Tuesday, March 24, 2009

Lawan Kerajaan Beruk Sampai Tinggal Sejarah

Tuesday, March 24, 2009
Tamadun sesuatu bangsa itu akan musnah apabila mereka memuziumkan agama mereka, lihatlah bangsa nasrani dan yahudi mereka telah memuziumkan rumah-rumah ibadat mereka di mana ianya telah menjadi tempat untuk lawatan sahaja bukan lagi tempat untul beribadat. Runtuh agama, runtuhlah akhlak maka runtuhlah bangsa.

Amalan beragama itu telah dianggap kolot, maka wujudlah golongan protestant di dalam agama nasrani. Mereka juga menyesuaikan agama mereka menurut nafsu mereka sendiri. Nafsu telah menjadi tuhan bagi mereka. Apa yang tidak sesuai dengan nafsu mereka dianggap ketinggalan zaman dan membebankan. Sedangkan agama itu untuk membina akhlak. Akhlak membina roh dan kerohanian ini akan mengekang nafsu.

Penyakit ini juga sedang menular kepada kita di mana kita juga telah memuziumkan masjid-masjid kita. Kita lebih bangga apabila pelancung-pelancung memuji keindahan masjid-masjid kita daripada kalangan kita sendiri untuk mengimarahkan masjid-masjid tersebut. Fungsi masjid telah disempitkan, cuba tanya di kalangan kita berapa ramai yang pernah dihalau dari masjid semata-mata mahu menghidupkan masjid-masjid ini. Kesannya lihatlah akhlak bangsa Islam itu sendiri - telah runtuh sama sekali. Pelbagai penyakit masyarakat telah menjadi wabak kepada masyarakat kita dan kita masih tidak endah kepada perkara tersebut. Mungkin masih tidak terkena pada batang hidung kita sendiri ataupun kita sendiri memang tidak ada batang hidung.

Kemudian ianya akan diikuti dengan memuziumkan pemerintahan mereka. Istana pemerintahan telah menjadi tempat pelancungan hanya layak dikunjungi untuk diambil gambar kenang-kenagan. Istana Buckingham, White House,Istana Negara dan banyak pusat pemerintahan menjadi pusat pelancongan - lihatlah Putrajaya hanya indah pada fizikal bukannya untuk kesejahteraan rakyat. Ianya tidak lebih daripada untuk mempersonakan pengunjung-pengunjungnya. Maka jadilah ia seperti muzium. Parlimen tidak lagi berfungsi bahkan ia telah menjadi seperti sarkis. Tidak ada lagi kedaulatan undang-undang. Hak rakyat telah dicabul dengan sewenang-wenangnya.

Adakah kita terlampau bacul? Adakah kita dayus? Adakah ini bukan urusan kita? Adakah kita bangga dengan apa yang berlaku sekarang? Ataupun kita sendiri yang bersetuju dengan keadaan ini. Apabila sesuatu kaum menzalimi diri mereka sendiri maka tuhan akan menghantar pemimpin yang zalim untuk memimpin mereka. Adakah kita tergolong dalam golongan itu? Jika tidak, bangun dan tentanglah mereka yang zalim ini. Lihatlah pada nenek moyang kita dahulu. belajarlah daripada sejarah bagaimana kita dijajah oleh penguasa yang lebih zalim. Tidakkah ianya bermula daripada pemerintahan yang zalim?

Sesuatu revolusi itu bermula dengan kesedaran daripada diri kita sendiri, kita tidak boleh berharap orang lain akan mengubahnya untuk kita. Kita semua dilahirkan dengan akal, dari akal itu kita berfikir dan dari fikiran itulah kita dapat menetukan yang mana satu baik dan buruk untuk dijadikan sempadan atau tauladan. Tanamkan pada diri kita tidak mahu lagi diperintah mereka yang berperangai seperti beruk @ kera @ munkee ini. Mereka ini hanya mementingkan tembolok sendiri dan kroni-kroni mereka sahaja. Apa sahaja agenda yang diperjuangkan oleh mereka mesti ada udang disebalik batu.

Gerombolan beruk @ kera @ munkee ini adalah golongan "opportunist bangsat" yang sanggup melanun hak rakyat di siang hari tanpa segan dan silu. Lihatlah betapa banyak hak rakyat telah dilanun oleh mereka. Eleterik, air, telokomunikasi, jalan raya dan pelbagai kemudahan untuk rakyat telah dilanun oleh gerombolan ini atas nama pengswastaan, globalisasi dan kemajuan. Sehingga sampai satu tahap IJN juga hendak dilanun oleh gerombolan beruk @ kera @ munkee ini.

Jika benarlah pengswastaan ini dapat menambah kecekapan dan urus tadbir sesuatu organisasi, mengapa tidak diswastakan sahaja jabatan polis. Diharap apabila diswastakan polis maka kadar tahanan yang mati semasa direman menjadi zero, rasuah dikalangan polis tidak wujud lagi dan mungkin polis boleh mencapai tahap yang lebih profesional Bagaimanapun diharap tidak ada gurkha atau pendatang asing tanpa izin menjadi polis jika ia diswastakan, semata-mata untuk mendapat keuntungan yang maksimum.

Masih hendakkah kita kepada kerajaan kera @ beruk @ munkee anak beranak ini? Atau gerombolan ini telah berkelakuan seperti "out of date" Samy Tol - Siapa kata takda orang sokong saya? Saya sendiri sokong sama saya sudah la... Hahaha

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket