Monday, April 6, 2009

BERITA TIPU RAKYAT -Rakyat makin sihat

Monday, April 6, 2009
15 pengundi Bukit Selambau berusia lebih 100 tahun - BHeran

SUNGAI PETANI: Seramai 15 pengundi yang nama mereka tersenarai bagi kawasan Bukit Selambau, berusia lebih 100 tahun, tetapi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) tidak dapat mengesahkan sama ada mereka masih hidup atau tidak walaupun selepas proses pembersihan sudah dijalankan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata walaupun kesemua mereka itu tidak dapat dikesan, SPR tidak boleh memadamkan nama mereka daripada senarai pemilih selagi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mengesahkan kedudukan mereka.

Katanya, SPR tidak boleh memadam nama mana-mana pemilih sesuka hati kerana suruhanjaya itu perlu mendapat pengesahan daripada JPN terlebih dahulu bahawa seseorang itu sudah meninggal dunia.

Wan Ahmad berkata, kes seperti itu adalah antara masalah yang dihadapi SPR ketika proses pembersihan senarai nama pemilih kerana terdapat ahli keluarga yang tidak membuat laporan kematian kepada JPN.

...Bila lembu SPR kata lembu JPN tak tahu pengundi tu masih hidup ke dah mati...Ni memang gila babi...Hahaha...
...Tak kan rakyat sendiri hidup ke mati lembu JPN tak tahu...PRDM buat apa plak...kena ada report dulu ke baru boleh siasat...Hahaha...
...Asyik alasan lapuk...tak kan semua dah jadi lembu sekarang...Hahaha...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket