Friday, April 24, 2009

BERITA TIPU-TIPU - Wanita PEKEMBER, ok

Friday, April 24, 2009
Tiada taufan dalam Wanita Umno - Shahrizat - Mstar

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan wujudnya sebarang rasa tidak puas hati di kalangan Exconya dan juga pemimpin akar umbi berhubung pelantikan Ketua dan Naib Ketua Wanita peringkat negeri. Beliau berkata, lantikan yang dibuat adalah berdasarkan beberapa kriteria untuk kepentingan Wanita Umno dan parti.

"Saya faham mungkin ada yang rasa... bukan kecewa, tapi mungkin harapan mereka (tidak tercapai). "Tapi reaksi hari ini, mesyuarat berjalan dengan begitu baik sekali, tidak ada seorang pun yang menyoal tentang kenapa saya melantik orang itu atau orang ini.

"Jadi sebenarnya tidak ada taufan dalam Wanita Umno," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pergerakan itu di sini hari ini. Beliau menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz pada pemilihan pergerakan itu 25 Mac lalu.

Kah...Kah...Kah...Ini mesti berita betul lagi benar...Kah...Kah...Kah...
...Yang sedang berlaku dalam wanita puak PEKEMBER...Puting beliung, tsunami dangan global warming...Kah..Kah...Kah...
...Kalau gempa bumi...Tuh kena tanya Bik Mama...Kah...Kah...Kah...
...Makan pun berebut...Tembolok dah penuh pun sebok nak curi dari pinggan orang lain...Reti nak berdamai...Kah...Kah...Kah...
Tapi biasa puak gerombolan..Kalau sebut tidak ada...Maknanya ada...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket