Saturday, April 11, 2009

BERITA PANAS HATI - Apa ke jadah pelarut

Saturday, April 11, 2009
Minum pelarut dalam tahanan polis - Mkini

Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis berhubung seorang pemuda yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setelah didakwa meminum bahan beracun di bilik siasatan polis. Naib ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata anggota keluarga pemuda itu Adi Anwar Mansor, peguamnya dan beberapa lagi pemimpin parti itu akan turut serta.

Ibu mangsa Jiknah Harun hari ini dilaporkan berkata "tiada sebab" anaknya berbuat demikian kerana "mempunyai bayi tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira."Wanita itu juga mendakwa terdapat kesan lebam seperti kesan dipukul pada badan anaknya. Adi Anwar, kata Jiknah, juga mendakwa lima anggota polis membelasahnya sewaktu dalam tahanan polis.

Pemuda itu dilaporkan dalam keadaan stabil di ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selepas dihantar polis untuk rawatan. Menurut polis, Adi Anwar dalam keadaan tangannya bergari mengambil sebotol cecair pelarut di atas meja bilik siasatan dan dalam masa tidak sampai 10 saat meminumnya.

...SATU MALAYSIA nak tahu ke jadah mana letak pelarut atas meja...
...SATU MALAYSIA nak tahu apa ke jadah ada pelarut atas meja....
...SATU MALAYSIA nak tahu pelarut tu nak diguna untuk ke jadah apa....
...SATU MALAYSIA nak tahu ke jadah mana yang bawak pelarut tu...
...SATU MALAYSIA nak tahu apa ke jadah perkara macam gini boleh berlaku kat rumah pasung...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket