Friday, April 24, 2009

BERITA BODO-BODO - Malaysia BOLEH

Friday, April 24, 2009
Wartawan Utusan usung isu tiang gol ke SPRM - Mkini

Selepas gagal mengadakan piket di perhimpunan agung Umno bulan lalu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Isunya bukan kegagalan rundingan tentang perjanjian bersama (CA) wartawan akhbar Umno itu dengan majikannya tetapi mengenai harga tiang gol yang didakwa terlalu mahal. "Kita (wartawan) sendiri telah ke sana dan melihat tiang gol tersebut, ia adalah tiang yang biasa, tiada pun tandatangan (David) Beckham dan (Didier) Drogba di atasnya," kata pengerusi NUJ berkenaan Amran Ahmad kepada Malaysiakini tengah hari tadi.

Beliau bersama empat exco kesatuan itu hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 3.30 petang. Bercakap kepada pemberita selepas aduan tersebut, Amran menjelaskan, mereka meminta isu pembelian set tiang gol – merangkumi dua tiang dan pagar halangan – yang berharga lebih RM160,000 disiasat.Selain memberikan keterangan, mereka turut menyerahkan dua invois berkaitan serta beberapa keping gambar tiang gol berkenaan untuk membantu siasatan.Menurut satu invois itu, RM82,539.29 dibelanjakan untuk "cantilever steel support & goal post for CW1" dan satu lagi invois bernilai RM85,578.30 untuk "goal post fencing".

Kah...Kah...Kah...Inilah dipanggil semangat Malaysia BOLEH....Kah...Kah...Kah...
...Harga tiang gol BOLEH melambung sampai RM85,578.30...Kah...Kah...Kah...
...Harga pagar penghadang BOLEH dibelon sampai RM82,539.29...Kah...Kah...Kah...
...Kalau tak BOLEH melanun...Itu bukan dipanggil projek...Kah...Kah...Kah...
...Ini baru sikit...Nanti cuba tengok projek rangsangan ekonomi....berapa banyak BOLEH di belonkan...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Malaysia BOLEH...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket