Monday, March 30, 2009

Kerajaan siap sedia ambil alih 4 firma air Selangor

Monday, March 30, 2009
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata proses pengambilalihan yang akan membabitkan pemindahan aset dan liabiliti keempat-empat syarikat terbabit kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), syarikat kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan, akan dilaksanakan pada bila-bila masa.

Katanya, tujuan pengambilalihan aset dan liabiliti daripada syarikat konsesi terbabit adalah bagi meringankan beban mereka dan ini sekali gus turut tidak akan membebankan pengguna.

Sebagai contoh, beliau menjelaskan, menerusi pemindahan aset kepada PAAB, syarikat boleh memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman daripada 15 kepada 30 tahun tanpa perlu memperuntukkan jumlah bayaran balik yang banyak.

"Jika tempoh bayaran balik pinjaman singkat, manakala syarikat itu pula tidak mampu menanggung pembiayaan berkenaan, maka ia akan menyebabkan berlakunya peningkatan tarif air yang tinggi.

...Apa lagi bail out la syarikat kroni... Terus lanun dan melanun... Bagi rakyat lagi marah... Hahaha...
...Ooiii... udah cukup-cukup le nak bodohkan rakyat... Rakyat dah bosan...
...Munkee ni keje dia menipu jer.. Kalau tak menipu sehari mahu gatal-gatal badan macam kera kena belacan...Hahaha..

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket