Monday, May 4, 2009

CATATAN GILA-GILA - Lawak SATU MALAYSIA

Monday, May 4, 2009
Mengikut satu kajian rambang dari bulan April hingga Mei telah berlaku banyak perubahan keada puak gerombolan. Perubahan yang paling ketara ialah apabila mereka berucap di khalayak ramai, mereka didapati akan memasukan tangan mereka di dalam poket hadapan seluar.

Setelah dibuat beberapa kajian dan temuramah dengan beberapa kangkung dari Sintok, mereka berpendapat itu adalah satu trend baru yang cuba diperkenalkan oleh puak gerombolan. Supaya lebih kelihatan macho dan bergaya. Bagaimanapun mengikut pandangan pakar perubatan pula, ia tiada kaitan dengan kes selsema babi.

Setelah di selidik beberapa kali, nujum pak belalang dari negara pasir berdengung telah merumuskan sebenarnya mengapa fenomena ini terjadi. Rupa-rupanya puak gerombolan berkelakuan begini, mereka sebenarnya sedang memegang telur mereka semasa berucap di khalayak ramai. Ini disebabkan telah banyak daripada kalangan mereka telah kehilangan telur dan amat khuatir telur mereka berkemungkinan hilang.

Berita ini cuba disahkan oleh seorang tukang jampi yang telah dijemput ke Dewan Undangan Negeri baru-baru ini. Dakwa tukang jampi tersebut, beliau telah dijemput untuk menghalau semut. Ini dikhuatiri semut-semut tersebut akan mencuri telur puak gerombolan semasa persidangan DUN pada 7 Mei nanti.

Bagaimanpun cerita ini masih belum dapat disahkan kebenarannya. Jadi kepada rakyat Malaysia, diharap anda dapat memerhatikan tingkah laku puak gerombolan semasa bercakap, sama ada benar atau tidak mereka akan memasukan tangan di dalam poket hadapan seluar semasa berucap atau bercakap.

p/s...SATU MALAYSIA kena tengok masa Mat Mongol, Mat Sembap, Mat lidah kontot, bercakap....Tangan dia seluk poket tak...Kah...Kah..Kah...
...7hb Mei nanti tengok masa sidang DUN Perak, Zambry haram and the crew bercakap tangan seluk poket tak...Kah...Kah...Kah...
...Kalau ada mana-mana dari puak gerombolan tengah bercakap atau berucap seluk poket ...Sahih cerita in benar...Kah...Kah...Kah....

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket