Wednesday, May 6, 2009

BERITA TIPU-TIPU - Selsema gila babi melanda Ipoh

Wednesday, May 6, 2009
Pemimpin kanan PAS ditahan polis -Mkini

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang - kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.Salahuddin memberitahu Malaysiakini, beliau terdengar jeritan Mohamad "aku kena tangkap" sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.

Beliau dan ahli PAS itu, yang dikenali Ali Maidin, bergelut seketika dengan anggota-anggota polis untuk menyelamatkan Mohamad tetapi diheret ke tepi oleh pihak berkuasa itu. Salahuddin menambah, tiada waran tangkap terhadap Mohamad dikeluarkan dan tiada pegawai polis memperkenalkan diri sewaktu penahanan tersebut.

Awal malam ini, polis mengesahkan telah menahan Mohamad jam 3.15 petang tadi dengan alasan "mendorong orang ramai dan penyokong PAS berkumpul di Ipoh" sempena persidangan DUN Perak, esok.

Kah...Kah..Kah..Tangkap lagi...Berapa ramai nak kena tangkap lagi ni...Kah...Kah...Kah...
...Tangkap masuk lokap diutamakan...Anggota Pakatan Rakyat didahulukan...Kasi tangkap semua SATU MALAYSIA...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Mintak orang ramai datang ke Ipoh pun dah salah...Tu bukan program pelancongan ke...Kah...Kah...Kah...
...Bandaraya Ipoh sudah diserang wabak selsema babi ke.. Sampai semua rakyat tak boleh datang ke sini...Kah...Kah...Kah...
...Atau ada orang dah gila babi...Bila tengok SATU MALAYSIA nak ke bandaraya Ipoh...Sebab nak tahu apa akan jadi dengan sidang Dewan Undangan Negeri...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket