Tuesday, April 14, 2009

BERITA TIPU-TIPU - MIC menyorok dalam kabinet

Tuesday, April 14, 2009
MIC tidak bincang 'keluar' kabinet - Mkini

Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel hari ini berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai sebarang mesyuarat pucuk pimpinan parti itu untuk membincangkan kemungkinan meminta wakil parti itu menarik diri daripada menganggotai kabinet.

"Jika mesyuarat itu diadakan, sudah tentu saya tahu mengenainya. Setiausaha agung Datuk Dr S Subramaniam dan ketua penerangan M Saravanan menafikan mengetahui apa-apa mengenai cadangan tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Palanivel bersetuju - MIC selaku rakan komponen kanan BN - sewajarnya diberi jawatan lebih kanan dalam kabinet dan badan-badan pembuat keputusan dalam kerajaan, agensi kerajaan dan syarikat kaitan kerajaan (GLC).

Kah...Kah...Kah..Yang mesyuarat bukan pucuk...Tapi daun tua yang tak mahu gugur...Kah...Kah...Kah...
...GERAKAN dapat senator...MIC dapat diktator...Kah...Kah...Kah...
...Jawatan lebih kanan tuh apa...TPM ke...Kah...Kah..Kah...
...Bagi le tau jawatan lebih banyak projek...Kah...Kah...Kah...
...Kabinet SATU MALAYSIA gila projek...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket