Monday, March 30, 2009

N29 Batang Ai: Mafrel mahu kenalpasti 26 warga emas berumur lebih 90 tahun masih hidup

Monday, March 30, 2009
(Suara Keadilan) : Badan Pemerhati bebas Pilihanraya Malaysia (Mafrel) akan mengenalpasti 26 pengundi yang berumur melebihi 90 tahun daripada jumlah 8,006 pengundi berdaftar di pilihanraya kecil N29 Batang Ai.

“Apa yang membimbangkan kami adalah samada pengundi berkenaan yang telah meninggal dunia tetapi ‘dihidupkan’ kembali untuk mengundi seperti banyak kali terjadi semasa pilihanraya di Semenanjung Malaysia,” kata ketua penyelia Mafrel di Batang Ai, Peter John.

“Kami akan berusaha mengenalpasti pengundi berkenaan termasuk seorang wanita yang telah berumur 111 tahun yang lahir pada tahun 1898 disenaraikan dibawah kawasan undi Kutai,” kata beliau.

...Awas zombie mula menyerang Batang Ai diketuai lanun Capt Barbosa rambut putih...
...Wanita 111 tahun yang disenaraikan di bawah kawasan undi Kutai dipercayai telah mengundi James Brooke..Hahaha...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket