah oleh lembaga disipiln parti sendiri pun, tetap mereka simpan. Baik yang jadi ketua pemudanya, lepas tu si Azalina tomboi yang berang pasal apa lembu SPRM senyap pulak lepas siasat kes rasuahnya. Yang dukun toyol, SELCAT panggil suruh bagi penjelasan pasal songlap duit Balqis tak nak datang. Kalau bos puak gerombolan pulak, dengan kes Altantuya, komisyen pasal jet berjuang, scorpene dan Eurocopter. Tak kan takut nak saman suratkhabar Liberation.
Bila aku baca akhbar dalam minggu ni, tengok puak gerombolan bagi statement, nampak macam tak sekolah pulak puak gerobolan ni. Kalau yang bagi satement tu ahli biasa, bolehlah dimaafkan. Tetapi yang bagi statement ni menteri, timbalan menteri, apa ke bahlol sangat. Bodoh sangat ke yang jadi menteri kabinet sekarang ni? Sampai perkara macam in tak reti nak beza. Sungguh aku tak percaya... Kah..Kah..Kah...Tak pun lain kali upah spin doctor power sikit.
Yang paling kelakar komen dari puak gerombolan PRK Penanti membazir duit kerajaan. Kalau membazir duit kerajaan, aku cadangkan bagi je kat Pakatan Rakyat menang tanpa bertanding. Tak payah letak calon. Sekali pandang nampak macam negarawan sikit, dua kali pandang macam tak berani melawan..Kah...Kah..Kah... Jadi jimatlah sikit tak payah buat projek mi segera. Ada gak duit extra nak melanun. Tak gitu.
Tak kan tak paham lagi mesej Pakatan Rakyat nak sampaikan. Jangan main api nanti terbakar diri. Kalau Pakatan Rakyat kena tuduh rasuah boleh letak jawatan, yang puak gerombolan bila pulak. Aku rasa SATU MALAYSIA nak tahu. Tak kan tak berani. Bagi statement hebat-hebat tapi rupanya telur sudah hilang. Malu kat SATU MALAYSIA nanti.
Oleh keran aku pun dah malas nak mengutuk, jadi kepada puak gerombolan diucapkan jangan bermain api nanti terbakar diri dan kepada Pakatan Rakyat selamat berjuang. Wasalam
Saturday, April 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment