Friday, May 15, 2009

BERITA BODO-BODO - Kuasa punya cerita

Friday, May 15, 2009
ADUN BN buat laporan dakwa Sivakumar salah guna kuasa - Mstar

IPOH: Seramai 27 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Barisan Nasional (BN) bersama tiga ADUN Bebas membuat laporan polis hari ini terhadap bekas Speaker, V.Sivakumar yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa berhubung kekecohan yang berlaku semasa persidangan Dewan 7 Mei lepas.

Kesemua mereka yang menaiki sebuah bas kerajaan negeri tiba di Balai Polis Sungai Senam di sini pada pukul 2.15 petang untuk membuat laporan mereka. Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman berkata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka membuat laporan serupa esok.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut. BERNAMA

Kah...Kah...Kah...Ini kes apa...Kes salah guna kuasa...Kah...Kah...Kah...
...Habis tu pasal apa tak report salah guna kuasa kes Altantuya sekali...Kah...Kah...Kah...
...Lepas tu jangan lupa kes salah guna kuasa pasal AP yang Opah Pidah punya...Bila nak report...Kah...Kah...Kah...
...Yang komisyen pasal scorpene tu bukan kes salah guna kuasa juga ke?...Kah...Kah..Kah...
...Bapak Yatim dok senyap pasal 18 fail tu..Bukan salah guna kuasa...Tak report sekali ke?...Kah..Kah...Kah...
...Macam mana polis boleh boleh masuk dalam DUN...Yang tu guna kuasa siapa...Kah..Kah...Kah...
...Gang semut merah yang duk halang rakyat berkumpul secara aman...Siapa punya kerja salah guna kuasa?...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket