Sekatan dan larangan polis
Malangnya Ketua Polis Negara berpolitik pula dan mengalihkan masa kerjanya untuk memantau aktiviti politik dan pilihanraya di 3 tempat-Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, yang sedang berlangsung sekarang.
Semalam Polis secara tiba-tiba mengeluarkan arahan melarang jentera Pilihanraya di 3 tempat berkenaan untuk menyebut atau bercakap tentang isu Sultan Perak dan Kes Altantuya. Tidak cukup dengan itu, aktiviti kempen juga dihadkan sehinggan jam 11 malam.
Dalam masa yang sama, beribu Polis dihantar ke sana dan menyebabkan banyak tempat kekurangan anggota untuk berkerja membanteras jenayah.
Sepanjang 10 tahun ini tidak ada apa-apa kes yang besar berlaku sepanjang sesi kempen pilihanraya melainkan kes petugas Pas yang dipukul Pemuda Umno di Ijok pada tahun 2007. Itu pun tidak diambil tindakan oleh Polis.
Mereka telah dibelasah teruk oleh kumpulan Pemuda Umno berhampiran Balai Polis hingga masuk wad, tetapi hingga kini tiada tangkapan dan dakwaan dibuat.
Jadi apa gunanya pihak Polis mencampuri urusan Politik dan Pilihanraya. Apa sebenarnya keutamaan Polis.
...Sempena mendapat PM baru...Dijangka PDRM akan bertukar wajah menjadi PRDM...
...Polis Raja Di Malaysia...Hahaha... bukan lagi Polis Diraja Malaysia...Hahaha...
Friday, April 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment