PLBM berdepan ancaman gantung seumur hidup - BHeran
PERSEKUTUAN Lawn Bawl Malaysia (PLBM), berdepan hukuman termasuk diharamkan menyertai semua kejohanan badan induk dunia sukan itu, andai isu tindakan pegawai persatuan menjual perlawanan diketahui dunia.
Sebelum ini, PLBM berdepan dengan dakwaan tindak tanduk seorang pegawainya yang mengarahkan atlit negara yang mempunyai ranking dunia, memberikan kemenangan kepada salah seorang atlit yang mempunyai hubungan intim dengan pegawai itu. Dalam insiden pada Kejuaraan Perseorangan Kebangsaan di Bayuemas, Klang pada Mac 2008, pegawai berkenaan mengarahkan seorang atlit wanita supaya bertemu dengan lawannya dalam kejohanan terbabit, bagi memujuk supaya diberikan kemenangan mudah.
Malah, sebelum ini beberapa atlit turut tampil kepada media mendedahkan betapa mereka beberapa kali didatangi pegawai terbabit dalam banyak kejohanan supaya memberikan kemenangan mudah kepada orang tertentu. Difahamkan, selain mengatur keputusan perlawanan, pegawai terbabit turut menggunakan kedudukannya untuk meminda jadual perlawanan supaya atlit yang mempunyai ranking dunia tidak dapat bertanding dalam kejohanan tertentu.
Sebelum ini, laporan media menyatakan, pegawai terbabit dikatakan menjadi dalang menyediakan laporan palsu yang menyaksikan tiga tonggak wanita sukan itu, digantung daripada latihan serta dilarang mengambil bahagian dalam kejohanan luar.
Kah...Kah...Kah...Padan pun sukan kat Malaysia bertaraf dunia...Kah...Kah..Kah...
...Bertaraf dunia taik kucing...Kah..Kah...Kah...
..Oitt...Kau ingat ni sarkis ke...Kah..Kah..Kah...
...Kalau nak jadi badut sarkis...boleh join puak gerombolan...Kah...Kah...Kah..
...Try tanya raja katak ada kosong lagi tak...Kah..Kah...Kah...
...Inilah dinamakan semangat Malaysia Boleh...Kah...Kah...Kah...
...Boleh buat apa saja yang orang lain tak buat...Kah...Kah...Kah...
...Nak tunggu komen dari menteri sukan...Berbuih tak mulut...Kah..Kah...Kah...
Friday, April 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment