Wednesday, April 1, 2009

BERITA TIPU RAKYAT - Pembangkang hanya berminat rampas kuasa: Fadillah

Wednesday, April 1, 2009
B.HERAN - LUBOK ANTU: Parti pembangkang mahu menggunakan tiga pilihan raya kecil untuk mencari tapak bagi menjejaskan sistem pemerintahan negara tanpa mempedulikan kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan negara, kata pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Fadillah Yusof, hari ini.

Pembangkang, dakwanya, jelas mahu sistem itu runtuh untuk meningkatkan peluang mereka untuk merampas kuasa daripada kerajaan BN. "Mereka sudah menyerang sistem kehakiman, polis dan pastinya kerajaan dan mereka juga cuba menyerang perlembagaan monarki. Sebaik sahaja sistem itu runtuh, akan memudahkan mereka untuk berkuasa. Apa yang mereka pentingkan hanyalah kuasa," katanya.

Fadillah, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata tindakan mereka untuk mengugat kestabilan politik boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara dan menyebabkan rakyat menderita dan negara perlu mengambil masa 10 tahun atau lebih untuk keluar daripada kemelut seumpama itu.

...Munkee ni takut rakyat ambik alih kuasa... Sebab dia tengah dok sebok rampas hak rakyat...Hahaha...
...Yang runtuhkan sistem kehakiman adalah puak munkee...Kalau tak caya...tanya Tun Salleh Abbas...
...Yang jadi anjing gerombolan dok pukul rakyat yang menuntut keadilan... Tuh sape...Kalau bukan puak munkee yang suruh...
...Yang tarik imuiniti raja-raja tuh bukan bekas tok ketua puak gerombolan punya kerja ke...Hahaha...
...Sejak bila pulak munkee ni jadi pak nujum boleh ramal masa depan...Hahaha... Rakyat dah menderita lebih 50 tahun duk bawah puak munkee...Tak kan tak perasan lagi...
...Rentikanlah menipu rakyat...Rakyat dah bosan...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket