Tuesday, March 24, 2009

Bajet Mini beri peluang projek kepada kroni

Tuesday, March 24, 2009
KUALA LUMPUR: Kerajaan minggu ini akan mengagihkan kepada kontraktor tempatan projek bernilai RM3.202 bilion membabitkan kerja menaik taraf serta menyediakan kemudahan di sekolah dan balai polis di seluruh negara. Projek berkenaan adalah antara yang dikenal pasti mengikut Bajet Mini bernilai RM60 bilion dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, dua minggu lalu bertujuan merangsang ekonomi negara.
Najib yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataannya semalam menjelaskan, daripada jumlah projek yang akan diagihkan itu, RM1.3 bilion adalah bagi menambah baik, menaik taraf serta memajukan kemudahan dan infrastruktur di 322 sekolah seluruh negara. Beliau berkata, kira-kira RM95.5 juta pula bagi menambah baik serta memulihkan balai polis.

..Bagi kat sekolah- Kementerian beruk lidah kontot 1.3 billion... bagi kat sepupu je ker.. beruk2 tingkat 4 tak merasa ke..
..tak kan 95.5 juta je nak elakan asma semasa berada di rumah pasung... cukup ker...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket