Monday, April 6, 2009

BERITA BODO-BODO - Tiket konsert BEBAS tak laku

Monday, April 6, 2009
Tiga calon bebas kongsi pentas ceramah - Mkini

Tiga calon bebas bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau sepakat untuk berceramah dan berkempen secara serentak di atas pentas yang sama malam tadi. Mereka ialah A.Jayagopal (lambang payung), Abdul Rahim Abu (jam) dan Radzi Mat Lazim (kerusi).

Ketiga-tiganya berkongsi pentas untuk menyampaikan ceramah kempen mereka kepada orang ramai di Sungai Lalang, malam tadi. Bagaimanapun, menurut Bernama, ceramah itu hanya dihadiri oleh kira-kira 20 orang sahaja.

Ceramah mereka - kesemua bekas ahli PKR - lebih tertumpu kepada kritikan terhadap penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mereka banyak memperkatakan tentang sikap Anwar yang didakwa menguasai PKR tanpa mendengar suara ahli di peringkat akar umbi.

Antaranya mereka mendakwa Anwar menjadikan PKR seperti parti miliknya sendiri.Mereka juga mendakwa, Anwar memilih calon PKR untuk bertanding pada pilihanraya mengikut sesuka hatinya.

...Tiga orang sekali wat konsert pun tak laku...Ni mesti konsert mainstream...Hahaha...
...Rakyat sekarang main alternatif...dah tak dengar mainstream...Hahaha....
...Yang jadi sponsor konsert ni mesti sakit kepala bila tiket konsert tak laku...Hahaha...
...Kalau nak wat konsert try tanya Zahid Hamidi dia mesti lagi tahu...Hahaha...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket