Wednesday, April 1, 2009

Hikayat Tipu-Tipu

Wednesday, April 1, 2009
Tersebutlah kisah di belantara sebuah negeri bawah angin, telah dperintah oleh sekumpulan munkee yang bertopengkan harimau. Munkee-mukee ini sentiasa memasyurkan diri mereka bahawa mereka adalah pejuang bagi semua penghuni belantara. Kononnya merekalah yang telah berjaya menghalau beruk-beruk putih dari negara atas angin dari memiliki hasil masyul belantara tersebut yang sentiasa menghijau.

Walhal sebenarnya munkee-munkee yang bertopengkan harimau ini sentiasa membuat onar dan kelakuannya pula tidak kurang daripada beruk-beruk putih dari negara atas angin yang sentiasa melanun hasil masyul dari belantara yang menghijau ini. Sehinggalah satu hari, oleh kerana terlalu asyik membuat onar dan kerosakan di belantara tersebut, topeng harimau mereka telah lusuh dan rosak hingga menampakan rupa munkee-munkee ini yang sebenar.

Apabila penghuni belantara telah melihat rupa sebenar munkee-munkee ini, maka segeralah semua penghuni belantara ini bermesyauarat. Setelah mendapat kata sepakat, penghuni belantara ini memutuskan bahawa mereka juga akan memakai topeng. Topeng-topeng ini bukan sebarang topeng, topeng ini diimpot dari Mongolia.

Lalu berduyun-duyunlah penghuni belantara ini memakai topeng yang diimpot dari Mongolia tersebut. Melihat pada keadaan ini, munkee-munkee ini amat takut apabila mereka melihat penghuni belantara mula bangun menentang keonaran mereka. Lalu pada keesokan harinya telah keluar notis -DILARANG SENTUH ALTANTUYA!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket