Thursday, May 14, 2009

BERITA TIPU-TIPU - Pelik tetapi benar

Thursday, May 14, 2009
Nizar fail rayuan di Putrajaya, Zambry umum ketetapan Exco di Ipoh - Mstar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi. Ia difailkan oleh barisan peguam Nizar di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mempengerusikan mesyuarat Exco pagi tadi di Bangunan SUK di Ipoh, mengumumkan beberapa keputusan antaranya berkaitan dengan sektor penerbangan dan pendidikan tinggi.

Beliau selesai mengadakan mesyuaratnya kira-kira 12.30 tengah hari tadi.Ketika ditnya kenapa terlalu banyak sidang media di sana sini oleh parti politik, Zambry berkata, ia melibatkan proses mahkamah dan kes itu dicabar oleh Nizar di mahkamah.

"Biarlah proses pelaksanaan undang-undang dan perbicaraan berjalan tanpa gangguan. "Kita tak ingin mencetuskan kekerohan di negeri ini... kita sebagai ahli politik akan berkhidmat untuk rakyat dan pembangunan negeri," katanya.

Kah...Kah...Kah...Ini lagi mengarut...MB disahkan halal tak boleh buat keputusan..MB disahkan haram boleh buat keputusan...Kah...Kah...Kah...
...Ini serupa kes satu bini dua suami...Nanti status anak siapa nak sahkan...Kah...Kah...Kah...
...Tak kan bapak mertua duk tengok saja...Dayuslah bapak mertua macam gini...Kah...Kah..Kah...
Kah...Kah...Kah...Tak kan nak tunggu sampai semua anak cucu jadi jebat durhaka baru nak ambil kesah...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket