Saturday, May 2, 2009

BERITA TIPU RAKYAT - Ribu-ribu, ratus-ratus ribu dan lebong-melebong

Saturday, May 2, 2009
Lebih 200,000 Peluang Pekerjaan Diwujudkan Pada 2009

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia telah mengenal pasti sebanyak 209,675 peluang pekerjaan yang berpotensi pada tahun ini untuk diisi oleh rakyat tempatan, kata Menterinya Datuk Dr S. Subramaniam hari ini.Beliau berkata kekosongan tersebut adalah di sektor pembuatan, perkhidmatan, perladangan, pertanian dan pembinaan.

"Kami berharap akan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing, di samping majikan terus mengutamakan pengambilan pekerja tempatan," katanya pada majlis sambutan Hari Pekerja 2009 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.

Beliau berkata dari 1 Okt 2008 hingga 30 April tahun ini, seramai 17,436 pekerja tempatan telah diberhentikan secara tetap, manakala 7,418 lagi diberhentikan kerja secara sukarela (VSS)."Majoriti daripada pekerja-pekerja yang diberhentikan adalah dari sub-sektor elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian serta sektor perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata dengan komitmen dan usaha yang berterusan daripada pihak kementeriannya, sehingga 30 April lalu, seramai 7,285 orang daripada pekerja yang diberhentikan kerja telah berjaya ditempatkan semula.

...Fuyooo...Ribu-ribu diberhenti kerja...Ratus-ratus ribu ada peluang kerja...Kah..Kah...Kah....
...Kalau ratus-ratus ribu kena berhenti kerja...Mesti ada juta-juta peluang pekerjaan...Kah...Kah...Kah...
..Oit..Munkee..tak payah nak jual lebong SATU MALAYSIA...Kah...Kah..Kah...
...Rakyat tak bodoh macam puak gerombolan...Kah...Kah..Kah...
...Yang menteri hari tu yang kena berhenti...Kerja kat sektor mana pulak sekarang...Kah...Kah...Kah...
...Lagi satu..Pakcik Isham tukar tiub asyik dok tanya...Azalina kerja kat mana sekarang...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket