Monday, May 4, 2009

BERITA GILA-GILA - Cerita kartun SATU MALAYSIA

Monday, May 4, 2009
Upin & Ipin jayakan 1Malaysia - BHeran

KOTA BHARU: Stesen televisyen di bawah kumpulan Media Prima Bhd, TV9, merealisasikan wawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam menjayakan konsep 1Malaysia, melalui rancangan animasi popular kanak-kanaknya, Upin & Ipin. Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda, berkata rancangan itu lebih menjuruskan kepada hubungan antara kaum di negara ini, selain melambangkan keharmonian sedia wujud di kalangan masyarakat, sekali gus membawa mesej 1Malaysia di dalamnya. Katanya, banyak persamaan yang diinginkan Najib, ada dalam Upin & Ipin sehingga rancangan berkenaan berjaya mencatat jumlah 1.5 juta penonton pada tayangan khasnya, Upin & Ipin Maraton.

"Pada dasarnya, semua rancangan disiarkan TV9 bukan saja memenuhi cita rasa penonton kanak-kanaknya saja, malah menyahut wawasan negara dalam menjayakan konsep 1Malaysia seperti Upin & Ipin. "Upin & Ipin melambangkan keupayaan serta kemahiran tenaga tempatan menghasilkan produk berdaya saing dengan negara lain seperti Hollywood, sekali gus mencerminkan hasrat Malaysia untuk mencapai status negara maju," katanya ketika ditemui pada Karnival Sua Rasa TV9 yang diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, semalam.

Kah...Kah...Kah...Konsep SATU MALAYSIA Mat Mongol sama macam cerita kartun je...Kah..Kah...Kah...
...Ini dah kira dasyat tahap gaban...Boleh di Hollywoodkan...Kah...Kah...Kah...
...Kalau nak di Hollywoodkan cerita kartun pasal puak gerombolan banyak sangat...Semua boleh dapat Box Office...Kah...Kah...Kah...
...Kalau buat cerita kartun superhero...Cuba buat tajuk Bik Mama and the friends...Mesti boleh meletup SATU MALAYSIA...Kah..Kah...Kah...
...Kalau nak menang Academy...Cuba buat cerita Altantuya - 'The Untold Story'...Confirm boleh meletup dari cerita Slumdog Millionaire...Sebab ada adengan C4...Kah...Kah..Kah...
Kah...Kah...Kah...
Dah tak ada kerja ke...Bodek...Bodek..Bodek...Bodohkan diri...Bodek...Bodek...Bodek...Jadi lembu...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket