Friday, April 3, 2009

PAS cabar Syed Hamid saman Dr M dan KuLi

Friday, April 3, 2009
BUKIT GANTANG, 3 April (Hrkh) - PAS mencabar Menteri Dalam Negeri menyaman Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah (KuLi) yang turut mempertikaikan keputusan Sultan Azlan Shah melantik Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan larangan itu bertujuan untuk melindungi Najib, yang baru sahaja dipilih menjadi Presiden Umno 27 Mac lalu.

"Kita (PAS) tidak faham dengan arahan Syed Hamid itu, apakah beliau cuba untuk menunjukkan kesetian kepada Najib agar tidak digugurkan dari kabinet?

"Jika ianya subjudis kenapa beliau tidak menyaman Dr Mahathir dan KuLi yang menulis dalam blog mereka mempertikaikan pelantikan Dato' Dr Zambry sebagai Menteri Besar," tegas beliau.

...Munkee botak ni sedang menjilat kera jubur merah...Hahaha...
...Nanti kita lihat gusi munkee botak ni.... Merah ke tak...Hahaha...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket