Friday, May 15, 2009

SELSEMA BABI

Friday, May 15, 2009
Kes pertama flu H1N1 di Malaysia - Mkini

Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi yang disahkan di Malaysia hari ini, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkanpositif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukanpada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican."Ini merupakan kes yang pertama influenza A (H1N1) dikesan diMalaysia."

Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalamdan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama."Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.

Selanjutnya baca di sini

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket