Sunday, April 12, 2009

BERITA TIPU-TIPU - PDRM bertukar kepada PRDM

Sunday, April 12, 2009
Polis pukul anak saya, dakwa ibu Adi - Mkini

Jiknah, seorang surirumah, membuat dakwaan tersebut dalam aduan yang dibuatnya di ibupejabat polis Klang pagi tadi.

Dalam aduan tersebut, Jiknah juga mempertikaikan dakwaan OCPD Klang, Mohamad Mat Yusof bahawa Adi Anwar mengalami kecederaan ketika bergelut sewaktu dia ditangkap.Menurut Jiknah, jika betulnya anak itu cedera, mengapa dia tidak terus dibawa ke hospital.

Dalam aduannya, Jiknah juga menggesa supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat kes tersebut, tanpa campurtangan polis Klang kerana anggotanya didakwa memukul Adi Anwar.

...SATU MALAYSIA tanya betul ke dalam polis ada kaki pukul...
...SATU MALAYSIA tanya siapa yang menipu dalam kes ni...
...SATU MALAYSIA tanya begini ke kaedah soal siasat polis...
...Kalau begini gayanya mintak badan bebas tukar PDRM kepada PRDM...Polis Raja DiMalaysia...Hahaha...

1 comments:

ISA said...

Salam Bro,

Sejak zaman reformasi lagi Polis dah jadi PRDM, wa sampai sekarang tak respek kat semua bangsat2 ni...

Ada sekali tu wa dah mainkan satu Ins. polis, kes lori syarikat hilang, pastu jumpa di rawang, polis dah tarik masuk balai Mutiara Damansara.

Esoknya wa pergi dan dah ada cina towing truck menunggu, lepas cerita lebih kurang dengan Ins. dan cina tu, wa kata nanti wa bagi keputusan.

Malamnya wa kerahkan budak2 wa bawak tali dan tarik lori tu masuk panel workshop di shah alam.
Esoknya Ins. tu call wa, dan wa cakap wa tak tahu menahu lansung dan wa akan periksa dengan ofis dulu.

Selang setengah jam, wa cal Ins. tu bagitau kat dia, yang lori tu malam tadi bos wa dah uruskan dengan panel workshop. So... sori la..., pastu dia pun tak cakap banyak... terus off phone... wakakaka... kena kencing jugak dengan wa...

Ha..ha..ha.. mana taknya, masa wa sembang dengan cina tow truck tu dia charge RM400 kononnya dari rawang... jauh, pastu RM200 kena tolak kat Ins. tu... apa barang buta2 je diorang nak songlap duit orang... tu pasal wa panggil diorang ni semua bangsat je... memang celaka pun..

Banyaklah kisah wa dengan polis ni... tapi semuanya yang tak baik jer...

Post a Comment

 
Design by Pocket