Monday, April 13, 2009

BERITA GILA-GILA - Kami tak nak dua-dua natang

Monday, April 13, 2009
Dakwa wujud krisis, PAS gesa MB Terengganu bubar DUN -Mstar

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digesa supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri untuk mengelakkan kebuntuan seperti yang berlaku di Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dari PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Ahmad perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan krisis yang wujud antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan membubarkan DUN bermula esok.

Jelas beliau Menteri Besar itu perlu bertindak bagi mengelakkan daripada berlakunya krisis perlembagaan berikutan sokongan yang semakin menurun terhadapnya oleh ADUN BN sendiri. Syed Azman berkata demikian bagi mengulas spekulasi yang disebarkan bahawa ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad pada persidangan DUN yang akan bermula esok.

Syed Azman bagaimanapun beranggapan bahawa keadaan ini mencerminkan kepimpinan Ahmad selaku Menteri Besar bukan sahaja tidak disukai oleh barisan pembangkang di negeri itu malah oleh barisan kepimpinannya sendiri.

Tambah Syed Azman, oleh yang demikian Ahmad perlu menerima hasrat yang disampaikan oleh wakil rakyat BN dengan membubarkan DUN.

Difahamkan juga empat wakil rakyat BN hari ini pergi ke Kuala Lumpur untuk menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyuarakan hasrat mereka. Namun usaha untuk menghubungi keempat-empat mereka gagal.

...Bubar DUN..Buat pilihanraya baru..Sape nak jaga duit ihsan...Kah...Kah...Kah...
...Dua-dua gang natang sibuk nak jaga duit ihsan...Kah...Kah...Kah...
...Nak jaga duit ihsan ke nak melanun duit ihsan...Kah...Kah...Kah...
...Mat Sembap sokong gang natang mana...Kah...Kah...Kah...
...Mat Mongol sokong gang natang mana...Kah...Kah...Kah...
...Rakyat Tranung nak lagi ke gang natang ni...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket